suria

Oyen buat hal lagi! Kesian kakak kerja di butik terpaksa baring atas jalan raya - “Tak tau nak buat apa, banyak kali dia gigit tangan”

Wanie (gambar kecil) terkejut apabila melihat ekor kucing di bahagian bumper keretanya.

"OYEN tak sah kalau tak buat perangai."

Begitulah komen yang dilontarkan oleh pengguna di TikTok terhadap video seorang gadis yang dilihat sedang cuba mengeluarkan seekor kucing tersepit.

Video berdurasi 29 saat itu memaparkan gadis berkenaan terbaring di atas jalan raya kerana mahu mencapai si bulus yang bersembunyi di bahagian bumper belakang kereta Kancil miliknya.

Bercakap kepada mStar, Siti Nor Shazwani Zabri, 24, berkata, pada mulanya dia ternampak ekor haiwan terjuntai di keretanya selepas selesai bekerja jam 6.30 petang.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 2 tahun kucing tak jemu ziarah kubur tuannya, hanya balik masa lapar... menantu dedah kebaikan arwah bapa mentua - “Abah tak manjakan Nana pun”

ARTIKEL BERKAITAN: “Oyen memang suka buat benda mengarut” - Pasang hazard light minta bantuan, pemilik akui kucingnya pelik... minum guna tangan

Gadis berkenaan yang bekerja sebagai penyelia di sebuah butik tudung sudah biasa meletakkan keretanya di bahagian belakang premis bersama dengan pekerja yang lain.

"Waktu tengah berjalan ke kereta, saya perasan macam ada ekor dekat bahagian bumper belakang. Terkejut juga sebab selama ni parking belakang kedai tak pernah pun nampak apa-apa binatang.

"Bila datang dekat nak periksa, baru la nampak rupanya ada seekor kucing tersepit.

IMG_0811

Wanie mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan anak kucing itu dari bumper keretanya.

"Saya tak tahu la macam mana dia boleh ada dekat situ, mungkin takut dengan orang atau binatang lain kot," katanya yang bekerja di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor.

Mesra disapa Wanie, katanya, dia telah mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan kucing tersebut, tetapi tiada satu pun usahanya berjaya.

Sehinggalah ada sekumpulan lelaki muncul dan membantunya untuk melepaskan si comel yang bulunya berwarna oren itu.

"Tak tahu macam mana nak keluarkan dia, saya dah capai guna tangan pun tak berjaya juga walaupun beberapa kali digigit. Ingatkan bila hidupkan enjin kereta dia akan lari la, tapi tak berganjak pun dari situ.

"Saya pun matikan semula enjin sebab kesiankan kucing itu takut dia kepanasan. Ada juga minta tolong dengan pekerja kedai karpet berdekatan, tetapi dia pula geli dan takut dengan kucing.

Memang niat saya selamatkan Oyen ni untuk bawa balik dan jaga dia, tapi nampaknya tak ada rezeki.

SITI NOR SHAZWANI ZABRI

"Jadi terpaksalah saya baring atas jalan dan cuba sedaya upaya untuk keluarkan kucing itu sebab dia tersepit pada bahagian yang agak dalam. Mungkin Allah nak bantu saya agaknya, kebetulan ada sekumpulan lelaki lalu dan saya minta tolong mereka.

"Jadi, seorang baring atas jalan raya untuk capai kucing dan seorang lagi tolong tarik bumper untuk bagi ruang luas supaya mudah kucing itu nak keluar," katanya yang berasal dari Terengganu dan sudah hampir dua tahun menetap di Skudai, Johor bersama ibu saudaranya.

Menurut anak sulung daripada dua beradik ini, kucing yang dipanggil Oyen itu berjaya dikeluarkan oleh mereka dalam masa hampir satu jam.

Video percubaan gadis berkenaan menyelamatkan Oyen meraih lebih 200,000 tontonan di TikTok.

Sebagai pemilik kenderaan, Wanie berharap agar mereka lebih peka dengan apa yang berada di persekitaran sebelum memulakan perjalanan.

"Tak ada sebarang kecederaan pun pada Oyen, cuma kotor sedikit sahaja. Lepas dah berjaya dikeluarkan, dia terus berlari dan sembunyikan dirinya jauh daripada manusia.

"Memang niat saya selamatkan Oyen ni untuk bawa balik dan jaga dia, tapi nampaknya tak ada rezeki.

IMG_0812

Wanie (kiri) sudah hampir dua tahun menetap di Skudai, Johor bersama ibu saudaranya.

"Cuma saya harap pemilik kenderaan di luar sana periksa dahulu kenderaan mereka betul-betul sebelum memandu.

"Kadang-kadang kucing ni dia memang suka duduk bawah kereta tanpa kita sedar," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain