suria

Lepasan SPM order kek online untuk diri sendiri pada hari keputusan diumumkan, ‘tagih’ ucapan daripada staf premis

Foto kiri dan tengah menunjukkan pesanan dan ucapan buat pelanggan, manakala foto kanan Adan yang merupakan petugas di sebuah kedai kek.

NOTA pesanan ringkas daripada pelanggan yang membuat pesanan minuman atau makanan menerusi aplikasi atau secara online merupakan perkara biasa.

Namun menerusi satu video di aplikasi TikTok, seorang pemuda berkongsi mengenai pesanan seorang pelanggan yang merupakan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020.

Pelanggan itu menulis nota pesanan memaklumkan dia telah menerima keputusan SPM dan berharap staf yang menyediakan makanan yang ditempahnya dapat menulis kata-kata ucapan kerana tiada sesiapa meraikan keputusan SPM yang diterimanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider tergamam berdepan 'kebaikan manusia', lebih touching kejutan dibuat pelanggan Cina... satu keluarga dapat makan free!

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar ucapan, pelanggan minta tulis karangan atas kek! Baker habiskan masa hampir sejam - "Kalau salah eja, memang habis!"

Pemuda berkenaan, Ruzsdan Rosli berkata, pelanggan perempuan itu telah membeli sepotong kek Double Chocolate Nutella dan secawan Caramel Latte pada petang Khamis lalu, iaitu hari keputusan SPM 2020 diumumkan di seluruh negara.



Mesej yang ditulis pelanggan.

Pekerja di sebuah kedai kek di pusat beli-belah dekat Kota Damansara, Selangor berkata, sudah menjadi kebiasaan apabila pelanggan sering meninggalkan pesanan untuk ucapan ditulis di atas kek yang ditempah sempena hari istimewa atau untuk dihadiahkan kepada insan tersayang.

"Biasanya kami terima request supaya menulis ucapan sempena hari jadi atau mesej semasa pandemik Covid-19 untuk jaga diri dan kekal selamat.

"Ini adalah kali pertama kami terima request nak ucapan bagi meraikannya mendapat keputusan SPM dan untuk dirinya sendiri," katanya kepada mStar.



Rakan sekerja menulis ucapan untuk pelanggan.

Lebih dikenali sebagai Adan, katanya, pesanan pelanggan yang tidak dikenali itu benar-benar menyentuh perasaan kerana keputusan SPM yang diterima seharusnya diraikan.

"Bila saya baca pesanan tu rasa sedih, bergenang air mata. Biasanya kami dapat mesej yang ceria-ceria, tapi tak sangka permintaannya itu seolah-olah dia sedang bersedih.

Kami tersentuh baca permintaan dia. Jadi, kami mahu ucapan yang ditulis dapat menyentuh perasaannya agar dia rasa dihargai dan diraikan.

ADAN

"Walaupun kami tak kenal siapa dia, apa keputusan SPM yang dia peroleh, pelanggan itu wajar diraikan pada hari yang bermakna itu," ujarnya yang berkhidmat di premis itu selama tujuh bulan.

Dia yang berasal dari Sungai Buloh, Selangor berkata, persiapan yang dilakukan rakan sekerjanya perlu disegerakan kerana penghantar makanan tiba di premis kurang 10 minit.



Ucapan tahniah buat pelanggan calon SPM.

"Kami tersentuh baca permintaan dia. Jadi, kami mahu ucapan yang ditulis dapat menyentuh perasaannya agar dia rasa dihargai dan diraikan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kami ucap tahniah dan beritahu dia perlu bersyukur dengan apa jua keputusan yang diterimanya. Dia sudah lakukan yang terbaik dan perlu menikmati kegembiraan dalam hidup dan selamat maju jaya," katanya yang merupakan anak bongsu daripada tujuh beradik.



Sepotong kek yang ditempah pelanggan.

Walaupun tidak menerima maklum balas daripada pelanggan berkenaan, Adan dan rakan-rakan setugasnya berharap nota ucapan itu dapat menceriakannya pada hari berkenaan.

"Kami berharap dia berasa lega dan lebih baik daripada sebelumnya. Apa pun keputusan SPM yang diterimanya, dia perlu meneruskan perjuangan dan jangan putus asa.

"Semoga dia mencapai apa yang diimpikannya pada masa akan datang. Kepuasan dan kegembiraan itu yang kami harapkan buat semua pelanggan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain