suria

Ingatkan burnt cheese cake terlebih 'bakar', wanita dah bersedia 'ditembak' grup FB tak sangka kek licin sekelip mata... anak-anak nak lagi!

Gambar burnt cheese cake yang dikongsikan Hani.

DONT judge a book by its cover!

Pepatah ini amat sesuai digunakan untuk menggambarkan rupa paras sebiji burnt cheese cake yang dihasilkan seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN : Wanita sado tak hirau tanggapan ‘lelaki takut nak dekat’, angkat apa saja kalau tak pergi gym... tong gas pun boleh!

ARTIKEL BERKAITAN : Ingatkan 2 rupa-rupanya kembar 3, gelang dikait nenek penyelamat... tak menang tangan saat menangis

Menyangkakan keknya rentung dan sudah tidak boleh dimakan, wanita terbabit Norhani Kamaruddin,47, sudahpun menyerah diri untuk 'ditembak' netizen apabila dia berkongsi hasil air tangannya itu di laman sosial media.

"Saya serahkan kepada netizen, moga saya kalis peluru," tulisnya berserta gambar kek tersebut yang kelihatan hitam berkilat pada permukaannya.



Burnt Cheese kek yang dimasak Hani.

Namun wanita yang mesra disapa Hani ini tidak sangka walaupun rupanya seakan-akan terlampau hangit, kek tersebut dikatakan masak dengan cukup sempurna.

"Kira paling jadi ni, tahniah anda sudah berjaya merealisasikan burnt yang sebenar, kita buat nak dapat tak berapa burnt macam ni pun tiga empat kali repeat," komen seorang warga maya.

Bercakap kepada mStar, Hani mengakui dia pada mulanya menyangkakan bahawa kek tersebut rentung dan tidak menjadi.

Tetapi komen-komen positif yang diterimanya di media sosial membuatkan dia tersedar.

"Memang mati-mati akak ingat tak jadi masa tu sebab macam rentung je, tapi rupanya, pakar yang dalam media sosial cakap memang macam tu rupa dia, jadi akak terkejut sangat, memang tak sangka betul.

"Rakan dalam group tu sangat menyokong dan tak ada yang bagi feedback yang annoying macam sesetengah netizen biasa buat," katanya, merujuk kepada group Masak Apa Tak Jadi, di laman Facebook.

Guru di sebuah sekolah rendah di Selayang ini berkata, tekstur dalaman kek tersebut lembut dan rasanya juga berlemak.

Apabila dimakan secara keseluruhan, rasanya lemak manis itu akan diseimbangkan dengan rasa pahit dari bahagian atas kek terbabit.

"Masa tu rasa macam betul la Allah kata, yang kita rasakan baik pada kita Allah katakan sebaliknya, yang kita rasa tidak baik itu sebenarnya baik untuk kita.

"Allah maha mengetahui setiap kejadian." katanya yang menetap di Batu Caves, Selangor.



Rupa burnt cheese kek tersebut setelah dipotong.

Ibu kepada lima cahaya mata ini berkata, kek yang dibuat atas pemintaan anak kembarnya itu licin dengan sekelip mata.

"Tak tunggu lama, memang sekejap sahaja dah dimakan oleh anak-anak, mereka suka sangat dan minta saya buat lagi," katanya.



Hani (dua dari kanan) bersama keluarganya.

Hani yang sememangnya gemar membuat kek sejak berusia 13 tahun lagi berkata, ini merupakan percubaannya kali kedua.

"Saya memang minat baking, saya buat cookies dan baking sejak umur 13 tahun, tolong mak, terutama waktu raya, cuma dulu saya pandai buat kek butter sahaja.

"Ni sebenarnya percubaan saya yang kedua, yang pertama tak jadi, dia lembik," katanya.

Katanya, dia membuat kek sekadar suka-suka dan dia kadangkala akan berkongsi rezeki tersebut dengan rakan-rakannya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
baking, burnt cheese cake

Artikel Lain