suria

Selepas 8 tahun menunggu, wanita ini menggigil tengok ‘dua line’... segera tutup tawaran untuk suami kahwin lain! - “Sebelum ni saya buang je kit ujian tu”

Pasangan ini dikurniakan putera sulung selepas lapan tahun menunggu.

REZEKI setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga berbeza-beza.

Ada yang tidak perlu menunggu lama untuk memperoleh zuriat, ada yang berkali-kali diuji dengan keguguran, malah ada yang perlu menunggu sehingga bertahun-tahun lamanya sebelum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga.

Begitu juga dengan Habibah Che Hassan dan suaminya, Mohd Rezal yang menanti sehingga lapan tahun lamanya sebelum menyambut kehadiran putera sulung mereka, Ayden Hussien, Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Zuriat hadir selepas 20 tahun berendam air mata, perkongsian wanita ini saat disahkan hamil umur 41 tahun buat ramai rasa nak menangis syukur - “Saya mula terfikir nak culik anak orang”

ARTIKEL BERKAITAN: Penantian hamil anak kedua berakhir selepas 16 tahun! Suami gembira tengok kit kehamilan, tapi anak sulung ‘mogok’ nak dapat adik

Video 'throwback' Habibah yang mengalirkan air mata kesyukuran saat menerima perkhabaran gembira selepas sah berbadan dua sebagaimana yang dikongsikan di Instagram, turut menyentuh hati netizen apatah lagi diiringi dengan lagu Thank You Allah dendangan penyanyi, Maher Zain.

"Lapan tahun penantian. Tiga kali urine test, naik dua line tapi masih tak percaya. Kakbeb decide sorok dulu berita ni dari suami sebab tak mahu suami berharap atau kecewa," tulisnya pada video berkenaan.

Menurut Habibah, video tersebut dimuat naik di media sosial bukan sahaja untuk mengabadikan kenangan terindah, malah untuk memberikan mesej positif kepada wanita yang turut berdepan situasi sama sepertinya.

"Sejujurnya, sebelum hamil, saya memang seorang yang obes. Sepanjang tempoh sebelum berjaya hamil, saya dan suami ada berjumpa dengan doktor. Doktor memaklumkan kami berdua tiada masalah.

"Namun doktor ada beri cadangan, mengapa tidak saya turunkan berat badan. Jadi sekitar awal tahun 2019, saya mula diet. Namun masa itu saya sematkan di fikiran, nak diet bukan semata-mata mahukan anak tapi juga untuk kesihatan.

"Saya diet pun enjoy, tak mahu ada pressure. Bukan apa, apabila kita tak letak pressure, kita akan lebih positif dan enjoy. Dua tahun juga saya diet.

anak baru 2

Habibah mempunyai berat badan berlebihan sebelum hamil.

"Sebelum tahu hamil, saya aktif sangat hingga ada satu ketika tu wajah pucat.

"Saya saja minta suami beli kit ujian kehamilan, saja nak spare. Esoknya, selepas bangun tidur saya tergerak nak buat ujian. Sebelum ni saya buang je kit ujian tu, tapi masa tu tak terbuang pula. Terkejutnya saya bila tengok dua garisan. Tiga kali check, masih sama. Saya terketar-ketar dan meraung," ujar wanita berusia 31 tahun ini.

Menurut Habibah, dia mengambil keputusan untuk membuat pengesahan di klinik terlebih dahulu dengan ditemani dua rakan baiknya kerana tidak mahu suaminya menaruh harapan.

Ujarnya, ketika itu doktor mengesahkan bahawa dia sedang hamil lima minggu.

"Kemudian barulah saya buat kejutan untuk suami, keluarga dan keluarga mentua serta rakan-rakan.

"Saya sebenarnya sangat bertuah dikelilingi oleh mereka ini yang sangat memahami, tak pernah pun mengguris hati dengan pertanyaan mengenai zuriat sebelum-sebelum ini ini," ujarnya yang mengusahakan bisnes makanan selain turut aktif sebagai jurusolek.

Cerita Habibah, sejujurnya dia sendiri pernah menawarkan agar suaminya berkahwin lain kerana tidak mahu lelaki itu menunggu lama untuk memperoleh zuriat.

anak baru 1

Habibah disahkan hamil pada Oktober tahun lalu selepas lapan tahun usia perkahwinannya dengan suami.

"Saya siap mahu tolong carikan calon sebab suami saya jenis pendiam dan bukan ada kawan perempuan. Tapi suami saya menangis... dia ingat saya dah tak sayang dia.

"Tapi masa Oktober tahun lepas iaitu selepas sah saya berbadan dua, saya beritahu 'tawaran dah ditutup'," ujarnya berseloroh.

Wanita yang berasal dari Bandar Baharu, Kedah ini turut berkongsi pengalaman sedih apabila hatinya pernah terguris dek 'mulut' segelintir individu yang kurang menjaga sensitiviti.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Pernahlah ada seorang rakan ni... bukanlah rakan rapat tapi kami saling mengenali. Dia tanpa berlapiknya bertanya pasal anak. Kita boleh bezakan orang yang tanya untuk ambil berat atau menyindir. Memang saya takkan lupa benda ini.

"Tapi saya lebih bersyukur kerana support system saya kuat. Mungkin rezeki saya dikelilingi keluarga mentua serta rakan yang baik. Itu membuatkan kita positif.

Saya siap mahu tolong carikan calon sebab suami saya jenis pendiam dan bukan ada kawan perempuan. Tapi suami saya menangis...

HABIBAH CHE HASSAN

"Bila fikir balik, tahun lalu kami pun terkesan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebab berniaga. Namun rupa-rupanya di sebalik ujian, ada hikmahnya iaitu zuriat yang kami nanti-nantikan. Bila dah ada anak ni, rasa sekejap pula lapan tahun hidup berdua dengan suami," ujarnya ketawa kecil.

Tidak menyangka perkongsiannya menarik perhatian ramai, Habibah berkata apa yang penting bagi pasangan yang sedang berusaha menunggu zuriat adalah persekitaran yang positif dan kerjasama antara suami dan isteri.

anak baru 3

Ayden Hussien permata hati Habibah dan suami, kini berusia sebulan setengah.

"Ya memang perit lebih-lebih lagi kalau ada pressure daripada orang lain. Anggaplah ini ujian Allah untuk kuatkan hati kita. Dalam masa yang sama, sibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat dan menggembirakan.

"Kalau pergi rawatan, suami pergilah bersama-sama dengan isteri. Saling memberi semangat dan sokongan. Apa pun, ingatlah Allah ada perancangan yang baik untuk kita. Bersangkalah baik dengan Allah," ujarnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain