suria

‘Jalan terus’ walau mata tak nampak! Pasangan OKU hilang kerja tetap raih RM12,000 seminggu jual sambal hitam - “Mula berniaga cuma terjual satu, dua pek”

Foto kiri Yusri bersama isterinya, manakala foto kanan ketika mereka menamatkan pengajian di UM. foto Niaga Kini / FB Yusri Azis

NASIB tidak menyebelahi sebahagian rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik Covid-19, terutama dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Bagi satu pasangan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan, impaknya telah dirasai lebih awal, kira-kira dua bulan lalu apabila restoran tempat mereka bekerja terpaksa ditutup.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul! Itulah perumpamaan sesuai bagi menggambarkan nasib Mohamad Yusri Azis dan isteri yang hilang sumber pendapatan tetap, hingga kisah mereka menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda OKU kerja lebih ketika PKP, tak menang tangan terima tempahan - "Kalau ada yang cancel beli, kami faham..."

ARTIKEL BERKAITAN: Terpikat dengan lelaki OKU, kini dah pun jadi suami... isteri jual produk herba demi 'mata batu' - "Nampak sikit senget, ingatkan tanda lahir"

Yusri, 28, berkata, dia dan isteri, Nur Jannah Tan Jia Hui, 29, yang baru dikahwininya pada bulan lalu, bekerja di sebuah restoran berkonsepkan 'dine-in' di Johor, sejak akhir 2019.

"Terkejut juga bila restoran tu terpaksa ditutup, memang sedih. Tapi kami akur restoran itu sukar untuk beroperasi dalam keadaan sekarang," katanya kepada mStar.



Produk sambal hitam dijual Yusri dan isteri.

Siapa sangka pasangan ini sebenarnya merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sosio-Budaya Melayu dari Universiti Malaya (UM) dan melalui bantuan seorang rakan sepengajian, mereka dapat menceburi bisnes menerusi platform e-dagang.

Yusri yang berasal dari George Town, Pulau Pinang bagaimanapun bersyukur minat mereka dalam perniagaan sejak di universiti dengan melakukan bisnes 'top up' dan menjadi 'dropship' pelbagai barang secara dalam talian membolehkan mereka terus menjana pendapatan sampingan.

"Dengan bantuan seorang rakan universiti, kami dapat mewujudkan 'kedai dalam talian' menerusi platform e-dagang, sejak 1 Jun lalu.

"Saya bersyukur adanya teknologi dan aplikasi yang memudahkan semua pihak terutama golongan OKU seperti saya untuk menjana pendapatan dengan lebih mudah," ujarnya.

Menjual produk sambal hitam menerusi platform e-dagang popular, pasangan itu tetap bersyukur meskipun jualan kurang memberangsangkan di peringkat permulaan.



Sambutan jualan produk di luar jangkaan.

Menurut Yusri, dia bagaimanapun tidak menyangka posting yang dibuatnya di laman Facebook menjadi tular sehingga meraih banyak perhatian dari pelbagai platform.

"Masa mula-mula berniaga, sambal hitam hanya terjual satu atau dua, paling banyak pun lima pek sehari. Tapi selepas viral, order boleh cecah 100 pek sehari!

"Dalam tempoh seminggu, jualan sambal hitam cecah 1,000 pek dengan jualan kira-kira RM12,000. Syukur Alhamdulillah, memang kami tak sangka apatah lagi sekarang tengah PKP," katanya dengan nada teruja.

Dalam apa jua yang kita lakukan, kata kuncinya kita mesti mencuba. Kalau tak cuba, macam mana kita nak tahu?

YUSRI

Selain sambal hitam, katanya, mereka turut menjual makanan dan produk kecergasan, termasuk makanan sedia dimakan seperti pekasam di platform e-dagang.

"Alhamdulillah, satu berita baik buat kami yang sebelum ini terkesan dengan penutupan restoran tempat kami bekerja. Memang terkejut kerana kami baru berniaga secara tetap.

"Kami masih dalam proses belajar bisnes, dan mengalu-alukan usahawan dalam talian untuk berkongsi tip perniagaan bersama kami," tambahnya.



Yusri (kanan) dan isteri berminat dalam bisnes sejak di universiti.

Dalam pada itu, Yusri turut menasihati mereka yang mahu menceburi bidang perniagaan dengan mencubanya secara serius sekiranya benar-benar berminat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dalam apa jua yang kita lakukan, kata kuncinya adalah mesti mencuba. Kalau tak cuba, macam mana kita nak tahu? Masa tu boleh belajar dan memperbaiki kesilapan.

"Tak perlu modal yang besar untuk buat bisnes, boleh saja melakukannya secara kecil-kecilan. Yang penting jangan takut untuk mencuba," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain