suria

Malaysia catat 12,541 kes baharu Covid-19, 115 lagi kematian

Selangor kekal mencatatkan kes harian Covid-19 tertinggi.

DIKEMASKINI

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 12,541 kes baharu, pada Jumaat.

Ia menjadikan keseluruhan 893,323 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 114,053 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rekod harian tertinggi... 13,215 kes Covid-19 di seluruh negara!

Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 5,512 kes, diikuti Negeri Sembilan (1,619), Kuala Lumpur (1,542), Johor (609), Melaka (575) dan Kedah (458).

"Adalah dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 115 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,728 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Jumaat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Beliau berkata, sebanyak 6,742 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 772,542 kes.

"Sehingga kini, terdapat 896 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 459 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain