suria

Pantang dengar lagu! Budak 2 tahun bikin gamat, ligat buat persembahan live dalam kereta... paling comel tak hafal lirik pun

Zulaikha akan mula menyanyi dan menari apabila terdengar lagu di radio

GELAGAT seorang kanak-kanak perempuan menyanyi menarik perhatian ramai di media sosial.

Gaya dan riak wajahnya itu persis seorang penyanyi yang berada di pentas.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh ibunya memaparkan kanak-kanak berkenaan sedang membuat persembahan nyanyian di dalam kereta.

ARTIKEL BERKAITAN: Amboi, senangnya hati! Perangai sebenar ibu 3 anak ‘terbongkar’ selepas video nyanyi lagu Kuca Kuca atas rakit tular - “Pernah lemas tapi tak serik”

ARTIKEL BERKAITAN: Riuh anak-anak jiran lepak depan rumah, tiba-tiba muncul budak viral jadi ‘cameo’ – “Saya bukan Abang Long kawasan tapi...”

Bercakap kepada mStar, Wan Ros Shalwani Wan Azman, 27, berkata, anaknya Nur Zulaikha Iman Muhammad Nur Iqmal yang berusia dua tahun itu akan membuat 'persembahan' setiap kali mendengar lagu.

Adiknya Wan Ros Shazera Ayuni Wan Azman, 14, merakam video itu sementara menunggu dia selesai membeli barang di sebuah pasar raya yang terletak di Bangi, Selangor.

Rakaman visual tersebut meraih hampir 100,000 tontonan di TikTok.

"Masa itu mereka tengah tunggu di dalam kereta sementara saya beli barang dapur. Saya memang selalu merakam Zulaikha sebab dia suka sangat menari dan menyanyi bila dengar muzik.

"Lagi satu, reaksi dia tu memang spontan sangat. Macam-macam gaya yang keluar setiap kali saya merakam Zulaika berjoget.

IMG_1950

Wani sering merakam Zulaikha kerena teletahnya yang sangat spontan.

"Dia paling suka mendengar lagu yang ada kena tarik note tinggi macam Aina Abdul. Walaupun tak hafal lirik, dia tetap akan cuba untuk menyanyi," katanya sambil menambah, dia dan anaknya suka mendengar lagu balada.

Lebih mesra disapa Wani, anaknya mula menunjukkan reaksi terhadap muzik ketika berusia setahun sewaktu mereka menonton sebuah filem kartun.

Zulaika mula menggoyangkan badan mengikut rentak lagu dan cuba untuk meniru tarian yang terpapar di skrin.

"Saya perasan Zulaikha suka berjoget ni waktu dia umur setahun lebih macam tu, waktu itu lagu 'Goyang' sedang bermain ketika menonton cerita Upin Ipin.

"Zulaika cuba untuk menyanyi dan menari mengikut step lagu tersebut. Sejak daripada itu, setiap kali dengar lagu je mesti dia akan menari ikut step yang sama.

IMG_1949

Zulaikha (tengah) mula menunjukkan reaksi pada muzik sejak berusia setahun.

"Memang patang dengar lagu, sebelum ni dia okay je kalau kami merakam aksinya. Tapi sekarang ni mungkin dah boleh faham, bila nampak je kamera terus Zulaika muncungkan bibirnya dan berkata no," katanya yang menetap di Taman Kantan Permai, Kajang.

Menurut anak jati Terengganu ini, anaknya itu sangat suka bermain dengan kucingnya di rumah mereka.

Tambahnya lagi, Zulaikha berani memegang kucing itu dan diperlakukan seperti anak patung.

"Anak saya memang suka senyum daripada kecil lagi, tapi kalau dengan orang tak kenal tu dia takut sikit.

"Kalau macam ada buat salah atau apa-apa, nanti mesti dia datang pada saya dan cakap umi sorry.

Tapi bila dah besar nanti, semuanya tu dah tak ada dan susah nak dapat.

WAN ROS SHALWANI WAN AZMAN

"Saya ada bela seekor kucing di rumah, dari sebelum ada anak lagi. Jadi setiap pagi dia pasti akan pergi tengok kucingnya dulu.

"Dia langsung tak takut kena gigit atau dicakar, kadang-kadang Zulaika sampai mengetap giginya kerana terlalu geram," ujarnya yang berniaga di sebuah gerai buah bersama-sama suami di Sungai Ramal, Kajang.

Menurut ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia tidak akan menghalang sekirannya anaknya mahu menceburi bidang nyanyian apabila dewasa nanti.

"Enjoy je la momen bersama anak-anak waktu mereka kecil lagi walaupun kadang-kadang kita rasa geram bila mereka asyik menangis.

IMG_1999

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Zulaikha (seluar biru cair) yang beumur dua tahun.

"Tapi bila dah besar nanti, semuanya tu dah tak ada dan susah nak dapat. Itulah perkara yang akan paling kita rindukan apabila anak semakin dewasa.

"Biarlah dia membesar depan mata kita dengan macam mana gaya sekalipun. Setiap momen bersama anak-anak akan menjad kenangan yang terindah buat ibu bapa," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain