suria

Lembu jantan liar tiba-tiba ‘manja teruk’... asyik nak dibelai, berpeluk dengan tuan - “Mak ayah Boi suka kejar orang”

Anak lembu bernama Boi begitu manja dengan pemiliknya, Awi.

MANJANYA mengalahkan seekor kucing! Begitulah yang dapat digambarkan mengenai seekor lembu menerusi satu video yang tular di media sosial.

Jinaknya seperti si bulus, malah gelagatnya berada di pangkuan seorang lelaki begitu mencuit hati.

Dalam keadaan duduk di atas jalan, lelaki berkenaan melayan lembu jantan tersebut dan mengusap usap bahagian bawah dagunya dengan penuh kasih sayang.

ARTIKEL BERKAITAN: Angah dipakaikan baju, lampin... dibawa tidur sekatil! Ada yang sanggup bayar cash RM5,000 untuk cucu - "Tak jual kecuali RM8 juta"

ARTIKEL BERKAITAN: Lembu kesayangan berlalu pergi naik lori, air mata gadis ini turun bak hujan... malamnya terus demam! - "Nak bela haiwan hati kena kuat"

Lelaki berkenaan, Arshad Sharkawi Azaman berkata, 'lembu manja' itu sebenarnya seekor anak lembu berusia empat bulan yang dipeliharanya.

Pemuda berusia 33 tahun itu memberitahu, dia merupakan penternak lembu dan tukang sembelih haiwan tersebut sejak lebih setahun lalu.

"Saya ada 19 ekor lembu termasuk anak lembu yang manja tu bernama Boi, yang diternak di belakang rumah di Banting, Selangor. Tapi kesemua lembu ini saya jaga.

"Bagi kerja-kerja sembelih lembu, saya menjadi pengantara bagi peniaga dan pemilik lembu-lembu lain," katanya kepada mStar.

lembu manja 3

Sebahagian lembu yang diternak Awi.

Lebih mesra disapa Awi, katanya, anak lembu bernama Boi merupakan kacukan baka Brahma sebenarnya tidak jinak seperti yang disangkakan pada awalnya.

"Semua lembu yang saya jaga memang manja, tapi Boi ni paling manja. Tapi Boi dulu sangat liar, saya ambil masa dua bulan untuk jinakkannya.

Semua lembu yang saya jaga memang manja, tapi Boi ni paling manja. Tapi Boi dulu sangat liar, saya ambil masa dua bulan untuk jinakkannya

ARSHAD SHARKAWI AZAMAN

"Mak ayah Boi sendiri sebenarnya sangat liar, suka kejar orang. Mak ayah Boi hanya okay dengan saya setiap kali nak beri makan.

"Boi amat berbeza. Manjanya bukan setakat hendak dibelai dan diusap, tapi nak baring dan peluk saya dalam keadaan berbaring," ujarnya yang berasal dari Banting, Selangor.

lembu manja 4

Awi mengakui Boi pada awalnya terlalu liar.

Minatnya dengan haiwan ternakan itu timbul sejak kecil, malah dia turut berpengalaman bertugas di Dubai sebagai tenaga pengajar untuk kursus penyembelihan selama setahun, melatih petugas-petugas bagi pasaran daging lembu ke negara-negara Islam termasuk Malaysia.

"Saya beli dua ekor lembu sebelum saya outstation di Dubai. Bila balik ke Malaysia pada awal 2019, salah seekor daripadanya mati dipatuk ular menyebabkan saya putus asa.

"Mak ayah tegur kalau saya terus bela, agaknya dah beranak-pinak. Selepas ada modal, saya beli tambah empat ekor lembu tahun lepas dan menternak sehingga sekarang," ujarnya sambil menambah bapa, ibu dan kakak Boi masing-masing diberi nama Gondol, Nyonya dan Amoi.

lembu manja 5

Awi menyayangi lembu-lembunya seperti adik sendiri.

Bukan setakat Boi, kesemua lembunya dijaga dengan baik sebagai satu hobi dan menganggapnya seperti adik-adiknya sendiri.

Dalam pada itu, menurut Awi, dia dan isteri merancang untuk membina sebuah rumah di atas tanah milik keluarga setelah hampir 10 tahun menyewa sejak mendirikan rumah tangga.

lembu manja 2

Awi dan isteri memberi makan kepada sekumpulan lembu.

"Nak buat rumah perlukan modal. Kerja saya ni gaji bukan tinggi, tapi selagi saya boleh cari duit, saya jadikan simpanan untuk yang terbaik buat saya, isteri dan lembu-lembu.

"Bukan setakat rumah sendiri, kandang untuk lembu-lembu saya bela ni pun belum ada. Buat masa ini kesemuanya ditambat di pokok-pokok belakang rumah, berhujan dan berpanas.

"Dengan sumber pendapatan yang ada dan bantuan isteri buat bisnes online, saya berharap dapat bina kandang untuk lembu-lembu ni, dan rumah kami sendiri pada tahun ini," katanya yang tidak menyangka videonya bersama Boi meraih lebih sejuta tontonan di aplikasi TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain