suria

Sempat merempit 3 tahun, wanita ini kongsi beza minah rempit zaman WeChat dan TikTok.. cara mekap pun lain! - “Yang penting contact lens kena pakai”

Zana tidak menyangka ramai yang terhibur dengan video itu, tak kurang juga yang meninggalkan kecaman buatnya.

SETIAP orang ada kenangan tersendiri dalam hidup mereka.

Begitu juga dengan wanita ini yang mengimbas kisah sewaktu dia menjadi 'minah rempit' ketika zaman remajanya.

Kisah itu mendapat perhatian selepas Siti Syazana Rusli, 25, membuat video tutorial 'mekap rempit' menerusi aplikasi TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baby doll’ dihujani kritikan... walau tak kecil hati, jurusolek kesan khas tetap ada alasan sendiri - “Dalam 10 yang suka, mesti ada yang tak suka”

ARTIKEL BERKAITAN: “Masa tu tak fikir dah pasal mekap” - Pesanan bapanya ringkas je, tapi pengantin ini dah berjurai air mata sebelum naik pelamin

Mesra disapa Zana, dia mengakui tidak berniat membuka pekung sendiri sebaliknya mahu berkongsi kenangan lama yang masih segar di ingatannya.

"Sekitar umur 17 tahun selepas habis sekolah, sempatlah merempit sampai umur 19. Masa tu kita seronok dengan kawan-kawan.

"Jadi saya cuba buat tutorial mekap rempit zaman itu. Saya terkejut sebab ia bukan viral di TikTok saja, tapi sampai Facebook dan YouTube.

"Bila buat tutorial mekap rempit tu, teringat kenangan dulu dengan kawan-kawan. Kami tak pernah berlumba motor, cuma selalu keluar lepak bersama," ujarnya kepada mStar.

zana2

Zana (dua dari kanan) ketika zaman remajanya.

Kata Zana, ramai yang terhibur dengan video itu, tak kurang juga yang meninggalkan kecaman buatnya.

Namun kata wanita yang sedang hamil lima bulan itu, ia sekadar dibuat secara suka-suka, sekali gus mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan lama.

zana5

Zana kini sedang menanti kehadiran cahaya mata pertama.

"Bila video tu viral, kawan-kawan lama saya pun ada contact. Ada yang masih berhubungan sehingga ke hari ini.

"Ada yang dah jadi mak, ada juga yang terputus hubungan. Saya tak kisah komen negatif, mulut manusia kita tak boleh tutup.

Saya terkejut sebab ia bukan viral di TikTok saja, tapi sampai Facebook dan YouTube.

ZANA

"Kalau diingat balik, berbeza rempit dulu dengan zaman sekarang. Zaman kami dulu guna WeChat. Sekarang ada Instagram, TikTok, YouTube dan sebagainya.

"Kita dulu tiada pendedahan mengenai skincare, tak reti semua tu. Tapi yang penting pada zaman itu, contact lens kena pakai, mekap natural je," imbasnya berseloroh.

zana3

Zana dan suami.

Sehingga kini, video 'mekap rempit' yang dikongsi Zana di TikTok meraih hampir setengah juta tontonan.

Kata Zana yang baru mendirikan rumah tangga pada Februari lalu, zaman itu sudah tinggal kenangan dan dia kini fokus terhadap rumah tangga dan perniagaan makanan Thailand yang diusahakan sejak dua tahun lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kata Zana yang menetap di Beseri, Perlis, kedai makan miliknya di Kuala Perlis sempat beroperasi dua bulan sebelum ditutup sementara akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.

"Saya dah dua tahun berniaga makanan. Kemudian tahun lepas buka kedai. Sempat buka dua bulan saja, kemudian PKP.

zana4

Zana berniaga makanan Thailand sejak dua tahun lalu.

"Bulan pertama PKP memang terkesan. Tapi kita guna internet untuk promosi makanan, buat penghantaran, Alhamdulillah sekarang berjalan lancar.

"Saya memang suka makanan Thailand, selalu pergi ke sana. Saya pun ada ramai kawan dari sana. Jadi saya pilih untuk berniaga makanan Thailand," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Wanita kongsi detik lucu masalah bau di rumah