suria

‘Iron Man’ muncul di PPV, hadir janji temu vaksin

'Iron Man' bergambar selepas menerima dos kedua vaksin Covid-19 di PPV di Kozi Square, Kuching. foto ZULAZHAR SHEBLEE/The Star

JIKA sebelum ini Spider-Man, kini Iron Man menjadi 'adiwira' terbaharu membuat kemunculan di Kozi Square di Kuching, Sarawak untuk suntikan vaksin Covid-19.

Kedua-dua kostum itu dipakai oleh individu yang sama iaitu Mohd Syah Nizam Rajap, 32.

Kemunculannya pada kira-kira pukul 11.15 pagi menjadi perhatian apabila hadir untuk menerima dos kedua di pusat pemberian vaksin (PPV) itu, selepas tiga minggu mendapatkan dos pertama.

"Masa saya muncul sebagai Spider-Man, ada respon yang baik daripada orang ramai di PPV dan saya melihat ia dapat menggembirakan mereka.

"Jadi, saya memutuskan untuk berpakaian sebagai superhero sekali lagi untuk menghiburkan kakitangan dan sukarelawan.

"Bagi mereka, ia adalah rutin yang sama mereka lalui setiap hari. Saya mahu mereka melihat kelainan dengan apa yang saya lakukan," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mohd Syah, yang bekerja di Tabung Baitulmal berkata, ia juga menggembirakannya apabila orang ramai bersorak melihatkan memakai kostum.

"Saya melakukannya dengan ikhlas. Saya hanya mahu membuatkan orang gembira dan ceria," katanya.

Pada masa sama, dia juga mahu memainkan peranan untuk mendorong vaksinasi dalam kalangan masyarakat.

"Saya berharap dapat memberi keyakinan kepada orang ramai untuk mendapatkan vaksin," tambahnya. - The Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain