suria

Terserempak si kembar berpanas ikuti PdPR... bekas menteri akui isu capaian internet di Bukit Nyamuk belum selesai

Maszlee menemani seorang pelajar mengikuti kelas PdPR ekoran tidak mempunyai capaian internet yang baik.

DEMI mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), seorang pelajar sanggup duduk di tepi jalan sambil berteduh di bawah payung dengan keadaan cuaca panas terik.

Kisah itu dikongsikan sendiri oleh bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menerusi Facebook miliknya hari ini.

Menurut Maszlee, beliau terserempak dengan pelajar tersebut ketika dalam perjalanan pulang daripada memberi bantuan di sekitar kampung Bukit Nyamuk di Simpang Renggam.

ARTIKEL BERKAITAN: Alahai murid! Guru akur ditegur 'masa dah habis' ketika sesi PdPR Matematik, kelas B.Inggeris lain pula ragamnya... kena tunggu semua 'bye-bye' dulu

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih belajar walau pandemik, 'pelajar rajin' dapat ganjaran daripada 3 guru... tapi ada sekali kena 'scam'! - "Mulanya order nasi goreng ayam je sebab murah"

"Saya terpandang sebuah payung besar di tepi jalan dan kelihatan seorang adik perempuan sedang duduk di bawah payung besar itu bersama sebuah meja dan kerusi kosong di hadapannya.

"Jam menunjukkan tepat jam 12 tengahari dan matahari berada tepat di atas kepala. Keadaan bahang dan cahaya yang merelit itu tidak diendahkan adik tersebut.

"Kami memberhentikan kereta dan saya mendekati adik tersebut. Rupanya adik yang dikenali sebagai Nabilah itu sedang mengikuti sesi PdPR," kata Ahli Parlimen Simpang Renggam itu.

Bercerita lebih lanjut, Maszlee berkata, pelajar itu terpaksa berbuat demikian bagi mendapatkan capaian internet yang baik.

"Di kawasan Bukit Nyamuk capaian internet begitu lemah dan hampir tiada. Menurut adik Nabilah, capaian internet di hadapan rumah itu walaupun lemah namun lebih kuat berbanding di dalam rumah.

Maszlee_FB_2

Maszlee meluangkan masa bersama Nabilah yang mengikut PdPR di luar rumah kerana masalah liputan internet.

"Saya mengambil kesempatan tersebut untuk berbicara dengan gurunya yang sedang rancak mengajar subjek Sains Tingkatan Dua, Cikgu Izan dari sekolah Menengah Kahang.

"Tahniah saya ucapkan kepada adik Nabilah dan kembarnya adik Nadia kerana berusaha bersungguh-sungguh belajar dan menghadiri kelas dalam talian walaupun dengan seribu cabaran," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Sementara itu, Maszlee menjelaskan bahawa pihaknya telah cuba sedaya upaya bagi memastikan syarikat-syarikat telco turun padang ke kawasan parlimen itu untuk memperbaiki capaian internet.

"Sekarang pihak telco sedang berusaha untuk meluaskan capaian internet di kawasan-kawasan di Parlimen Simpang Renggam.

"Kita doakan, InshaAllah tidak lama lagi kawasan-kawasan ini akan mendapat capaian internet yang lebih elok agar adik-adik seperti adik Nabilah dan adik Nadia tidak perlu lagi duduk di tepi jalan demi menghadiri kelas PdPR," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Maszlee Malik, PdPR, liputan internet

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi