suria

Pelitup muka punya hal, ramai tak percaya pemuda ini rakam video di Port Dickson tanpa dron... semua 3 visual nampak lain – “Paling nervous kalau masuk air”

Tangkap layar video menunjukkan zahir melemparkan telefon bimbitnya ke udara ketika membuat rakaman di Port Dickson.

SIAPA sangka rakaman video yang dibuat sekadar suka-suka menggunakan telefon bimbit meraih lebih 2.4 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Video tersebut menggabungkan dua rakaman – sudut pandangan atau point of view (POV) daripada telefon milik seorang pemuda, dan sudut tepi yang dirakam oleh rakannya.

Dikatakan tidak menggunakan dron, pemuda itu membaling telefonnya ke udara dengan rakaman POV yang merakam keindahan sebuah pantai dengan air laut.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam drama Korea... lelaki ini tak sangka rakaman dron bersama isteri dikata seperti 'Hometown Cha-Cha-Cha' - "Terkejut tiba-tiba kena hon"

ARTIKEL BERKAITAN: Fuh! Bukan 1, tapi 3 foto kreatif milik rakyat Malaysia umur 20 tahun jadi pilihan Apple - "Saya bukan jurugambar"

Namun timbul pertikaian dalam kalangan netizen mengenai kesahihannya tidak menggunakan dron berikutan terdapat dua rakaman menunjukkan dirinya memakai pelitup muka, manakala satu lagi tidak memakainya.

Tidak menyangka video tersebut menjadi tular, pemuda berkenaan, Muhammad Zahiruddin Akmal berkata, rakaman dibuat di Pantai Teluk Kemang di Port Dickson, Negeri Sembilan, minggu lalu.

"Masa tu saya lemparkan phone saya ke atas untuk rakam pemandangan dari atas. Tapi sebenarnya ada tiga kali saya lempar phone ke atas.

"Pertama, rakaman tak nampak air dan tak dapat saya sambut, jatuh atas pasir. Kali kedua lempar baru dapat sambut dan rakaman nampak air.

"Kali ketiga pula untuk rakan merakamkan saya dari sudut tepi. Yang ini pun dapat sambut, sebagaimana yang dapat dilihat dalam video di TikTok," katanya kepada mStar.

phone ganti dron 5

Zahir bersama seorang rakan membuat rakaman video di pantai.

Sehubungan itu, dia yang lebih mesra disapa Zahir menegaskan tiada penggunakan dron yang dilakukan sepanjang rakaman dibuat.

"Orang tak percaya ingat tu dron mungkin sebab rakaman tu nampak tinggi dan luas. Masa rakam tu saya guna mod ultra wide yang menjadikan rakaman pemandangan lebih luas.

"Mereka yang tengok video tu dengan teliti akan nampak bayang di pasir, menunjukkan telefon saya yang dilempar. Kalau saya guna dron, bayang pasti lebih besar dan berpetak.

"Telefon yang dilemparkan ke atas pun agak tinggi untuk pastikan bahagian laut turut dirakam. Jarak saya di pantai berpasir dan kawasan air kira-kira lima langkah," ujarnya yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor.

phone ganti dron 2

Tangkap layar video kiri Zahir memakai pelitup mula, dan kanan Zahir tidak memakai pelitup muka.

Menurut anak kedua daripada tiga beradik itu, dia bagaimanapun tidak menyedari terdapat perbezaan rakaman POV dan sudut tepi dari segi pemakaian pelitup muka.

"Memang ada rakaman yang saya pakai mask dan tak pakai mask. Tapi kesemua rakaman 100 peratus guna phone, tak ada dron," tegasnya.

Ada netizen komen kalau nak buat rakaman macam tu, mereka kena beli telefon spare dulu sebab takut phone yang dilempar akan jatuh masuk dalam air

MUHAMMAD ZAHIRUDDIN AKMAL

Dalam pada itu, Zahir yang merupakan pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan di Management and Science University (MSU), Shah Alam, Selangor mengakui dia pada mulanya bimbang perkara yang tidak diingini berlaku semasa rakaman.

"Saya terfikir kalau phone yang saya baling tu jatuh terkena kepala orang lain. Sebab itu saya cari kawasan pantai yang jauh sikit dari orang.

"Paling nervous kalau telefon jatuh masuk dalam air. Kelakar bila ada netizen komen kalau nak buat rakaman macam tu, mereka kena beli telefon spare dulu sebab takut phone yang dilempar akan jatuh masuk dalam air," ujarnya secara berseloroh.

phone ganti dron 4

Zahir merakamkan video dan foto di Port Dickson sebagai kenangan.

Zahir yang gemar merakam foto pemandangan ketika matahari terbit berkata, perkongsiannya menerusi rakaman menggunakan telefon bimbit itu sekadar hiburan semata-mata.

"Saya cuma nak sampaikan boleh je rakam video ala dron guna telefon. Saya pun cuba-cuba walaupun kualiti tidak sebaik macam dron. Rakaman untuk kenangan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain