suria

Belum pernah ada yang beli... tak sangka giftbox jualan wanita ini tiba-tiba mencanak naik, semuanya selepas bersedekah kepada anak yatim

Rezekinya merimpah ruah selepas memberi sedekah kepada anak yatim.

SEDEKAH itu tidak akan mengurangkan harta seseorang, sebaliknya Allah menjanjikan balasan yang baik buat umatnya yang bersedekah dengan ikhlas.

Pengalaman itulah yang dilalui seorang pengguna media sosial baru-baru ini apabila dia mensedekahkan kotak hadiah yang dijualnya sepada seorang anak yatim.

“Mak ayah tak ada dah meninggal, saya sakit teringlah nak giftbox tu sebab birthday saya 17/9 tak pernah dapat giveaway akak,” tulis Fatimah di ruangan komen Nadia Bahrain,25, yang pada ketika itu baru memulakan perniagaan giftboxnya secara dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Sarat kereta angkut barang, 5 beranak terpaksa berhimpit... 2 beradik masuk kolej punya angkara! Ramai ‘usha’, paling sempoi mak riba bakul kain

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terkejut anak baru 4 tahun ronda kampung bawa 'motosikal', nasib baik ramai kenal itu cucu tauke kedai buah - "Dia nak tengok kedai runcit dah buka ke belum"

Simpati membaca mesej tersebut, Nadia yang lebih mesra dipanggil Nad terus membuat keputusan untuk menghantar kotak hadiah kepada remaja terebut.

“Assalammualaikum adik, nanti DM (direct message) akak claim giftbox ye. Alhamdullilah rezeki awak,” tulisnya dalam video yang sama.

Video dia menghadiahkan kotak hadiah kepada remaja tersebut tular baru-baru ini dan mendapat lebih 100,000 tontonan setakat ini.

Bercakap kepada mStar, Nad yang mengakui belum pernah berjaya menjual satupun giftbox sebelum kejadian tersebut berkata, dia tidak menyangka video tersebut akan tular sehingga membuatkan rezekinya tidak putus-putus.

“Masa saya dapat mesej tu saya rasa kesian sebab fikir ada orang yang lagi susah dari kita, bayangkan dia tak pernah merasa dapat kejutan.

“Umur dia kalau tak silap 14 tahun dia tinggal dengan neneknya yang sudah uzur dekat Kampung Charok Gorok, Kedah sebab mak dengan ayah dia dah meninggal dunia.

“Masa tu saya masih baru di TikTok, time tu tak dapat satu order pun lagi, tapi Alhamdullilah lepas video tu tular rezeki datang mencurah-curah, tak berhenti orang WhatsApp order giftbox,” katanya yang menetap di Sungai Ramal Dalam, Kajang.



Nad baru mula menjual giftbox.

Nad berkata, antara barangan yang diletakkan di dalam kotak hadiah yang sudah selamat sampai ke tangan Fatimah termasuklah cincin dan rantai leher emas Korea serta cokelat.

“Nad ingat lagi masa tu Fatimah berterima kasih sangat dekat Nad, ayat last tu dia cakap nak jadikan Nad ni kakak dia sebab dia tak ada adik beradik lain.

“Kalau tak silap adik dia pun meninggal disebabkan kemalangan,” katanya.

FotoJet (26)

Antara barangan yang dimasukkan dalam kotak hadiah Fatimah.

Nad berkata, selain rezeki yang tidak putus-putus, dia yang juga seorang penjual pakaian bundle bayi berkata, dia turut menerima WhatsApp dari pelbagai individu yang memohon bantuan daripada dirinya.

“Lepas kejadian tu memang ramai juga WhatsApp nak giftbox free, siap ada yang minta bantuan pampers, susu, bantuan duit, minta zakat pun ada.

“Nad jawab la, Nad bukan pusat zakat dan ada juga yang minta then Nad bagi, lepas tu dia minta lagi seakan mengambil kesempatan,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
giftbox, percuma, sedekah, murah rezeki