suria

Ibu bawa mesin Foodpanda ke mana saja termasuk tandas awam... anak naik segan, staf kedai lain pernah ‘tertipu’ - “Tak malu, janji order masuk”

Kak Idah sentiasa membawa peranti servis penghantaran makanan ke mana-mana.

PERANTI (device) servis penghantaran makanan yang berbunyi menandakan tempahan baharu diterima oleh peniaga kedai makan daripada pelanggan.

Namun lain pula yang berlaku kepada seorang wanita apabila peranti tersebut yang dibawanya, berbunyi bingit ketika sedang makan di sebuah restoran lain.

Sambil menikmati hidangan, wanita berkenaan kelihatan sibuk memeriksa tempahan yang tertera pada peranti tersebut selepas ia berbunyi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang masak keliru tempahan 'nasi goreng Pattaya tak nak telur', serba salah nak masak bimbang reviu 'tak cantik' - "Order pelik ni, terpaksa tunggu"

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM order kek online untuk diri sendiri pada hari keputusan diumumkan, 'tagih' ucapan daripada staf premis

Bercakap kepada mStar, peniaga itu, Faridah Shaari memberitahu, dia mengusahakan restoran yang mengetengahkan sajian dari Pakistan, sejak awal 2019.

Wanita berusia 56 tahun itu berkata, restorannya menyediakan servis penghantaran makanan menggunakan khidmat Foodpanda, yang disediakan peranti untuk transaksi dan tempahan.

"Saya memang suka bawa device ke hulu ke hilir. Tak kira ke mana-mana pun. Pergi pasar raya, shopping mall dan balik kampung pun saya akan, letak dalam beg tangan.

"Kalau dalam kereta, saya keluarkan dari beg. Jika di kedai makan, saya akan pastikan beg terbuka supaya senang dengar bunyi setiap kali order masuk," katanya ketika dihubungi.

mak machne foodpanda 2

Kak Idah mengusahkan restoran yang menyajikan makanan dari Pakistan.

Lebih mesra disapa Kak Idah, dia mempunyai beberapa pekerja tempatan dan asing yang bekerja di restoran miliknya di Putra Heights di Subang Jaya, Selangor.

"Cuma sebahagian pekerja saya termasuk cef merupakan warga Pakistan dan mereka tidak pandai baca Bahasa Melayu. Mereka cuma fasih bercakap Melayu.

"Suami saya pula walaupun turut membantu operasi di restoran tapi dia tak pandai menggunakan gajet termasuk mesin tu.

"Bila order masuk, saya akan periksa dan beri butiran yang mudah untuk difahami suami atau pekerja. Saya juga boleh bercakap Pakistan dengan pekerja," ujarnya yang belajar bahasa asing itu daripada suami, yang merupakan rakyat Malaysia dan berketurunan Pakistan.

mak machne foodpanda 3

Kak Idah memeriksa peranti untuk menguruskan pesanan pelanggan.

Berkongsi pengalaman, dia yang berasal dari Tanjung Malim, Perak memberitahu antara lokasi pelik dia pernah membawa peranti berkenaan adalah di tandas awam.

"Bila pergi tempat macam shopping mall, kadang-kadang saya masuk tandas awam. Memang selalu juga mesin bingit bunyi dalam tandas.

Saya tak malu pun, lantak orang nak kata apa. Yang penting order masuk.

FARIDAH SHAARI

"Tapi di tandas orang tak ambil peduli pun sebab semua ada 'urusan' masing-masing di situ. Yang gempar kalau mesin tu berbunyi di restoran tempat saya makan.

"Pernah satu masa tu, mesin tu berbunyi masa saya makan bersama keluarga di sebuah restoran lain. Ada pekerja sanggup berlari ke kaunter sebab nak tengok order masuk, sedangkan mesin saya yang bunyi tanda order masuk di kedai makan saya,” katanya.

mak machne foodpanda 4

Kak Idah (kanan) bersama keluarga di sebuah restoran.

Menurut ibu kepada empat anak itu, dia mengakui tindakannya membawa peranti pesanan itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan anak-anaknya.

"Sebabnya saya akan set volume maksimum kat device sebab nak senang dengar. Tapi bila berbunyi, satu restoran pun boleh dengar.

"Anak-anak dah pesan kata jangan bawa, tidak pun perlahankan volume. Tapi saya tetap pasang paling kuat sampaikan anak-anak suruh tengok device bawah meja," tambahnya.

Namun bagi nenek kepada seorang cucu itu, tiada yang perlu dimalukan kerana dia lebih mementingkan pesanan yang diterima sebagai sumber rezeki.

"Saya tak malu pun, lantak orang nak kata apa. Yang penting order masuk. Tapi itulah, pernah sampai lima kali device saya berbunyi di kedai lain," ujarnya secara berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain