suria

“Nora Danish cantik sangat” - Ramai artis pernah datang rumahnya, wanita ini kongsi pengalaman kediaman pusaka sering jadi lokasi penggambaran

Rumah Lin menjadi antara lokasi penggambaran drama Bougainvillea yang dibintangi pelakon Nora Danish (gambar kecil).

SIAPA yang tidak teruja sekiranya kediaman keluarga menjadi pilihan team produksi untuk melakukan penggambaran filem atau drama?

Begitulah juga dengan wanita ini apabila kediaman pusaka yang diwarisi daripada datuk dan neneknya pernah beberapa kali muncul di televisyen sebagai antara lokasi utama penggambaran drama.

"Korang perasan tak? Rumah sis pernah masuk TV3," demikian tulisnya pada satu perkongsian video di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah pusaka berwajah baharu, dekorasi umpama kediaman mewah... siapa sangka usianya lebih 4 dekad! - “Inilah rumah kami adik beradik membesar”

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah pusaka lama ditinggalkan kini berubah wajah, semua ini jadi realiti kerana hasrat ibu mentua

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 300,000 jumlah tontonan dalam tempoh 24 jam!

Berkongsi cerita dengan mStar, Wan Fazlina Saila Wan Shohaimi berkata, kediaman pusaka yang kini dijaga olehnya itu terletak di Kampung Taman Sedia, Cameron Highland.

Senang disapa sebagai Lin, katanya, sepanjang apa yang diingatinya, kediaman tersebut kali pertama dipilih menjadi lokasi penggambaran drama adalah sekitar tahun 1990-an.

"Sebenarnya sejak saya masih bersekolah rendah lagi rumah ini dah dijadikan lokasi shooting. Saya sendiri tak berapa ingat tajuk-tajuk drama yang pernah gunakan rumah kami untuk shooting.

"Cuma antara drama yang saya ingat adalah Villa Anis kerana penggambaran di rumah kami memakan masa beberapa minggu, dan terbaharu drama Bougainvillea yang ditayangkan di TV3 tahun lalu.

rumah baru 2

Video Lin yang dimuat naik di aplikasi TikTok meraih lebih 300,000 jumlah tontonan.

"Kalau bercakap soal mengapa rumah kami beberapa kali menjadi pilihan team produksi, berkemungkinan kerana reka bentuknya yang ada ukiran, halaman yang santai dan terletak di hujung jalan jadi mungkin agak privasi," kata wanita yang berusia 34 tahun ini.

Lin berkata arwah datuk dan neneknya berhijrah ke Cameron Highland untuk bekerja pada tahun 1970-an dan membina rumah berkenaan di Kampung Taman Sedia yang majoritinya terdiri daripada kaum Bumiputera.

rumah baru 1

Rumah pusaka daripada arwah datuk dan nenek Lin terletak di Kampung Taman Sedia.

"Mereka kemudian turut berniaga dengan membuka gerai makanan, Gerai Zainab Sam masih beroperasi sehingga kini. Rumah ini unik dan istimewa sebab ia adalah rekaan arwah datuk," ujar anak sulung daripada empat adik beradik ini.

Bercerita lebih lanjut, Lin berkata antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakannya apabila dapat bertentang mata dengan artis kegemarannya.

"Perasaan saya teruja lebih-lebih lagi bila dapat tengok artis depan mata.

Ramai yang tanya macam mana tidur malam kalau penggambaran dilakukan dalam rumah, berapa bayaran yang dapat dan macam-macam lagi.

WAN FAZLINA SAILA WAN SHOHAIMI

"Antaranya pelakon jelita, Nora Danish, Beto Kusyairi, Allahyarhamah Azean Irdawaty dan ramai lagi

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Nora Danish cantik sangat... seperti mana kita tengok wajahnya dekat televisyen, macam itulah juga wajah jelitanya di luar. Apabila waktu mereka lapang, saya tak lepaskan peluang untuk bergambar sebagai kenang-kenangan.

"Cuma gambar bersama Nora tak ada sebab tak sempat bergambar. Masa tu selepas Nora shooting dia rushing balik ke Kuala Lumpur," katanya lagi.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Lin berkata dia terharu apabila menerima reaksi positif daripada netizen malah ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pengalamannya.

drama

Intan Ladyana, Beto Kusyairi dan Nora Danish merupakan bintang utama drama Bougainvillea.

"Ramai yang tanya macam mana tidur malam kalau penggambaran dilakukan dalam rumah, berapa bayaran yang dapat dan macam-macam lagi.

"Sebenarnya tak mengganggu tuan rumah sangat kerana mereka habiskan shooting kira-kira pukul 10 malam. Sepanjang shooting, kami hanya perlu senyap dan tak mengganggu melintas sana sini," katanya berseloroh.

Namun tambah Lin, dia gembira apabila ramai dalam kalangan warga maya yang meninggalkan komen menyatakan mahu berkunjung ke rumahnya dan juga Cameron Highland sekiranya kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri selepas ini.

pelakon

Lin bersama dua pelakon yang membintangi drama Bougaivillea.

"Sebelum ini kalau tiba hujung minggu atau musim cuti, memang jalan dekat sini sesak. Tapi sekarang ini Cameron Highland memang lengang gara-gara pandemik. Harga strawberi juga jatuh.

"Ramai yang terkesan sama ada petani atau pengusaha chalet. Saya juga ada mengusahakan chalet, Bunga Raya Chalet sejak enam tahun lalu... namun tempoh dua tahun ini memang sangat mencabar. Moga-moga pandemik Covid-19 segera berakhir," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain