suria

Dek kerana pernah mungkir janji, si ayah bina Tiny House buat anak perempuan kesayangan... Bertuahnya, macam rumah betul!

Sesuai dengan namanya Tiny House, kebiasaannya mempunyai keluasan sekitar 225 kaki persegi hingga 600 kaki persegi.

RAMAI orang mengimpikan agar suatu hari nanti mereka mampu mempunyai rumah impian.

Ada yang inginkan rumah yang besar dan luas, tapi tak kurang juga ada yang inginkan rumah bersaiz sederhana, cukup buat mereka sekeluarga tinggal dengan selesa.

Namun tidak semua orang mampu untuk memiliki rumah idaman terutama sekali bagi mereka yang tinggal di negara yang tinggi nilai tanahnya serta memerlukan kos banyak bagi membina kediaman.

ARTIKEL BERKAITAN: Guna sticker ke? Remaja ini terpaksa buktikan bakatnya dengan kongsi video time lapse gara-gara lukisan ‘terlampau real’

ARTIKEL BERKAITAN: Nak dekat dengan ibu, mahu selalu ‘jumpa’ arwah ayah! Anak tolak tawaran kerja di KL, curi masa singgah kubur selepas COD takoyaki

Justeru itu munculnya konsep yang diberi nama Tiny House.



Tiny House milik Masnita Abu Hassan dan keluarganya di Melaka.

Sesuai dengan namanya Tiny House, kebiasaannya mempunyai keluasan sekitar 225 kaki persegi hingga 600 kaki persegi.

Bercakap kepada mStar, salah seorang pemilik Tiny House di Malaysia, Masnita Abu Hassan,50 berkata suaminya, Manuel de Castro, 62 sangat meminati konsep Tiny House Movement (THOW) dan kebetulan pula saiz rumah tersebut amat sesuai untuk dibina di tepi kawasan perumahan mereka.



Masnita (dua dari kanan) bersama keluarganya.

Katanya, Manuel yang juga bekas jurutera mengambil masa lebih kurang setahun untuk membina sendiri rumah terbabit untuk satu-satunya anak gadis mereka Mia Sarah yang kini berusia 26 tahun.

“Kami berdua memang peminat siri Tiny House Nation, Tiny Luxury dan Amazing space, hari-hari tengok siri ni berulang-ulang dan memandangkan suami akak sudah bersara jadi dia buat keputusan untuk bina sebuah rumah di tepi rumah kami, untuk anak perempuan kami yang masa tu masih belajar di Mesir.

“Masa Sarah kecik, abang (Manuel) memang tak ada masa untuk Sarah dan pernah janji nak buatkan rumah pondok untuk dia, jadi terbinalah Tiny House tu,” kongsinya sambil menambah Tiny House itu dibina menggunakan barangan kitar semula seperti palet, besi dan kayu.



Ruangan tempat menonton televisyen.

Terletak di Taman Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka, Tiny house yang memakan belanja sekitar RM42,000 itu mempunyai ruangan yang sama seperti rumah biasa, iaitu ruang menonton televisyen, bilik air, dapur yang lengkap dengan peti ais dan juga katil yang terletak di ruangan loft.



Tiny House ini mempunyai ruangan yang sama seperti rumah biasa, iaitu ruang menonton televisyen, bilik air, dapur yang lengkap dengan peti ais dan juga katil yang terletak di ruangan loft.

Menurut Masnita, selain disewakan sebagai homestay, Tiny House tersebut turut dijadikan ruangan untuk tetamu serta saudara mara yang melawat ke rumah mereka.

“Lepas Tiny house siap kami berdua (dengan suami) duduk di situ hampir setahun juga sebab masa tu anak-anak di universitii dan yang bongsu tengah ambil SPM jadi kami berdua sahaja di rumah, memang rasa besar sangat jadi kami duduk dekat Tiny House sekali sekala.

“Bia ada tetamu, kawan-kawan atau saudara mara datang mereka tidur di Tiny House, seronok sangat-sangat mereka kata konsep Tiny House ni dan kebanyakan mereka mencadangkan kami sewa kepada orang luar sebab belum jumpa lagi Tiny House yang betul-betul mengikut konsep THOW,” katanya.



Tiny House ini kini disewakan sebagai homestay.

Jelasnya, THOW adalah konsep rumah yang boleh bergerak di jalan raya dan berpindah randah.

“Konsep TIny House ini sebenarnya untuk elak beli rumah yang mahal di Amerikat Syarikat dan untuk hidup secara sederhana dan bebas daripada hutang.

“Memandangkan ruangnya kecil dan sempit, jadi kita perlu pandai maksimumkan penggunaan ruang, selalunya THOW ni saiznya bawah 600 kaki persegi termasuk ruang tamu, dapur, loft untuk tidur dan tandas.

“Kami memang suka konsep loft tu macam rumah lama yang ada loteng, dan kalau diletakkan roda boleh tarik atas jalan raya,” katanya.

Konsep TIny House ini sebenarnya untuk elak beli rumah yang mahal di Amerikat Syarikat dan untuk hidup secara sederhana dan bebas daripada hutang.

MASNITA ABU HASSAN

Memandangkan Malaysia mungkin tidak membenarkan Tiny House di atas jalan raya, kata Masnita, suaminya memilih untuk meletakkan tiang setinggi satu kaki dari tanah sebagai tangga untuk naik ke rumah mereka.

“Duduk di Tiny house ni memang best, kurang mengemas, ada banyak masa untuk diri sendiri, kami lebih berkomunikasi sebab di mana-mana pun boleh nampak antara satu lain.

“Kami hidup sederhana dan sangat-sangat simple, sampaikan kami berdua rasa macam nak sewakan rumah sekarang dan duduk Tiny House sahaja,” selorohnya.



Ruangan tempat tidur.

Menurut Masnita, lokasi rumah terbabit dibina, dengan tanah lapang untuk beriadah, akak suka tanam pokok bunga dan abang pula pelihara ikan dan burung membuatkan rumah tersebut selesa, walaupun bersaiz kecil.

“Kalau nak kata rasa terperap tu bergantung pada usia dan mungkin lokasi TIny House terbabit, macam kami sudah berusia jadi lebih suka berada dalam rumah sebab tu tak ada rasa terperap,” katanya.

Kawasan rumah mereka juga dilengkapi kolam serta platform untuk beristirehat sambil memperhatikan anak-anak mandi manda.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
tiny house, homestay, Melaka, kecik

Artikel Lain