suria

“Oyen memang suka buat benda mengarut” - Pasang hazard light minta bantuan, pemilik akui kucingnya pelik... minum guna tangan

Oyen disifatkan pemiliknya sebagai seekor kucing yang nakal dan suka buat perkara pelik.

KEHADIRAN haiwan peliharaan sedikit sebanyak pasti memberi keceriaan dalam hidup seseorang.

Selain memiliki rupa dan sifat yang comel, haiwan ini juga sangat bijak dan nakal sehingga sering menjadi menjadi bahan jenaka dalam kalangan pemilik mereka.

Begitulah yang berlaku terhadap keluarga ini apabila kucing jantan peliharaan mereka, Oyen terperangkap dalam kereta milik jiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Bagi kucing makan hari ini, esok dapat 2 tawaran kerja… Jejaka ini sungguh terkejut!

ARTIKEL BERKAITAN: Diuji kereta total loss gara-gara elak kucing melintas, bisnes nasi lemak pula boom selepas bela Saga - “Dapat tawaran degree tapi...”

Menurut Nur Hanis Schokman Muhamed Al-Jeffrey Schokman, 23, kejadian itu disedari bapanya sekitar pukul 11 malam pada Rabu lalu.

Sewaktu bapanya keluar untuk mengunci pagar rumah, dia ternampak lampu kecemasan kereta jirannya berkelip sebelum melihat Oyen sedang termenung di tempat duduk penumpang hadapan.

"Oyen tu memang suka buat benda mengarut. Dia memang kucing yang nakal dan pelik. Masa tu ayah keluar rumah untuk kunci pagar.

Posting Hanis yang tular di Twitter.

"Ayah nampak hazard light kereta jiran kami tengah blinking. Kemudian ternampak Oyen kat kerusi penumpang. Terus call jiran untuk buka kereta.

"Oyen terperangkap dalam setengah jam macam tu. Rupa-rupanya dia menyelinap masuk sewaktu jiran saya tengah keluarkan barang dari kereta," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Hanis, dia yang menetap di Sri Kembangan, Selangor, sama sekali tidak menyangka perkongsian mengenai kisah itu menjadi tular di laman Twitter.

Saya juga ada seekor lagi kucing tapi dah mati digigit anjing. Kehadiran Oyen dan Abu jadi pengganti kepada kesedihan saya.

NUR HANIS SCHOKMAN MUHAMED AL-JEFFREY SCHOKMAN

PENASIHAT PERUBATAN

Biarpun dianggap menghiburkan, Hanis juga melihat dari sudut serius yang mana ia pastinya boleh membawa duka jika kejadian itu lambat disedari.

"Kalau ayah tak keluar, mesti esoknya akan jadi pagi paling sedih buat semua orang. Mesti Oyen tak boleh nak survive.

"Syukur ayah saya nampak Oyen terperangkap masa tu. Kalau lambat sikit, saya risau Oyen akan pengsan dan tak boleh bernafas," ujar Hanis yang bertugas penasihat perubatan.

Oyen terperangkap dalam kereta milik jiran Hanis pada Rabu lalu.

Selain Oyen, Hanis turut memiliki seekor lagi kucing yang diberi nama Abu.

Bercerita mengenai pengalamannya sebagai pemilik haiwan, Hanis mengakui kehadiran mereka seolah-olah membawa sinar kegembiraan dalam kehidupan seharian.

"Rasa gembira, balik kerja boleh layan mereka. Walaupun kadang-kadang annoying, tapi seronok ada kucing.

Kehadiran Oyen dan Abu memberi kegembiraan dalam hidup Hanis.

"Ditambah dengan perangai Oyen yang pelik. Oyen tak minum guna mulut tapi dia celup tapak tangan dalam air baru jilat. Kadang-kadang lepas makan dia korek bowl.

"Saya adopt Oyen daripada kawan mak sejak Jun 2018 dan ambil Abu beberapa bulan sebelum itu.

Seekor lagi kucing milik Hanis yang diberi nama Abu.

"Saya juga ada seekor lagi kucing tapi dah mati digigit anjing. Kehadiran Oyen dan Abu jadi pengganti kepada kesedihan saya," katanya.

Sehingga kini, posting Hanis di Twitter mengenai Oyen menerima hampir 40,000 ulang kicau (Retweet).

Dalam posting itu, dia berkongsi paparan skrin mesej dalam grup WhatsApp keluarganya mengenai kejadian itu.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
haiwan, kucing, Oyen, Abu

Artikel Lain