suria

“Sebelum tunang dia ada cerita tentang sakitnya” - Isteri pasrah suami ‘dipinjamkan’ tak sampai setahun, meninggal awal 3 tahun dari jangkaan doktor

Allahyarham suami Tasya meninggal dunia pada 31 Mei lalu.

KETIKA usia perkahwinan belum mencecah setahun, wanita ini diuji dengan pemergian suaminya.

Menurut Nor Shazwani Natasha Mazlan, dia kini sedang menyesuaikan diri dengan suasana baharu selepas suaminya, Muhd Hazim Abdul Mutalib, meninggal dunia pada 31 Mei lalu.

Masing-masing berusia 27 tahun, pasangan itu mula berkenalan pada tahun 2017 sebelum mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 3 tahun meninggal, suami setiap hari ziarah pusara isterinya, beri ‘makanan’ 3 kali sehari untuk balas jasa

ARTIKEL BERKAITAN: Anak hilang kekuatan, ibu meninggal selepas 13 tahun tanggung 5 penyakit... hanya pusara pengubat rindu! - “Dari rumah boleh nampak kubur mak ayah”

"Kami berkenalan melalui grup motosikal. Awalnya kami berkawan seperti biasa. Sebelum bertunang, dia cerita mengenai penyakitnya.

"Arwah ada dua penyakit. Penyakit berkaitan hati sudah dihidapi sejak kecil lagi. Doktor jangka hati arwah akan rosak pada umur 30-an dan perlu buat pembedahan.

"Arwah juga ada masalah usus dan pernah jalani pembedahan ketika usia 15 tahun. Pada Mac lalu, arwah masuk hospital. Doktor kesan ada masalah usus, arwah muntah darah.

"Tiga kali keluar masuk hospital. Pada Mei, doktor kata hati arwah dah bengkak dan keras. Kami perlu bincang sama ada ahli keluarga nak derma hati atau masuk waiting list penderma organ.

tasya3

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Ogos tahun lalu.

"Tak sempat berbincang habis, arwah pergi buat selamanya pada 31 Mei 2021," imbasnya sebak.

Mesra disapa Tasha, wanita dari Pulau Pinang itu mengakui sukar menghadapi hari mendatang tanpa kehadiran suami di sisi.

Masa sakit pun, dia selalu bagi semangat pada saya. Sepatutnya kita yang patut bagi dia semangat.

TASHA

Malah katanya, segala detik manis yang dilalui bersama kini hanya tinggal kenangan yang menjadi kekuatan untuk dia meneruskan kehidupan.

"Mula-mula tu susah nak terima. Banyak kali pengsan sebab sedih. Susah nak sesuaikan diri dengan suasana baharu sebab dah lama kenal arwah.

"Kalau rindu, saya akan tengok video-video lama kami. Sampai sekarang rasa macam dia masih ada. Kini, saya teruskan hidup dengan semangat yang arwah tinggalkan.

tasya2

Tasha dan suaminya berkenalan pada tahun 2017.

"Saya pegang semangat dia dan cuba ingat pesanan yang ditinggalkan. Masa sakit pun, dia selalu bagi semangat pada saya. Sepatutnya kita yang patut bagi dia semangat," ujar Tasha.

Menurut Tasha lagi, dia sebelum ini menetap di Kuala Lumpur bersama arwah, namun kini berpindah ke Pulau Pinang dan menetap dengan keluarganya.

Dalam pada itu, Tasya turut terharu apabila ramai netizen menitipkan doa dan kata-kata semangat buatnya menerusi aplikasi TikTok.

tasya4

Tasha turut berkongsi kisah duka itu menerusi bingkisan video di aplikasi TikTok.

Kata Tasha, dia sekadar berkongsi video dan tidak menyangka ia bakal meraih perhatian ramai.

"Saya sendiri pun tak jangka akan dapat perhatian ramai. Saya bersyukur. Walaupun tak kenal, mereka doakan saya dan bagi kata-kata semangat," ujarnya yang bekerja dalam bahagian logistik dengan sebuah syarikat di Pulau Pinang.

Dedah Tasha lagi, dia dan arwah suaminya juga tidak sempat menimang cahaya mata, namun reda dengan segala ketentuan Ilahi.

Malah kata Tasha, sikap penyayang suaminya merupakan perkara yang paling diingati dan akan dikenang olehnya sampai bila-bila.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain