suria

Suara mengilai di PPV bikin meremang bulu roma, ‘langsuir’ mengaku pakai kostum buat sendiri... tapi pakai mask tak?

Diana ketika hadir memakai kostum untuk menerima vaksin di PPV, sementara gambar kecil adalah wajah sebenar Diana.

PUSAT Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Mini Putrajaya di Kota Kinabalu, Sabah gamat dengan kemunculan 'hantu', pada Khamis lalu.

Lebih menggerunkan, kedengaran bunyi mengilai menerusi video berdurasi 24 saat yang dikongsi di akaun TikTok @gorongit sekali gus boleh membuatkan bulu roma meremang.

Namun jangan salah sangka, di sebalik hantu yang dimaksudkan itu sebenarnya seorang penerima vaksin yang memakai kostum langsuir sehingga mencuri perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Iron Man' muncul di PPV, hadir janji temu vaksin

ARTIKEL BERKAITAN: Wow, hebatnya! Selepas kejutkan murid di kelas online, Cikgu Spiderman 'melompat' ke TikTok pula ajar netizen bahasa Arab

Penerima vaksin berkenaan, Diana Dieonaria Johneddie berkata, dia tidak menyangka kehadirannya di PPV untuk menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 dirakam hingga menjadi tular.

Wanita berusia 31 tahun itu memberitahu, pemakaian kostum tersebut sekadar untuk menghiburkan orang ramai terutama petugas barisan hadapan (frontliners) di PPV.

"Saya pakai kostum langsuir untuk menghiburkan orang ramai dan frontliners. Kenapa kostum hantu? Sebab saya sukakan karakter hantu.

"Kostum tu saya buat sendiri. Hanya pakai rambut palsu, hitamkan di bahagian dahi hingga hidung dan saya pakai kanta lekap warna merah.

"Gigi monster saya tampal pada face mask. Saya tak kisah orang persoalkan saya pakai face mask atau tak, tapi saya memang pakai face mask warna hitam ke PPV," katanya kepada mStar.

hantu suntik vaksin 4

Foto kiri kostum beserta solekan hantu, foto kanan Diana yang kini bekerja sebagai pereka.

Diana yang berasal dari Kota Kinabalu berkata, kostum hantu itu sebenarnya pernah dipakainya dua tahun lalu ketika menyertai pertandingan Halloween pada 2019.

"Pertandingan tu kena mekap dan pakai kostum bertemakan Halloween. Saya masuk sekadar suka-suka, tak sangka menang dan mendapat tempat pertama.

Gigi monster saya tampal pada face mask. Saya tak kisah orang persoalkan saya pakai face mask atau tak, tapi saya memang pakai face mask warna hitam ke PPV.

DIANA

"Kostum kemenangan tu saya simpan sebagai kenang-kenangan, dan bercadang nak pakai lagi bila-bila waktu sesuai termasuk sewaktu terima suntikan vaksin," ujarnya.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, dia mengisi masa lapangnya dengan menonton filem-filem seram, kerana baginya genra tersebut boleh membuatkannya terhibur.

hantu suntik vaksin 1

Sijil dan trofi kemenangan Diana menerusi kostum 'langsuir'.

"Saya suka tengok ugly things (benda-benda hodoh), sesuatu yang menarik. Kalau tengok cerita hantu, feeling lain macam," katanya yang menggemari filem seram dari Turki, Siccin.

Di sebalik minatnya terhadap hantu, pereka bagi kerja-kerja promosi dan pengiklanan di sebuah pasar raya itu turut mempunyai bakat dalam seni lukis.

hantu suntik vaksin 3

Bakat Diana dalam seni lukisan.

"Selain menjadi designer, saya juga membuat kerja-kerja sambilan dengan melukis. Minat saya dalam lukisan seawal usia saya tiga tahun sehingga saya menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak dalam jurusan seni halus.

"Bila dah minat dalam lukisan, melukis hantu tu menjadi kebiasaan bagi saya. Semuanya sekadar suka-suka dan menghiburkan.

"Samalah juga bila saya pakai kostum hantu ke PPV... memang pada mulanya ada yang terkejut nampak saya, tapi mereka kemudian excited dan terhibur," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita berang mentua melahap kek perkahwinan