suria

Jejaka roller blade turun tangga mengundur seronok orang awam beri tepukan, tak kisah ada banyak parut - “Mula-mula pinjam kawan punya saja”

Pemuda ini mengakui jatuh dan bangun semula merupakan lumrah dalam sukan itu namun dia tidak pernah terfikir untuk berhenti daripada melakukan aktiviti itu.

BUKAN biasa-biasa.

Aksi seorang jejaka meluncur laju menggunakan kasut rodanya di Dataran Tasik Putih, Kluang, Johor, meraih ratusan ribu tontonan menerusi aplikasi TikTok.

Lebih hebat, video memaparkan Mohd Syamierul Sleh, 20, meluncur menuruni anak tangga dalam keadaan mengundur turut mengundang keterujaan netizen yang menonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis peminat BTS dapat jolokan CL 2NE1 versi halal, semuanya gara-gara video TikTok - “Cuma perlu tambah tahi lalat”

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah main 12 jam sehari, sampai seluar koyak! Selepas 4 tahun 'berpisah', guru sarung roller blade lagi... rupa-rupanya dapat jodoh pun di bowl!

Bercerita kepada mStar, anak kelahiran Sarawak yang menetap di Johor itu mendedahkan dia sudah tujuh tahun terlibat dalam sukan berkenaan.

"Ia bermula ketika saya bersekolah di tingkatan tiga. 'Terjebak' sebab tengok kawan-kawan main roller blade.

"Pada awalnya, saya pinjam roller blade kawan saja. Selepas itu baru timbul rasa minat dan beli roller blade sendiri.

"Mak ayah pun ada nasihat juga dulu, tapi tetap main juga sebab dah minat," ujarnya ketika dihubungi.

syam 3

Imbas Syamierul, dia juga pernah cedera ringan akibat terjatuh ketika bermain roller blade.

Menurut anak bongsu daripada enam beradik itu, dia sebelum ini rajin berkongsi video bermain roller blade menerusi Instagram.

Dia kemudiannya beralih ke aplikasi TikTok dan tak menyangka akan meraih perhatian ramai sehingga mengumpul lebih 150,000 pengikut.

Kadang-kadang seronok bila orang ramai tepuk tangan lepas tengok aksi yang saya lakukan.

SYAMIERUL

"Saya kongsi video selepas terinspirasi tengok orang luar negara main roller blade. Agak terkejut juga bila viral. Saya fikir, ia boleh dijadikan sebagai content.

"Alhamdulillah, setakat ini tiada yang komen negatif. Ramai juga pemain roller blade lain yang berkongsi kisah mereka menerusi ruangan komen.

"Rasa seronok bila orang yang tak kenal bagi komen positif," ujarnya yang kini bekerja sambilan sebagai pembantu jualan di sebuah pasaraya.

syam2

Syamierul bermain roller blade sejak zaman sekolah lagi.

Cerita Syamierul, jatuh dan bangun semula merupakan lumrah dalam sukan itu namun dia tidak pernah terfikir untuk berhenti mengejar minatnya.

"Pada awalnya agak susah juga nak belajar main roller blade. Susah nak seimbangkan badan. Kemudian perlahan-lahan saya belajar dengan kawan-kawan.

"Dah banyak kali jatuh, banyak sangat parut tapi tak pernah patang tulang atau cedera parah. Sebab dah minat kan.

"Saya juga pernah jatuh ketika buat skill turun tangga mengundur. Ada juga skill saya pelajari sendiri menerusi YouTube.

syam 4

Syamierul memiliki lebih 150,000 pengikut di TikTok.

"Bila kita dapat lakukan dengan sempurna, rasa puas hati. Kadang-kadang seronok bila orang ramai tepuk tangan lepas tengok aksi yang saya lakukan," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Syamierul juga sempat menitipkan pesan kepada individu di luar sana yang mahu menceburi sukan itu agar melakukannya dengan minat, bukan kerana mahu mengikut trend semata-mata.

"Jangan ikut trend orang. Kalau minat, tengok dulu orang main macam mana, kemudian boleh beli kasut. Awal-awal tu boleh cuba di kawasan rumah dulu, jangan terus main di luar.

"Kalau tiada kawan untuk belajar bersama, boleh juga rujuk YouTube," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain