suria

Sabar ajelah! Muka comel, ‘suci murni’ tapi perangai hanya tuannya saja yang tahu... sinki pun boleh diterbangkan

Adik Bebi menyebabkan sinki bilik air roboh.

WAJAH seekor kucing yang kelihatan sedang bertenggek di atas sebuah sinki yang dikongsikan pemiliknya baru-baru ini kelihatan cukup suci dan murni.

Namun di sebalik wajah comel dan innocent itu tersembunyi 1001 macam kenakalan yang hanya diketahui pemiliknya sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi kisah pernah jadi mangsa buli, Tengku Hassanal kesal rakyat Pahang bergaduh - “Pelajar sekolah, tolong jangan pukul orang!”

ARTIKEL BERKAITAN: Sejak kecil main tepung, mentega... kanak-kanak usia 8 tahun bergembira dahulu, tangguh seketika hasrat jadi cef kerana masih ‘takut api’

"Sinki toilet pun dia jahanamkan, pecahkan la benda yang murah-murah Adik Bebi.

"Perlu ke hantar beliau ke pasar?" tulis seorang pengguna sosial media.

Menceritakan kisah di sebalik perkongsiannya itu kepada mStar, wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Syella, 31, berkata, kejadian berlaku apabila dia cuba untuk menghalang kucing yang diberi nama Adik Bebi itu, daripada mengikutnya ke tandas, pada Selasa.

"Saya lari nak masuk toilet sebab tak nak bagi dia masuk, kita lari dia pun sama lari.

"Dia nak cepat sebelum kita tutup pintu, dia 'terbang'.. dia 'terbang' ke atas, sinki 'terbang' ke bawah," selorohnya, mengimbas kejadian tersebut.

Bagaimanapun, kucing tersebut sempat melompat keluar sebelum sinki tersebut jatuh.

Peniaga dalam talian ini berkata, kucingnya itu cukup gemar duduk di atas sinki dalam bilik air tersebut.

"Rumah ni rumah sewa tau, benda tu (sinki) memang dah senget sikit sebelah kiri, tapi belah tu juga yang dia gemar duduk, saya pun tak faham

"Masa kecil dulu dia dah mengemis, kita kutip dia, sekarang derhaka," katanya, yang mengambil Adik Bebi di sebuah restoran di Bangi semasa kucing tersebut masih kecil.



Adik Bebi sewaktu dijumpai.

Menurut Syella, dia masih belum berkesempatan untuk menggantikan sinki tersebut.

"Sinki belum ganti, gaji lambat lagi. Harap-harap tuan rumah tak main TikTok," katanya, merujuk kepada video kejadian yang dikongsi di laman sosial tersebut.



Syella mempunyai 11 ekor kucing termasuk Adik Bebi.

Selain Adik Bebi, Syella mempunyai 10 ekor lagi kucing jalanan yang diselamatkannya..

Namun katanya, Adik Bebi, merupakan kucing peliharaannya yang paling nakal.

"Dia suka buat benda yang kita tak bagi dia buat, berak atas lantai suka lari keluar rumah.

"Kita balik kerja nak masuk rumah dia lari, dah satu kerja kena jadi guard dekat bawah tunggu dia sebab kucing-kucing ni semua memang indoor.

"Dia ni makan pun ada mangkuk sendiri, tapi tak sedar dek untung," selorohnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain