suria

Tukang masak keliru tempahan ‘nasi goreng Pattaya tak nak telur’, serba salah nak masak bimbang reviu ‘tak cantik’ - “Order pelik ni, terpaksa tunggu”

Nota ringkas seorang pelanggan (bulatan merah) untuk pesanan nasi goreng Pattaya menimbulkan kekeliruan.

LUMRAH berniaga di kedai makan, pasti ada pelanggan yang membuat permintaan khas terhadap pesanan minuman atau makanan mereka.

Begitu juga jika pesanan dibuat secara dalam talian atau aplikasi, yang mana pelanggan akan menulis nota atau pesanan ringkas kepada peniaga.

Namun menerusi video di aplikasi TikTok, timbul tanda tanya apabila seorang pelanggan meminta supaya nasi goreng Pattaya yang dibelinya tidak diletakkan telur dan sos.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepasan SPM order kek online untuk diri sendiri pada hari keputusan diumumkan, 'tagih' ucapan daripada staf premis

ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan pagi! Mak jerit selepas lihat telur besar, anak sangka nasi lemak bungkus ada 2 keping daun pisang

Tukang masak, Hafiz Zulkifli berkata, pelanggan itu membuat pesanan itu bersama dua lagi menu iaitu nasi goreng kambing dan nasi goreng ayam goreng kunyit secara online daripada restorannya di Jerantut, Pahang, pada minggu lalu.

Pemuda berusia 30 tahun itu mengakui terkejut dan keliru sebaik melihat nota pesanan ringkas yang ditunjukkan peranti tempahan untuk tujuan penghantaran.

"Menu nasi goreng Pattaya memang dikenali dengan masakan nasi goreng yang dibalut dengan telur dadar dan kalau di restoran kami akan diletakkan sos cili di bahagian atasnya.

"Kebiasaannya pelanggan yang membeli nasi goreng Pattaya ini akan request untuk tak nak sayur atau sos cili sebab ada yang tak suka makan sayur atau pedas. Tapi bila pelanggan tak nak telur tu memang keliru," katanya kepada mStar.



Permintaan seorang pelanggan yang memesan nasi goreng Pattaya.

Hafiz berkata, dia terpaksa menunggu ketibaan penghantar makanan yang ditugaskan untuk menghantar pesanan pelanggan berkenaan bagi mendapatkan kepastian.

"Menerusi servis penghantaran ni, kami tak dapat berhubung dengan pelanggan. Jadi, kami minta rider tolong tanyakan kat pelanggan apa sebenar request yang dimaksudkan tu.

"Sebenarnya bila terima order daripada pelanggan, kami terus menyiapkannya sebelum rider datang. Bila rider sampai, dah boleh ambil order dan hantar terus kepada pelanggan.

"Tapi untuk order yang pelik ni, kami terpaksa tunggu dulu untuk pengesahan daripada pelanggan," ujarnya yang berasal daripada Jerantut.



Nasi goreng Pattaya dikenali sebagai nasi goreng dibalut dengan telur dadar.

Menurut anak kelima daripada enam beradik itu, kejadian seumpama itu pertama kali berlaku sejak restoran berkonsepkan masakan Thai beroperasi sejak 2016.

Mengulas lanjut, dia perlu mendapatkan pengesahan pelanggan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kesulitan membabitkan premis dan penghantar makanan.

Servis ni ada rating. Kalau kami buat lain, tapi pelanggan sebenarnya nak lain... Nanti boleh jejaskan rating kami. Kalau orang lain nak order kat apps pun akan tengok rating.

HAFIZ

"Servis ni ada rating. Kalau kami buat lain, tapi pelanggan sebenarnya nak lain... nanti boleh jejaskan rating kami. Kalau orang lain nak order kat apps pun akan tengok rating.

"Kalau rating tak cantik sebab kedai beri servis yang kurang memuaskan, mesti pelanggan lain tak nak order di kedai tu. Jadi, kami perlu pastikan servis kami sentiasa terbaik," ujarnya sambil menambah bisnes tersebut turut diusahakan bersama dua lagi adik beradiknya.



Hafiz menyiapkan pesanan nasi goreng Pattaya.

Selepas mendapat pengesahan, Hafiz yang merupakan bapa kepada kepada tiga cahaya mata itu menjelaskan rupa-rupanya terdapat kesilapan di pihak pelanggan.

"Pelanggan tu sebenarnya tak nak sayur, tapi dia tersilap tulis kata tak nak telur. Itu yang pelik, kalau tak nak telur boleh saja dia order nasi goreng lain yang bukan Pattaya.

"Bila dah confirm, barulah saya masakkan untuk pelanggan. Selama 10 minit rider kena tunggu untuk saya siapkan order tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tapi OK la rider pun nanti hantar order yang betul. Kami ni berpegang pada prinsip 'customer is always right'. Kalau rasa ada yang kekeliruan atau kesilapan, adalah lebih baik dapatkan pengesahan dulu untuk pastikan servis kekal terbaik," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain