suria

Si cilik masuk reban, angsa ‘gerun’ lari bertempiaran... mak ayahnya awal-awal lagi dah ‘surrender’ - “Dia takut empat haiwan walaupun mainan”

Anak Ameer yang hiperaktif begitu berani masuk ke reban ayam dan angsa.

ANGSA pun takut!

Begitulah rakaman seorang kanak-kanak yang begitu berani mengejar dua ekor angsa dan beberapa ekor ayam.

Lebih mengejutkan apabila angsa yang selama ini terkenal sebagai haiwan yang agresif dan digeruni keranaa suka mengajar manusia dilihat bertempiaran lari dikejar kanak-kanak itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru kerja seminggu, runner ini dah 3 kali 'diserang' haiwan! Dikejar angsa sampai belakang rumah, kotak barang jadi 'perisai'

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah buat 'khianat' jerit 'anggg'... tetamu lari tak cukup tanah, ajar cara halau pun tak mahu buat - "Dari jauh dah nampak angsa tu bersantai di laman rumah"

Bapanya, Ameer Fakhrin Zainal Abidin berkata, video tersebut menunjukkan anak perempuannya, Armel Ameellya yang berusia dua tahun masuk ke reban ayam dan angsa milik bapa mentuanya di Bentong, Pahang.

Lelaki berusia 28 tahun itu berkata, dianggarkan kira-kira empat ekor angsa dan 10 ayam kampung yang ditempatkan di dalam reban berkenaan.

"Video dirakam pada Januari lalu di kampung sebelum larangan merentas negeri. Saya, isteri dan anak tinggal di Pahang juga... di Kuantan.

"Anak saya memang hiperaktif. Tenaga dia lebih daripada kanak-kanak biasa, memang tak duduk diam. Saya sendiri tak berani nak masuk dalam reban tu," katanya kepada mStar.

anak kejar angsa 7

Anak Ameer tekun melihat seekor ayam dalam sangkar.

Ameer yang merupakan bapa kepada seorang anak berkongsi pengalaman dirinya pernah dikejar angsa sewaktu menunggang motosikal untuk pulang ke rumah dari tempat kerja.

"Saya pernah kena kejar dengan angsa yang dibela jiran, itu yang saya tak berani masuk dalam reban tu. Tapi anak saya ni punya berani lain macam.

"Setakat ini, hanya tiga orang saja yang berani masuk reban tu iaitu bapa mentua, adik ipar dan anak saya. Isteri saya sendiri pun hanya berani berdiri setakat di pintu pagar kawasan reban," ujarnya yang juga berasal dari Kuantan.

anak kejar angsa 5

Ameer (kanan) bersama isteri (kiri) dan anak.

Menurut pekerja di kedai alat ganti kereta itu, dia dan isterinya tidak membiarkan anak yang mereka yang masih kecil itu bermain di luar rumah.

"Jadi, kami beli playground khas untuk dia yang kami pasang dalam rumah. Kami ada juga belikan seekor kucing untuk jadikan sebagai teman anak bermain.

Setakat ini, hanya tiga orang saja yang berani masuk reban tu iaitu bapa mentua, adik ipar dan anak saya

AMEER FAKHRIN

"Tapi hanya bertahan selama seminggu je sebelum kami beri balik kepada pemilik asal. Anak saya ni aktif sangat, dibulinya kucing tu. Mujur pemilik asalnya okay," katanya.

Walaupun anaknya berani dengan angsa yang digeruni ramai itu, dia bagaimanapun memberitahu terdapat haiwan yang ditakuti anaknya.

anak kejar angsa 4

Bermain di playground khas di rumah.

"Anak saya ni ada satu tabiat suka berdiri dekat TV untuk tengok program kartun. Kami cuba elakkan dia buat macam tu kerana tak nak anak sakit mata.

"Jadi kami letak permainan patung ular, labah-labah, kala jengking dan lipan dekat TV. Anak menangis tak berani datang dekat dengan TV sebab dia takut dengan mainan tu," tambahnya.

anak kejar angsa 3

Permainan ular, labah-labah, kala jengking dan lipan diletakkan dekat TV.

Ameer berkata, dia sekeluarga ada berkunjung ke rumah mentua pada bulan lalu, namun anaknya tidak berpeluang untuk masuk ke dalam reban ayam dan angsa.

"Tapi masa kami sampai tu cuaca baru lepas hujan, tak sesuai ke reban. Nasib baiklah sebab anak ada ajak saya masuk ke reban," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain