suria

Dari Viva ke Mercedes, pelajar pandai tapi miskin terkilan ibu tak sempat lihat kejayaan - “Saya gaul simen nak sambung belajar’’

Aiman terkilan apabila arwah ibunya tidak sempat menaiki dua buah kereta yang dibeli pada tahun 2020 dan 2021.

KEJAYAAN tidak datang bergolek.

Bagi Mohamad Aiman Alif Izani, 26, frasa itu cukup tepat untuk menggambarkan perjalanan yang dilaluinya sebelum mengecapi kesenangan hari ini.

Senang disapa Aiman, anak jati Kelantan itu pernah bekerja sebagai tukang rumah sejurus tamat persekolahan kerana masalah kewangan yang dihadapi keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak hilang kekuatan, ibu meninggal selepas 13 tahun tanggung 5 penyakit... hanya pusara pengubat rindu!

ARTIKEL BERKAITAN: Raya 3 beradik suram selepas kematian mak ayah, kakak pula dah 6 tahun bawa diri ke Australia

Ketika mengikuti pengajian di Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, dia turut menggunakan bakat yang dimiliki dengan menjual lukisan potret demi meneruskan kelangsungan hidupnya.

"Mak dan ayah hadapi masalah kewangan, mereka tak ada duit untuk saya sambung belajar. Ketika itu, saya dapat keputusan 5A dan 5B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Ada dapat tawaran belajar tapi saya tolak. Ketika itu, cikgu ada tawarkan kerja buat rumah. Saya gaul simen dan buat kerja-kerja lain dengan upah RM50 sehari. Saya bekerja dengan seorang lagi kawan yang sedang cari duit untuk sambung belajar.

aiman3

Aiman melakukan kerja sampingan ketika zaman belajar.

"Akhirnya saya sambung pengajian di matrikulasi. Ketika di sana, saya jual lukisan potret. Bila tengok balik sekarang, saya rasa lukisan yang saya buat dulu biasa-biasa saja, tak cantik sangat pun. Tapi saya bersyukur sebab kawan-kawan beri sokongan dan tetap beli lukisan itu," ujarnya.

Selesai pengajian di Pahang, Aiman yang juga anak bongsu daripada dua beradik meneruskan pengajian dalam bidang Seni Reka Industri di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

aiman4

Aiman sudah tiga tahun bergelar sebagai jurufoto.

Selain fokus terhadap pengajiannya, Aiman turut mengambil kesempatan dengan berniaga kek lapis, songket dan lukisan potret untuk mencari wang poket ketika merantau di sana.

"Saya terpaksa buat banyak kerja untuk survive. Saya dan kawan ambil stok di Sarikei, kami jual songket melalui Facebook. Alhamdulillah, dapat banyak pulangan ketika itu.

"Pada masa sama, saya turut buat freelance sebagai pereka grafik. Selain itu, saya juga ada jual kek lapis dan lukisan potret," ujarnya lagi.

Dia pilih jalan ini untuk saya, tapi bila dah dapat apa yang dia nak, dia tak sempat merasa.

AIMAN

JURUFOTO

Menamatkan pengajian dengan keputusan yang baik, Aiman ternyata gembira apabila dia mendapat tawaran kerja yang diidam-idamkan di ibu negara.

Namun atas permintaan ibunya, Salwani Husain, Aiman pasrah dan memilih untuk pulang bekerja di kampung halamannya sendiri.

Lebih pilu, Aiman sempat menjaga ibunya selama setahun lebih sahaja sebelum wanita itu dijemput Ilahi pada awal tahun 2019.

aiman5

Foto kenangan bersama ibunya.

"Keputusan OK, agak tinggi... saya juga dapat tawaran kerja sebagai pereka grafik di Kuala Lumpur. Ada juga dapat tawaran sambung master. Saya cerita pada mak bahawa saya dapat banyak tawaran, tapi dia minta saya duduk kampung.

"Mak sakit kencing manis. Jadi saya ikut cakap mak dan balik untuk jaga dia. Pada waktu itu, saya buat kerja sebagai pereka grafik dan jurufoto. Pada masa sama, saya tolong abang buat bisnes cetak baju.

"Saya sempat jaga mak setahun lebih saja, mak akhirnya meninggal dunia pada usia 47 tahun. Saya rasa sedih sebab mak tak sempat merasa pencapaian saya. Dia pilih jalan ini untuk saya, tapi bila dah dapat apa yang dia nak, dia tak sempat merasa," ujar Aiman sebak.

aiman7

Aiman sebak ketika mengimbas kisah mengenai ibunya.

Kini, Aiman yang sudah tiga tahun berkecimpung sebagai jurufoto sudah memiliki sebuah studio dan pejabat sendiri di Kota Bharu, Kelantan.

Kata Aiman, dia juga terkilan apabila Allahyarham tidak sempat menaiki kereta baharu yang dibeli hasil penat lelahnya bekerja selama ini.

aiman6

Aiman merupakan graduan Unimas.

"Saya beli kereta Perodua Viva pada hujung tahun 2020. Mak tak sempat naik kereta itu. Pada hujung tahun 2021, saya beli pula sebuah Mercedes. Dulu masa mak ada, saya pernah nak beli kereta tapi kena tipu.

"Apa yang mak doakan, ia dah tercapai sewaktu mak dah tiada di dunia ini. Paling saya ingat, mak pesan agar tak lupa siapa diri saya ketika susah dulu. Mak juga mahu saya bantu orang susah dan kurang bernasib baik," ujarnya lagi.

Untuk rekod, kisah hidup Aiman mendapat perhatian apabila dia berkongsi perjalanannya yang penuh liku itu menerusi Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain