suria

Pelajar UIA sebak buka bungkusan replika kubur, kemudian dengan rela hati dijadikan ‘hiasan’ di meja belajar

Fatin beremosi dan sebak tatkala membuka bungkusan replika tersebut yang dibelinya secara dalam talian.

SETIAP yang hidup pasti akan merasai mati.

Walaupun tidak tahu bila waktunya akan tiba, kita wajar sentiasa mengingati hari kematian agar tidak leka dengan hal keduniaan.

Terbaharu, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang gadis membeli replika kubur secara dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar kongsi cara senang bangun tengah malam solat Tahajud, reaksi warga TikTok amat mengejutkan

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba baring dalam liang lahad! Pemuda ini tak takut gali kubur, tinggalkan dulu kerja hakiki jika ada kematian

Menurut Fatin Nabila Ahmad Zainuddin, 22, dia ada alasan tersendiri dalam membuat pembelian replika unik itu.

"Saya ada tengok satu page Instagram keagamaan yang berkongsi mengenai replika kubur. Jadi saya rasa tertarik untuk beli.

"Saya rasa ia menarik. Ia dibeli menerusi Shopee pada harga sekitar RM55 pada minggu lalu.

"Mengenangkan zaman sekarang dengan pandemik Covid-19, mustahil untuk kita ke kubur setiap hari.

1040110

Fatin mempunyai hampir 300,000 followers di TikTok.

"Apabila beli replika ini, ia akan mengingatkan saya mengenai kematian," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Fatin, dia mendedahkan replika itu diletakkan atas meja belajar dengan niat untuk memberi peringatan kepada diri sendiri saban hari.

Saya letak di meja belajar sebab sentiasa duduk di situ.

FATIN

Tambahnya, ia bukan sekadar mengingatkan tentang mati sahaja, malah memberi inspirasi kepadanya untuk menjadi umat Islam yang lebih baik.

"Kita hidup dalam dunia ini, kita sentiasa nampak benda-benda keduniaan. Dengan replika ini, ia membantu saya untuk refleks apa yang patut dan tak patut saya lakukan.

"Replika ini seolah-olah memberi peringatan kepada saya dalam setiap tindakan yang dilakukan.

fatin2

Paparan skrin video yang dikongsi di TikTok.

"InsyaAllah ia dapat memberi peringatan sebab kita manusia, sifatnya mudah lupa. Apabila saya tengok replika itu, terus teringat kisah mengenai kubur yang pernah ustaz-ustaz ceritakan.

"Saya letak di meja belajar sebab sentiasa duduk di situ," ujar penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Di ruangan komen pada posting video itu, rata-rata netizen mengakui kali pertama melihat replika sedemikian rupa.

Fatin juga kelihatan beremosi dan sebak tatkala membuka bungkusan replika tersebut dalam video berkenaan.

1040110

Fatin kini sedang melanjutkan pengajian di UIAM.

Malah, ada dalam kalangan mereka turut menyuarakan hasrat untuk membeli replika sama.

"Beli kat mana? Bagus benda ni untuk mengingatkan kepada kematian setiap masa.

"Subhanallah bagus replika macam ni untuk sentiasa ingatkan kita.

"Allahuakhbar, rumah kekal abadi," tulis beberapa netizen.

fatin3

Fatin merupakan pengasas platform Empower Quran.

Fatin banyak berkongsi content berkaitan dakwah kepada hampir 30,000 pengikut di TikTok dan pernah mendapat liputan mStar pada Januari lalu berhubung topik solat sunat Tahajud.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malah, Fatin juga merupakan pengasas kepada Empower Quran, satu platform dalam talian yang memperkasakan ilmu al-Quran melalui kelas-kelas yang ditawarkan secara dalam talian.

Pada Ramadan lalu misalnya, Fatin turut mengadakan kelas al-Quran besar-besaran secara dalam talian.

Kini, platform itu mempunyai hampir 7,000 komuniti dari serata Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan turut mendapat penyertaan dari Korea serta Australia.

Kini beroperasi secara maya menerusi Instagram dan Telegram, platform itu juga bakal memperkenalkan laman web mereka tidak lama lagi.



Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain