suria

Dilema pusat perlindungan! Pemilik ‘takut dosa’ enggan mandulkan kucing, ugut nak buang di pasar jika tak mahu ambil bela

Kapasiti kucing di Bustana Kucing Perlis menghampiri tahap maksima.

KALAU tak nak terima, kucing-kucing ini akan dibuang ke pasar - ini antara ugutan-ugutan yang sering diterima sebuah pusat perlindungan kucing di Perlis.

ARTIKEL BERKAITAN : Dihalau dari rumah sewa, wanita lebih fikirkan kebajikan 50 kucing kesayangannya... menangis ketika hantar ke pusat perlindungan

ARTIKEL BERKAITAN : Bukan calang-calang ibu! Wanita 2 cahaya mata selamba angkat berat, tak sah sehari tak bersenam - “Suami, anak gembira ke kalau kita sakit?”

Berkongsi perkara tersebut di media sosial, petugas di Bustana Kucing Perlis, Zakaria Shafie berkata, mereka kini tidak mempunyai pilihan lain selain berhenti menerima haiwan itu buat sementara waktu kerana jumlah kucing jalanan di bawah jagaan mereka sudah mencapai kapasiti maksimum.

"Dengan jumlah kucing yang semakin hampir ke angka 2,000 ekor, Bustana akan lebih memfokuskan kepada penjagaan dan rawatan kucing-kucing sedia ada sahaja.

"Mohon jasa baik semua untuk membantu Bustana mengurangkan jumlah kucing dengan datang ke Bustana dan adopt kucing-kucing yang menghuni sangkar utama, kalau tak dapat bantu dengan cara adopt, doakan pihak Bustana dapat cari keluarga baharu buat kucing di sini.

"Buat yang mengugut dengant ayat kalau Bustana tak boleh terima kucing kami, kami akan buang di pasar, boleh saja teruskan kalau mampu bayar saman jikalau ada yang tangkap gambar dan lapor kepada pihak berkenaan," tulisnya.



Hantaran Zakaria di Facebook.

Untuk makluman, individu yang ditangkap membuang haiwan peliharaan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 iaitu hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda maksimum RM100,000.

Bercakap kepada mStar, Zakaria berkata, mereka menerima banyak kucing baharu terutama sekali sejak aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Katanya, isu lambakan kucing ini berlaku disebabkan keengganan serta kegagalan pemilik untuk memandulkan kucing-kucing mereka.

"Kucing-kucing ini (yang ingin diserahkan) merupakan kucing belaan sendiri, alasannya tak larat dan tak mampu... nak mandulkan takut berdosa.

"Bustana bukan tak nak tolong tapi memang dah hampir jumlah maksimum, kalau setakat lima ke 10 ekor boleh lagi, tapi banyak kes lebih dari 20 ekor dan semuannya dari luar Perlis," katanya menambah ada juga yang untuk untuk membuat kucing di kedai dan tepi jalan.

Kalau kucing yang rapat dan manja dengan tuan asal mungkin tak akan dapat cari makanan sendiri dan survive.

ZAKARIA SHAFIE

Menurut Zakaria, kucing belaan yang tidak pandai untuk mencari makanan sendiri mungkin tidak akan selamat sekiranya dibuang atau dibiarkan di jalanan.

"Kalau kucing yang pandai cari makan sendiri mungkin boleh bertahan bila dibuang di pasar.

"Tapi kalau kucing yang rapat dan manja dengan tuan asal mungkin tak akan dapat cari makanan sendiri dan survive," katanya.



Antara mesej yang diterima pihak Bustana Kucing Perlis.

Zakaria berkata, walaupun beroperasi pada tahap maksimum, adakalanya mereka tetap dipaksa untuk menerima sesetengah kes.

"Macam kes terbaru ada yang dari luar Perlis hantar 20 ekor, dia tak beritahu awal, dia kata nak hantar kucing bila dah ada di highway.

"Bila jadi macam tu kita tetap terima juga sebab kesian dekat kucing-kucing tu semua," katanya, sambil menambah kos bulan mereka kini hampir RM100,000 sebulan.



Ada pemilik sanggup mengugut untuk membuang kucing mereka di pasar apabila ditolak oleh pusat perlindungan.

Orang ramai yang ingin mengambil dan menjaga kucing-kucing jalanan boleh hadir ke Bustana Kucing Perlis yang terletak di dalam kawasan Taman Ular dan Reptilia Sungai Baru Pahat, Perlis.

Mereka yang ingin menyalurkan dana kepada Bustana Kucing Perlis bolehlah menghubungi Zakaria di talian 017-6624733.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain