suria

Anak buat kemunculan khas 4 minit terakhir dalam tugasan debat live, macam mana nak hantar tugasan kepada pensyarah? - “Sorok bawah meja tak menjadi”

Foto kiri tangkap layar video sedi debat Mira, foto kanan Mira (kiri) bersama suami (kanan) dan anak.

CUAK! Begitulah situasi yang dialami seorang ibu ketika bersiaran langsung menerusi aplikasi Google Meet.

Manakan tidak, anak kecilnya secara tiba-tiba muncul ketika dia melakukan tugasan debat bersama rakan-rakan sekuliah.

Wanita berkenaan, Noor Amirah Zainol Amir berkata, insiden berlaku ketika dia melakukan tugasan pendidikan jarak jauh (PJJ) Universiti Utara Malaysia (UUM), pada minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan ini dapat 'port baik' bawah jambatan selepas 'bergelut' cari line internet nak jawab exam! Berdebar nampak polis, sekali makcik yang muncul di tingkap

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar tak merungut siapkan tugasan... bersenam di mana saja, termasuk di wad Covid-19! - "Pensyarah dah beri pelepasan"

Ibu muda berusia 25 tahun itu memberitahu, ketika kejadian sekitar pukul 8 malam itu dia bersama empat rakannya diminta untuk melakukan tugasan debat bagi subjek Bahasa Inggeris.

"Sebelum debat bermula, saya dah pastikan anak perempuan berusia lapan bulan tidur di bilik 'pejabat' di rumah. Saya kemudian mengikuti debat yang dijalankan di bilik sama.

"Masa debat sedang berjalan, tiba-tiba anak bangun dari tidur. Dia mula meragam dan menangis. Saya cepat-cepat bangun pergi dapatkan anak," katanya kepada mStar.

anak video pjj 3

Mira dan suami dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Mengulas lanjut, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentabidbiran Perniagaan yang lebih mesra disapa Mira itu berkata dia telah pun melakukan bahagiannya dalam sesi debat itu.

"Saya cuba pegang anak di tepi untuk pastikan dia tak masuk dI skrin. Tiba-tiba anak bangun sampai nampak kepala. Agaknya seronok tengok muka dia di skrin laptop, anak bangun lagi.

"Cuba sorok anak di bawah meja tak menjadi sebab dia dah boleh berdiri. Masa tu saya cuma mampu diam dan senyum," ujarnya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

anak video pjj 5

Mira (kanan) dan suami (kiri) mengikuti PJJ.

Mira berkata, suaminya yang berusia 26 tahun turut berada di rumah tetapi sedang menduduki peperiksaan bagi jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam, juga di UUM.

"Suami saya pun sambung belajar dalam PJJ. Kebiasaannya bila suami ada di rumah dan saya ada kelas atau video online, dia akan tolong jagakan anak.

"Tapi secara kebetulan dia tengah jawab exam. Takkan nak panggil suami pula, nanti mengganggu pula. Sesi debat pula dirakam tanpa skrip, jadi kena teruskan juga.

Dalam hati berdoa janganlah anak bangun masa debat, tapi dia terbangun. Rakaman terpaksa diteruskan, kalau repeat lagi susah.

NOOR AMIRAH ZAINOL AMIR

"Mujur saya dah habis presentation. Dalam sesi debat selama 20 minit keseluruhan tu, anak buat kemunculan semasa empat minit terakhir.

"Masa anak muncul dia di skrin pula, masing-masing tengah berhujah. Jadi, tak boleh nak edit," katanya sambil menambah suaminya bekerja di sebuah syarikat swasta dan mereka mendirikan rumah tangga pada 2020.

anak video pjj 4

Melayan anak di bilik 'pejabat' di rumah.

Menurut suri rumah sepenuh masa itu, dia mengalami situasi yang tidak disangka-sangka ketika sesi perdebatan sedang berlangsung, di mana rakamannya akan dihantar kepada pensyarah.

"Dalam hati berdoa janganlah anak bangun masa debat, tapi dia terbangun. Rakaman terpaksa diteruskan, kalau repeat lagi susah.

"Selepas habis sesi debat, saya cepat-cepat minta maaf pada rakan-rakan. Mujur mereka sporting dan faham situasi saya. Mereka pun sudah berkeluarga," tambahnya.

Dalam pada itu, Mira mengakui cabaran untuk mengendalikan anak kecil dan pada masa sama mengikut PJJ.

"Biasanya pukul 12 tengah malam baru boleh buat assignment, selepas anak dah tidur. Bila difikirkan balik insiden semasa debat tu memang kelakar.

"Saya punyalah struggle nak sorok anak bawah meja tapi tak menjadi, anak boleh pula buat kemunculan di saat akhir... bukan sekali, tetapi dua kali," ujarnya secara berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Lain

Aishah terima gelaran Datuk