suria

Penangan GV, siswi suka-suka ‘cover’ lagu Asmara Ini... ramai terpesona suara anak Sarawak mirip Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, tak sabar nak rakam Setia

Roxy membuat 'cover' lagu Datuk Fazley berjudul Asmara Ini.

BAGI peminat program realiti nyanyian Gegar Vaganza (GV), sudah semestinya rancangan tersebut dinanti-nantikan setiap tahun.

Program berkonsepkan pertandingan nyanyian itu menghimpunkan artis-artis lama yang membuat kemunculan semula dalam arena seni suara.

Untuk musim ini, program tersebut kembali bersiaran bermula 21 November lalu dengan menampilkan 12 penyanyi dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow, Tokti versi lelaki! Selepas 10 tahun jadi busker, Achik kini famous sampai seberang... video cover lagu Purnama Merindu raih lebih 1 juta tontonan

ARTIKEL BERKAITAN: “Kamu sangat special” - Bob bikin kejutan lagi... video cover lagu dikongsi Melly Goeslaw, jejaka Sarawak rasa nak menjerit macam tarzan!

Memandangkan ketika ini 'demam' Gegar Vaganza sudah bermula, ada di antara warga maya yang turut membuat video 'cover' lagu artis yang bertanding di dalam program berkenaan, temasuk wanita ini.

Menyanyikan lagu Asmara Ini dendangan Datuk Fazley Yaakob yang juga salah seorang peserta GV, alunan suaranya dengan diiringi petikan gitar cukup membuatkan netizen terpesona.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Roziena Ixzy berkata, dia sekadar suka-suka membuat 'cover' lagu nyanyian chef selebriti tersebut kerana meminati irama dan melodinya yang seakan-akan mempunyai persamaan dengan lagu K-Pop.

"Kebetulan juga lagu tersebut muncul dalam For You Page (FYP) di TikTok. Lagu tu juga antara lagu yang hits dan menjadi siulan ramai satu ketika dahulu. Jadi saya pun saja buat cover.

"Tak sangka pula ramai suka dan dapat views yang tinggi. Dalam komen, ada ramai minta saya buat cover lagu-lagu lain lagi.

"Ada yang minta saya buat 'cover' lagu viral dari Indonesia berjudul 'Aku bukan jodohnya'. Jika ada kelapangan, pasti saya akan cuba penuhi permintaan mereka," ujar wanita berusia 23 tahun ini.

ROXY 2

Kenangan manis ketika Roxy dan sahabatnya berjaya merangkul gelaran juara sewaktu pertandingan anjuran Unimas pada 2019.

Senang disapa sebagai Roxy, wanita berketurunan Bidayuh dan Melanau ini berkata dia sememangnya minat menyanyi sejak kecil lagi lebih-lebih lagi bapanya merupakan seorang penyanyi yang dikenali dalam kalangan masyarakat tempatan.

"Saya ada lima adik beradik, dan saya anak sulung. Semua minat menyanyi. Bapa saya seorang ahli muzik juga, dia merupakan penyanyi Bidayuh. Mak pun pandai menyanyi juga tapi hanya sekadar hobi.

"Agaknya hobi ini 'menurun' daripada mereka. Dari kecil memang saya nak jadi penyanyi. Saya pernah masuk pertandingan menyanyi di sekolah, kampung, dan ketika menuntut di Unimas (Universiti Malaysia Sarawak).

Saya tak ikuti kelas vokal atau kelas muzik secara formal. Saya belajar petik gitar sendiri dengan merujuk buku, bapa dan juga YouTube.

ROXY

"Sewaktu Unimas anjur festival kesenian pada 2019, saya dan rakan masuk pertandingan dan menyanyi lagu Bidayuh. Syukur kami raih gelaran johan. Itulah antara kenangan manis saya," ujarnya yang berasal dari Kuching, Sarawak.

Selain mempunyai suara yang lunak, wanita ini juga mempunyai kebolehan memetik gitar.

"Saya belajar kedua-duanya sendiri saja... saya tak ikuti kelas vokal atau kelas muzik secara formal. Saya belajar petik gitar sendiri dengan merujuk buku, bapa dan juga YouTube," ujarnya yang meminati muzik genre K-Pop.

Menjadikan Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebagai idolanya, wanita ini sebenarnya sudah merakamkan sebuah single dalam bahasa Bidayuh tidak lama dahulu.

ROXY 1

Ibu Roxy yang turut sama meminati bidang nyanyian menjadi pendorong utama untuk dirinya melangkah ke hadapan.

"Impian saya nak keluarkan single tersebut dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Melayu, ia berjudul Setia. Sayalah komposer untuk lagu saya sendiri," ujarnya yang juga graduan Sarjana Muda Perakaunan dari Unimas.

Tidak menyangka menerima sambutan positif daripada netizen selepas memuat naik video-video 'cover' lagu di TikTok, Roxy berkata dia terharu apabila ramai yang memberi sokongan kepadanya untuk terus melangkah menceburi bidang seni.

"TikTok ini ibarat medium untuk saya tonjolkan bakat, walaupun ia hanya sedar hobi mengisi masa lapang. Tak sangka, jumlah followers pun bertambah.

"Bila baca komen, ramai yang cakap suara saya macam Jaclyn Victor dan Dayang Nurfaizah. Sejujurnya saya sendiri tak tahu dekat mana persamaan kami.

"Tapi saya terharu kerana kedua-duanya penyanyi kegemaran saya juga, lebih-lebih lagi Dayang kerana dia juga dari Sarawak. Kalau ada peluang dan rezeki, teringin juga nak berduet dengan mereka," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain