suria

Ku Nan bebas kes rasuah RM 2 juta, terlepas hukuman penjara 12 bulan

Ku Nan bebas tuduhan menerima rasuah RM2 juta berhubung tugas rasminya, lima tahun lalu.

MAHKAMAH Rayuan pada Jumaat membebaskan dan melepaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas tuduhan menerima rasuah RM2 juta berhubung tugas rasminya, lima tahun lalu.

Keputusan tersebut menyaksikan Tengku Adnan atau Ku Nan terlepas daripada menerima hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta atas pertuduhan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ku Nan didapati bersalah kes rasuah RM2 juta

Keputusan dibuat menerusi majoriti 2-1 dan disampaikan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suraya Othman.

Suraya mengetuai tiga panel selepas membenarkan permohonan Ku Nan untuk mengenetepikan hukuman yang disabitkan ke atasnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Disember 2020 menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta selepas Ku Nan didapati bersalah atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta berhubung tugas rasminya lima tahun lalu.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu. - SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain