suria

Tuah suara, paras rupa sampaikan malu dipuji... pelajar aktif sukan sejak usia 5 tahun tak sangka lubuk rezekinya di media sosial, teringin nak jadi public figure

Irfan bukan sahaja aktif dalam badminton, malah turut menceburi sukan larian dan berbasikal.

SEAWAL usia lima tahun, pelajar ini sudah didedahkan dengan aktiviti sukan.

Kini, Irfan Farhan, 19, mengakui hidupnya bagaikan kurang lengkap jika sehari tidak menjalani aktiviti tersebut.

Menurut pelajar Kolej Matrikulasi Johor itu, dia bukan sahaja aktif dalam badminton, malah turut menceburi sukan larian dan berbasikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih berlatih... atlet berbasikal nak tak nak terpaksa redah banjir, kalau patah balik makin jauh kayuh - “Ada sampai lutut, paras dada”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak sayang martabat wanita ke?” - Pelumba BMX bertudung kalis kecaman, sokongan bertambah selepas buat video TikTok

"Keluarga saya memang suka bersukan. Sejak kecil saya didedahkan dengan pelbagai sukan. Masa umur lima tahun, saya bermula dengan badminton.

Kemudian, saya juga menyertai sukan basikal. Saya sebenarnya pelapis negeri Johor untuk sukan basikal bagi Sukan Malaysia (Sukma). Tapi sekarang saya berhenti sekejap kerana mahu fokus dengan pengajian.

"Untuk larian pula, saya biasanya menyertai larian jarak jauh. Saya juga ada menyertai duathlon, acara larian campur dengan berbasikal," jelasnya kepada mStar.

Kata Irfan, dia yang aktif bersukan sejak zaman sekolah tidak menganggap ia sebagai penghalang untuk meraih keputusan baik dalam akademik.

irfan8

Irfan mula bersukan ketika berusia liam tahun.

Malah kata Irfan, setiap pelajar yang menyertai sukan boleh membahagikan masa sebaiknya jika mereka mempunya fokus dan keazaman yang tinggi.

"Mungkin ada orang yang tak boleh nak lakukan sukan dan belajar serentak. Tapi masa zaman sekolah dulu, saya buat jadual sendiri. Kalau pagi dan petang ada latihan sukan, saya akan belajar pada waktu malam.

Ada yang puji suara, ada pula puji paras rupa. Sejujurnya saya pun segan.

IRFAN

Saya memang suka bersukan, ia memang dah jadi macam rutin harian. Saya suka perasaan penat bila bersukan. Kalau balik kampung sekalipun, saya akan bawa kasut untuk berlari.

"Tapi jika saya sambung pengajian dalam bidang perubatan selepas ini, mungkin saya akan perlahankan sukan. Tapi saya tak akan berhenti terus.

"Saya tak kisah kalau tak dapat masuk Sukma. Saya masuk sukan bukan semata-mata nak jadi atlet negara, tapi ia ada dalam jiwa saya, dah jadi rutin harian saya," ujarnya yang menetap di Kulai, Johor.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, dia juga aktif berkongsi pelbagai video di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 100,000 pengikut dalam tempoh singkat.

irfan5

Irfan kini menuntut di Kolej Matrikulasi Johor.

Kata Irfan, penangan tular menyebabkan dia ditawarkan dengan reviu produk, sekaligus membuka pintu rezeki untuk dia mencari pendapatan sendiri.

"Saya baru saja buka akaun TikTok pada Mei lepas. Saya suka nak jadi public figure, tapi tak sangka video saya akan meraih perhatian ramai.

"Saya suka bercakap dengan orang ramai, saya juga suka berlakon. Alhamdulillah, sejak itu saya juga ada dapat tawaran reviu produk seperti baju, makanan dan sebagainya.

"Dengan duit itu, saya boleh guna untuk tampung kos pengajian. Saya pun tak pernah sangka boleh jana pendapatan melalui media sosial," ujarnya.

Disebalik video-video Irfan yang meraih jutaan tontonan, dia juga sering dihujani komen netizen yang memuji rupa paras serta suaranya.

irfan3

Irfan tak sangka dia meraih sokongan ramai di media sosial.

Kata Irfan, dia bersyukur dengan sokongan yang diraih dan menerima segala komen dengan hati terbuka.

"Ada yang puji suara, ada pula yang puji paras rupa. Sejujurnya saya pun segan. Tapi saya nak ucapkan terima kasih atas sokongan mereka semua.

"Alhamdulillah, setakat ini saya tak menerima komen negatif melampau. Dulu media sosial saya anggap macam hiburan, siapa sangka sekarang dah boleh jadikan sebagai kerjaya?

"Jadi, terima kasih kepada anda semua yang beri sokongan kepada saya sejak awal dulu," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Bapa Miera Leyana meninggal dunia