suria

Pernah main 12 jam sehari, sampai seluar koyak! Selepas 4 tahun 'berpisah', guru sarung roller blade lagi... rupa-rupanya dapat jodoh pun di bowl!

Jaja kembali beraksi di bowl setelah empat tahun meninggalkan sukan roller blade.

"AKHIRNYA dapat lepas gian," itulah kata-kata seorang wanita yang gembira apabila dapat beraksi semula dengan kasut rodanya.

Rakaman visual yang dimuat naik oleh wanita berkenaan di Instagram memaparkan dia sedang bermain roller blade di sebuah kawasan khas untuk sukan ekstrem itu

ARTIKEL BERKAITAN: Gerai diserbu selepas pekerjanya dikesan iras aktor Thai... tuan badan terus Google, tonton drama lakonannya - “Dia lagi kacak, saya biasa saja”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak nangis tapi saya tahan” - Dua sahabat rela berlapar, menggigil bermalam tepi sungai... tak ‘redah’ kepala air walau tahu berenang

Bercerita kepada mStar, Siti Hajar Mohamad Johari, 27, sebenarnya sudah empat tahun meninggalkan sukan roller blade kerana kesibukan kerja.

Walaupun berasa sedikit kekok ketika kembali beraksi di bowl pada Ahad lalu, dia tidak kisah asalkan dapat melepaskan gian untuk bermain kasut roda semula.

"Ceritanya begini, sejak saya berkahwin dan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Petaling Jaya memang dah jarang sangat turun ke bowl main roller blade. Lebih-lebih lagi ketika pandemik, tipulah kalau cakap tak rindu nak beriadah semula.

"Selepas empat tahun baru buat comeback untuk main di bowl balik, mula-mula terasa kekok juga tapi memang jenis 'kaki langgar' dan suka cuba benda-benda baru yang ekstrem ni.

IMG_9417

Jaja (dua, kiri) pernah mendapat tempat kedua dalam pertandingan1MYC Roller Sports Championship pada tahun 2016 di Putrajaya

"Jadi saya redah je la terjun bowl balik, yang penting basic kena strong contoh macam jalan dan brek guna kasut roda. Ramai lagi yang pro seperti extreme roller blade macam buat grinding semua tu, tapi saya biasa-biasa je lebih kepada kelajuan.

"Saya pernah mendapat tempat kedua ketika menyertai pertandingan 1MYC Roller Sports Championship pada tahun 2016 di Putrajaya dalam kategori terbuka wanita kelajuan 1,500 meter," katanya yang dilahirkan di Pendang, Kedah dan membesar di Ampang, Selangor.

Mesra disapa Jaja, dia mula berjinak dengan roller blade ini ketika berusia 15 tahun dan turut mengajak rakan sekolahnya di Sekolah Menengah Bukit Indah Ampang untuk sama-sama mencuba sukan tersebut.

Dia kemudiannya menyertai kumpulan kasut roda di Putrajaya dan melakukan pelbagai aktiviti dengan ahli yang lain sehingga ke hari ini.

"Saya mula bermain roller blade masa umur 15 tahun, waktu tu saja cuba-cuba indoor rollerblade dekat Sungei Wang. Masa tu memang setiap hari juga la pergi sebab bila cuba sarung je kasut tu terus rasa in love sangat dengan roller blade ni.

"Disebabkan ia berbayar, jadi saya dan kawan-kawan sekolah akan roll di situ dari jam 10 pagi sehingga pukul 10 malam. Saya yang ajak mereka untuk join, seminggu adalah dalam tiga ke empat kali jugalah.

"Kemudian saya join group AGH Skate Family sebab selalu menyewa kasut roda dengan mereka dan akan pusing satu Putrajaya. Kami satu group selalu menyertai KL Car Free Morning yang di Dataran Merdeka, pernah roll di Port Dickson juga dan beberapa tempat lain.

Berapa kali jatuh seluar koyak apa semua tu tak payah ceritalah, janji kita bangun balik dan cuba lagi

SITI HAJAR MOHAMAD JOHARI

"Kadang tu kena marah sebab balik lewat keluar malam. Tapi lama-lama lepas slow talk dengan famili, mereka pun menyokong dan adik beradik pun join sekali.

"Cuma sekarang dah kurang main dengan group sebab masing-masing sibuk dengan kehidupan sendiri. Tapi sesekali kami akan buat reunion dan kumpul balik semua beramai-ramai di Putrajaya, group tu terbuka untuk sesiapa nak join," ujar guru Bahasa Inggeris ini.

Rupa-rupanya, anak kedua daripada lima beradik itu bertemu jodoh dengan suaminya, Roszaidi Husin, 28, di dalam kumpulan sukan kasut roda yang sama.

Suaminya itu sentiasa menyokong minatnya yang sukakan sukan lasak walaupun sudah berkali-kali terjatuh sehingga terkoyak seluar.

"Suami memang jenis sporting sangat-sangat dan tak pernah sekat minat saya, sebab kami kenal pun semasa join group roller blade yang sama juga. Boleh dikatakan cinta roller blade gitu.

"Selain roller blade saya main badminton, ping pong, boling, berenang, futsal, ice skating dan macam macam lagi.

"Tapi roller blade ni memang sebati sangat dengan jiwa saya. Sebab saya sukakan kelajuan dan berjalan kaki, tetapi berjalan itu memenatkan jadi kita upgrade jalan beroda.

IMG_9423

Jaja dan suaminya juga berkongsi minat dalam bidang sukan ekstrim yang sama.

"Berapa kali jatuh seluar koyak tapi tu tak payah ceritalah, janji kita bangun balik dan cuba lagi. Saya memang menggalakkan sangat-sangat untuk sesiapa yang berminat dan mahu cuba roller blade ni.

"Kalau nak saya ajar pun boleh, yang penting kena berani untuk jatuh dan bangun semula serta banyak bersabar dan banyak bersabar. Jangan pernah give up lah macam tagline group roller blade kami, I'll die trying, rather die disappointed," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain