suria

Suka-suka kongsi video sekolah, mata pula jadi perhatian! Dapat MRSM tapi remaja pilih maahad buktikan kalau dah minat, belajar jadi seronok

Arif memasang impian untuk menyambung pengajian dalam bidang Ukur Bahan di mana-mana universiti tempatan.

SETIAP pelajar melalui perjalanan berbeza-beza sebelum menamatkan pengajian di sekolah mereka.

Ada yang memilih sekolah harian biasa, ada juga yang memilih sekolah agama, sekolah vokasional dan sebagainya.

Bagi Arif Azmi Asmadi, 17, dia akui tempoh hampir lima tahun menuntut di sekolah agama bagaikan satu pengalaman berharga buatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih TikTok platform berdakwah... gadis berpurdah seawal usia 14 tahun hampir menangis saat terima mesej individu luah hasrat berhijrah - "Mak pesan jaga mana wajib"

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu suka menyendiri tapi pelajar Malaysia di Mesir berubah sejak ke rumah anak yatim... setiap orang ada 24 jam yang sama, hanya niat bantu kumpul saham akhirat

Menurut pelajar Maahad Muhammadi Lelaki (MML) Kota Bharu, Kelantan itu, dia pernah mendapat tawaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), namun memilih untuk ke sekolah agama.

"Saya sebenarnya berasal dari Kuala Lumpur. Saya ikut keluarga berpindah ke Kelantan masa tahun 2015. Selepas sekolah rendah, saya ada dapat tawaran ke MRSM. Tapi saya rasa tak nak duduk asrama.

"Jadi saya memilih sebuah maahad berdekatan rumah. Ingat nak belajar sekejap saja di maahad itu, tapi lama-kelamaan saya mulai selesa dan terbiasa dengan pembelajaran di sana. Jadi saya teruskan pengajian seperti biasa.

"Selepas tamat tingkatan tiga, baru saya pindah ke MML dan mula duduk di asrama. Awal-awal rasa homesick juga, tapi lama-lama dah jumpa kawan, saya sedar seronok dapat duduk asrama," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Arif, dia yang kini sedang mengikuti pengajian tahun terakhir di MML akui perjalanannya di institusi itu tidaklah semudah yang disangka.

arif2

Arif tidak merancang untuk sambung pengajian ke luar negara.

Namun katanya, ia tidak menjadi penghalang untuk dia fokus terhadap subjek akademik dan agama, sebagaimana pelajar-pelajar lain yang menuntut di sana.

"Bagi pelajar sekolah harian biasa, mungkin mereka rasa rumit untuk belajar di maahad. Ada subjek akademik, subjek agama lagi. Tapi ia tidaklah sesukar yang disangka.

"Kalau kita minat, InsyaAllah pembelajaran pun akan jadi seronok. Awal-awal dulu, memang masa agak tak mencukupi untuk fokus semua subjek. Tapi saya cuba buat jadual belajar sendiri, lama-kelamaan jadi dah terbiasa.

Awal-awal dulu, memang masa agak tak mencukupi untuk fokus semua subjek. Tapi saya cuba buat jadual belajar sendiri.

ARIF

"Kena ambil masa untuk biasakan diri. Tak lama pun, mungkin dalam tiga bulan, InsyaAllah dah OK. Awal-awal saja kita akan rasa berat," ujar anak kedua daripada empat beradik itu.

Biarpun bersekolah di institusi pengajian agama, Arif akui dia tidak memasang impian untuk menyambung pengajian ke negara timur tengah.

Jelas Arif yang menetap di Tanah Merah, dia mahu menyambung pengajian dalam bidang ukur bahan di mana-mana universiti tempatan saja.

arif1

Arif merupakan anak kedua daripada empat beradik.

Dalam pada itu, video memaparkan Arif yang memakai pakaian seragam sekolahnya turut tular sehingga meraih hampir 50,000 tontonan.

Kata Arif, dia sama sekali tidak menyangka video yang dirakam secara bersahaja itu akan meraih perhatian ramai.

"Awal tu memang agak terkejut. Saya post video suka-suka saja. Tak sangka akan viral. Kebanyakan yang komen pun dari sekolah agama.

"Ada juga yang puji mengenai mata saya. Bila ramai komen macam tu, rasa segan, rasa malu pun ada. Saya jadi takut dan tak yakin nak post video lagi," ujarnya berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain