suria

Tiada alasan, pengantin perempuan terkedu disuruh bersilat di majlis kahwin sendiri... untung suami dapat tengok show percuma!

Iffah membuat persembahan silat di majlis perkahwinannya.

KEBIASAANNYA persembahan silat sembah pengantin dilakukan oleh anggota lelaki.

Namun, sebuah majlis perkahwinan menampilkan kelainan apabila menonjolkan wanita sebagai ahli silat.

Tanpa dirancang, pengantin perempuan pula menerima kejutan apabila 'diminta' untuk turut membuat persembahan dan ia dilakukan dengan begitu kemas.

ARTIKEL BERKAITAN: Darah gemuruh belum hilang, tiba-tiba pengantin kena tarik 'buka silat' di majlis sendiri... terpaksa 'control' aksi lasak sebab baju, seluar ketat

ARTIKEL BERKAITAN: Beri laluan, Raja Sehari nak lalu! Peniaga terkejut pengantin lawat pasar malam, suasana terus jadi ala kenduri kahwin - "Saya segan, isteri ajak masuk"

Berkongsi pengalaman, pengantin perempuan, Iffah Liyana Mohd Rizal berkata, dia dan suami bernikah pada 25 Disember lalu dan hari persandingan berlangsung hari sama.

Wanita berusia 25 tahun itu bagaimanapun tidak menyangka dirinya akan terlibat dalam persembahan silat sebagaimana dirancang oleh datuknya yang berusia 80an.

"Atuk pernah cakap sebelum ini nak adakan persembahan silat pada majlis kahwin saya. Tapi saya tak tahu siapa yang akan buat silat.

"Saya sangka hanya ada persembahan kompang saja. Tapi memang betul-betul ada persembahan silat di awal majlis sebelum berarak ke pelamin," katanya kepada mStar.

pengantin perempuan silat 2

Iffah bersedia melakukan bunga silat.

Lebih mesra disapa Iffah atau Yana, dia mendedahkan datuknya merupakan guru silat dan berpengalaman dalam seni mempertahankan diri itu sejak zaman mudanya.

"Saya ingatkan ahli-ahli silat yang buat persembahan adalah pelajar-pelajar atuk, tapi rupa-rupanya saudara-mara yang buat.

"Sebelum ini juga ada makcik-makcik minta saya get ready untuk silat memandangkan saya juga berpengalaman belajar silat daripada atuk.

"Tapi saya tak nak orang luar tahu yang saya berkebolehan bersilat. Apatah lagi bersilat di majlis kahwin sendiri," ujarnya yang berasal dari Melaka Tengah, Melaka.

pengantin perempuan silat 4

Iffah (dua, kanan) dan suami (dua, kiri) bernikah pada 25 Disember 2021.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, paling tidak disangka apabila dia 'ditarik' bapa saudara yang memintanya untuk menyertai persembahan silat selepas acara 'makan beradab'.

"Ingat saja menyakat, tapi rupa-rupanya betul mereka nak saya buka silat. Saya memang terkejut, rasa malu pun ada. Dalam hati saya kata 'Saya nak kena buat apa ni?'.

Walaupun berpengalaman, nervous tetap ada sebab suami sebelum ini hanya dengar cerita saya pandai bersilat tapi tak pernah tunjuk

IFFAH LIYANA MOHD RIZAL

"Tapi saya teruskan juga bersilat demi memenuhi permintaan ramai. Pada masa sama, saya terkenangkan atuk yang ajar saya selama ini,.

"Jika sebelum ini saya bersilat di acara atau majlis keluarga, kali ini lebih ramai tengok. Tapi saya rasa lega dan gembira sangat sebab dapat menggembirakan atuk turunkan ilmu silat pada saya," katanya yang mula belajar bersilat ketika tingkatan satu.

pengantin perempuan silat 3

Iffah dan suami diraikan begitu meriah.

Iffah yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Logistik di Malaysia University of Science and Technology (MUST) di Kota Damansara, Selangor turut bernasib baik kerana busana pengantin yang ditempahnya tidak begitu ketat untuk membuka silat.

"Baju tak ada masalah, saya sendiri request baju ditempah longgar sebab nak pakai jangka panjang. Ini bukan baju sewa, sebaliknya milik saya sendiri.

"Walaupun berpengalaman, nervous tetap ada sebab suami sebelum ini hanya dengar cerita saya pandai bersilat tapi tak pernah tunjuk. Akhirnya di hari kahwin kami, suami dapat juga tengok saya beraksi," ujarnya secara berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain