suria

Layankan aje permintaan potong rambut, cucu terkejut dapat tahu datuk usia 80 tahun ada akaun TikTok! - “Atuk excited muka dia lalu kat FYP”

Foto kiri Aiman memotong rambut datuknya, foto kanan gelagat Aiman (kanan) bersama datuk.

WALAUPUN sudah berusia, gaya rambut seorang lelaki warga emas kelihatan kemas dan mempunyai stail seperti anak muda.

Manakan tidak, menerusi video yang dikongsi di aplikasi TikTok, rambut warga emas itu dipotong oleh cucu lelakinya dengan telatah kedua-duanya ternyata melucukan.

Pemuda itu turut menghasilkan video-video menari bersama neneknya, mengikut trend yang menjadi kegilaan ramai anak muda di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa sudah jadi? Askar garang akhirnya berjaya 'ditewaskan' tiga tentera kecil... anak dedah bapa seronok sangat layan cucu sampai pitam!

ARTIKEL BERKAITAN: Garang tapi gigih kirim asam keping, rambutan untuk anak cucu! 12 beradik kelu, menangis dengar permintaan hadiah birthday daripada bapa

Pemuda berkenaan, Nuraiman Ashraf Zulman berkata, datuknya yang berusia 80 tahun itu merupakan bapa kepada ibunya yang menetap di Kuala Lumpur.

Jelasnya, neneknya yang juga berusia 80 tahun pula adalah ibu kepada bapanya yang tinggal bersama keluarganya di Rawang, Selangor.

"Maksudnya atuk dan nenek saya adalah besan dan saya rapat dengan mereka. Tapi disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), saya jarang berjumpa dengan atuk.

"Saya bekerja di Petaling Jaya, tak jauh dengan rumah atuk. Dia ada minta cucunya ini potongkan rambutnya yang dah lebat. Jadi, saya datang untuk potongkan rambutnya," kata pemuda berusia 26 tahun itu kepada mStar.

atuk tiktok mainpic 3

Datuk berusia 80 tahun ini suka bergaya.

Lebih mesra disapa Aiman, dia menjelaskan tidak berniat untuk bercakap seolah-olah menjerit ketika bercakap sesuatu kepada datuknya seperti mana yang dilihat dalam video yang tular.

"Tapi atuk ada masalah pendengaran, jadi dia tak dengar sehingga bertanya beberapa kali. Saya terpaksa menjerit dengan lebih kuat supaya atuk faham apa yang saya cuba sampaikan.

"Dulu masa kecil kami tak rapat sebab atuk garang sangat dan saya pula nakal. Tapi bila dah dewasa, hubungan kami semakin rapat," ujar anak kelahiran Kuala Lumpur itu.

atuk tiktok 1

Mesej datuk mengenai video TikTok.

Mengulas lanjut, anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, datuknya merupakan pesara kerajaan dan seorang yang begitu bergaya sejak zaman mudanya.

"Atuk bukan sahaja suka melaram, rambut pun kena sikat kemas. Memang atuk menjadi perhatian masa muda-muda. Penampilan kemas dan bergaya masih kekal sampai sekarang.

Saya bukan mahu jadikan atuk dan nenek sebagai content video TikTok, tapi sebenarnya saya nak ada kenangan bersama mereka

AIMAN

"Namun apa yang mengejutkan saya apabila atuk saya tahu tentang video 'potong rambut atuk' yang saya post kat TikTok. Atuk excited tengok muka dia sendiri lalu kat FYP (for you page).

"Terkejut saya, tak sangka rupa-rupanya atuk ada akaun TikTok. Abang saya beritahu atuk download sendiri TikTok tu kat telefon... rasanya kawan-kawan atuk yang suruh download," ujarnya sambil memaklumkan abangnya itu tinggal bersama datuknya.

atuk tiktok mainpic 2

Aiman (kiri) berama nenek.

Mengenai neneknya, Aiman berkata, wanita warga emas itu seorang yang sensitif dan garang, tetapi sering melayannya menghasilkan video-video TikTok.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun katanya, kekerapan video bersama neneknya itu membuatkan ramai menyangka dia merentas negeri untuk balik ke kampung.

"Mana ada saya rentas negeri, sebenarnya nenek tinggal bersama keluarga sejak saya masih kecil. Sebab itulah lebih banyak video saya dan nenek bersama," katanya sambil menambah datuknya gemar menggubah bunga, manakala neneknya suka membela kucing.

atuk tiktok mainpic 4

Walaupun garang, nenek Aiman melayan cucu membuat video TikTok.

Aiman yang merupakan seorang pembantu gudang menegaskan tiada niat untuk 'mempergunakan' datuk dan neneknya sebagai bahan untuk video di aplikasi popular itu.

"Saya bukan mahu jadikan atuk dan nenek sebagai content video TikTok, tapi sebenarnya saya nak ada kenangan bersama mereka.

"Selagi mereka masih ada, masih sihat... saya mahu meluangkan masa bersama mereka. Video-video bersama atuk dan nenek akan menjadi kenangan terindah saya," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain