suria

Luar mendung, dalam rumah blackout... pengantin tetap teruskan majlis! ‘Makcik-makcik’ terkejut tengok foto selepas bergambar dalam gelap

Pengantin berkongsi pengalaman rakaman bekalan elektrik terputus pada hari pernikahan. foto instagram allfendstudio

KADANG-kadang perkara berlaku tidak seperti apa yang dirancang.

Begitulah yang berlaku kepada sepasang pengantin apabila majlis perkahwinan mereka berlangsung dalamsuasana gelap gelita, gara-gara bekalan elektrik terputus.

Namun mereka tetap meneruskan sesi fotografi bersama saudara-mara di pelamin dalam keadaan bergelap, dengan bimbingan dan tunjuk ajar jurugambar.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi laga pipi buat pengantin perempuan terduduk, jurugambar sporting siap ajar posing nak nampak sweet - "Letak tangan di pinggang pasangan pun terketar-ketar"

ARTIKEL BERKAITAN: Jurukamera gigih payung kamera, pengantin nak teruskan photoshoot masa hujan lebat... rupa-rupanya dari awal dah sepakat nak basah bersama

Berkongsi cerita, pengantin perempuan, Nur Najihah Tamzis memberitahu, insiden berlaku pada hari pernikahannya 31 Oktober lalu di rumah keluarganya di Johor Bahru, Johor.

Wanita berusia 24 tahun itu berkata, seminggu sebelum itu, keluarganya menerima notis mengenai kerja-kerja baik pulih di kawasan perumahan mereka yang dilakukan pada tarikh pernikahannya.

"Menurut notis tersebut, kerja-kerja baik pulih dilakukan dari pukul 3 petang sehingga 7 malam. Kerja-kerja akan menyebabkan gangguan bekalan elektrik sepanjang tempoh itu.

"Bukan rumah kami saja, turut terkesan adalah rumah-rumah lain di kawasan sama. Cuma saya sedih dan speechless sebab gangguan pada hari nikah," katanya kepada mStar.

pengantin blackout 4

Najihah (kanan) dan suami bernikah pada 31 Oktober 2021. foto instagram allfendstudio

Reda dengan keadaan yang berlaku, Najihah berkata, sesi fotografi perkahwinan perlu dibuat lebih awal sejurus selepas upacara akad nikah di pejabat agama di Johor Bahru, sebelah pagi.

Dia bagaimanapun memberitahu hujan berlaku pada hari berkenaan dengan cuaca mendung hingga ke petang.

pengantin blackout 6

Momen-momen dirakamkan di pelamin. foto instagram allfendstudio

"Photoshoot bermula pukul 12 tengah hari tapi tak sempat habis sebelum pukul 3 petang. Sudahnya rumah blackout dengan ahli keluarga terdekat yang hadir berada dalam gelap.

"Memang terkejut, tapi nak buat macam mana. Keadaan di pelamin pula memang bergelap di dalam rumah kerana di luar pun mendung sebab baru lepas hujan.

"Tak ada generator untuk pasang lampu, kecuali bapa saudara gunakan lampu pada topinya yang sering dibawa untuk aktiviti memancing," katanya yang berasal dari Pasir Gudang.

pengantin blackout 3

Antara rakaman ketika bekalan elektrik terputus. foto instagram allfendstudio

Menurut pembantu akaun itu, ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan dia dan suami dalam keadaan berpeluh apabila sesi fotografi diteruskan.

"Memang berpanas dan berpeluh. Tapi sesi fotografi perlu diteruskan di pelamin sebelum bersambung di outdoor. Alhamdulillah, ada bantuan daripada jurugambar.

Walaupun cuaca buruk dan blackout, tapi syukur segalanya dipermudahkan, selain sesi fotografi dipercepatkan sebelum gangguan bekalan elektrik. Alhamdulillah

NUR NAJIHAH TAMZIS

"Walaupun cuaca buruk dan blackout, tapi syukur segalanya dipermudahkan, selain sesi fotografi dipercepatkan sebelum gangguan bekalan elektrik. Alhamdulillah," kata Najihah.

Sementara itu, jurugambar, Aler Azwan Mohd Yusof pula berkata, sesi fotografi yang dirancang selesai sebelum bermulanya kerja-kerja baik pulih dilanjutkan selama setengah berikutan kehadiran ahli keluarga terdekat pengantin.

pengantin blackout 7

Aler berkongsi pengalaman merakam foto pengantin ketika 'blackout'. foto instagram allfendstudio

"Mujur saya ada pengalaman ambil gambar pengantin masa blackout, jadi saya buat persiapan awal dengan membawa peralatan tambahan seperti lampu," katanya yang berpengalaman sebagai jurugambar selama 11 tahun.

Pemuda berusia 33 tahun itu berkata, sesi fotografi turut mengambil masa kerana lakonan semula acara selepas akad nikah untuk rakaman sebagai kenang-kenangan.

pengantin blackout 2

Masing-masing tersenyum meskipun dirakam ketika 'blackout'. foto instagram allfendstudio

"Serius memang gelap di kawasan pelamin. Pengantin pun nampak samar-samar. Penggunaan lampu flash membantu untuk menjadi rakaman foto lebih terang.

"Cuma saya kena pastikan semua yang bergambar memandang kamera tanpa tertutup mata. Sebab flash dalam gelap boleh buat mata mereka tertutup ketika bergambar.

"Saya minta mereka buka mata selain senyum. Dalam setengah jam habiskan sesi rakaman di pelamin ketika blackout, kira-kira 30 keping foto berjaya dirakamkan.

"Sampaikan ada sekumpulan makcik-makcik terkejut selepas bergambar dalam gelap sebab tak percaya hasil gambar cantik macam tak blackout," kata Aler.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain