suria

Digelar keluarga ‘drakula’ gara-gara gigi... yang bertaring bukan 1 atau 2 tapi sama jumlah sepasukan bola sepak! - “Pernah down diejek, nasib baik abang ada”

Sebahagian daripada adik beradik Tasya (gambar kecil) yang kesemuanya mempunyai gigi taring.

BUKAN seorang, tetapi 11 adik beradik ini mempunyai satu persamaan yang membuatkan keluarga mereka agak unik!

Kesemua mereka mempunyai struktur gigi yang sama, iaitu gigi taring sama ada di kedua-dua belah kiri dan kanan, ataupun hanya sebelah sahaja.

Sebelas bersaudara ini mula menjadi perhatian baru-baru ini selepas klip video yang dimuat naik di aplikasi TikTok menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Eh! Mata ori disangka contact lens... Gadis bermata hazel dedah ibu bukan sahaja tak tenung mata kucing, tapi si bulus pun mak tak suka! - “Arwah moyang keturunan campur”

ARTIKEL BERKAITAN: Dua beranak ini sama-sama jelita... tapi si ibu lebih ‘laju’ dapat info dirinya jadi perhatian - “Mak saya tahu bukan dari saya”

"Kami bukan keluarga drakula," demikian kapsyen yang ditulis dalam video berkenaan yang sehingga kini meraih lebih 15,000 jumlah tontonan.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Nurul Natasya Tahir berkata, dia dan adik beradiknya mewarisi struktur gigi tersebut daripada datuk sebelah bapa mereka.



Enam daripada 11 adik beradik Tasya yang mempunyai gigi taring.

"Kami sebenarnya 16 adik beradik termasuk adik beradik kandung dan tiri, 11 daripadanya semua bergigi taring. Daripada yang sulung hinggalah ke-11. Abang nombor lima kami yang Sindrom Down pun ada gigi taring.

"Lima lagi adik-adik hasil perkahwinan bapa dengan ibu tiri masih kecil, jadi belum nampak keluar taringnya," ujar wanita berusia 24 tahun yang senang disapa sebagai Tasya ini.

Namun menurut Tasya yang merupakan anak keenam, struktur gigi taringnya adalah yang paling ketara jika dibandingkan dengan adik beradik yang lain.



Tasya (kanan, belakang) dengan adik beradiknya masing-masing mempunyai gigi taring.

Keadaan itu menyebabkan dia sering menjadi mangsa ejekan rakan-rakan ketika masih menuntut di bangku sekolah sebelum ini.

"Gigi taring saya tumbuh ketika berusia 12 tahun. Ia tumbuh di kiri dan kanan, serta agak ketara berbanding yang lain terutama jika senyum. Ada rakan sekolah ejek dan gelar saya daripada keluarga drakula.

"Memang agak down... tipulah tak terasa. Saya mengadu kesedihan dengan abang yang nombor dua. Saya beritahu dia, saya terlintas nak pakai 'braces' untuk perbaiki struktur gigi namun abang bagi kata-kata semangat.



Keluarga besar Tasya yang terdiri daripada 16 bersaudara termasuk adik beradik kandung dan tiri. (Gambar sebelum PKP)

"Akhirnya saya terima dan positif... ada yang ejek tapi saya abaikan sahaja. Sehingga kini gigi saya masih sama. Bila fikir balik, ini adalah apa yang Allah dah berikan, terima dengan reda dan bersyukur," ujarnya yang kini sudah mendirikan rumah tangga dan bergelar ibu kepada dua cahaya mata.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambah Tasya, sepupu sepapat di sebelah bapanya juga ada yang mempunyai gigi taring, namun tidak ramai seperti adik beradiknya.

Saya terlintas nak pakai 'braces' untuk perbaiki struktur gigi namun abang bagi kata-kata semangat.

NURUL NATASYA TAHIR

"Tidak semua bergigi taring... hanya beberapa orang sahaja dalam adik beradik mereka, tapi keluarga kami yang paling ramai," katanya yang menetap di Kuala Krai, Kelantan.

Tidak menyangka perkongsiannya di TikTok menjadi tular, Tasya berkata dia sekadar memuat naik untuk dijadikan kenangan bersama adik beradiknya memandangkan masing-masing tinggal jauh kerana bekerja dan berkeluarga.



Tasya kini merupakan ibu kepada dua cahaya mata.

"Alhamdulillah, komen setakat ini di TikTok positif belaka. Ada yang kongsi pengalaman, ada yang kata keluarga kami unik. Tak kurang juga ada yang beri kata-kata semangat.

"Adik beradik pun tak sangka ramai yang tengok video tu dan viral. Secara tak langsung, boleh kongsikan keunikan keluarga kami dengan orang lain," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain