suria

Nak hantaran murah, kahwin orang Sabah! Gadis teruk dikecam gara-gara komen penghinaan, akaun FB lesap

Sebahagian petikan komen gadis itu yang tersebar sehingga dia teruk dikecam netizen.

KERANA pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Mungkin itulah perumpamaan yang sesuai untuk menggambarkan kisah keterlanjuran kata gadis ini sehingga dia teruk dihentam netizen.

Tidak diketahui hujung pangkal kisahnya, namun tular paparan skrin memaparkan komen gadis itu yang menghina penduduk Sabah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perkataan tu buat saya rasa hina sangat” - Dulu saiz XL kini XS, pensyarah kongsi tip kurus tapi tak tinggal ‘fast food’

ARTIKEL BERKAITAN: Akaun Instagram biadab, Tunku Azizah anggap edit wajah Agong perbuatan ‘orang tak ada kerja’... sila ambil tindakan! - “Cari dosa je”

"Haha kalau tak ada duit tak payah gatal nak kahwin.

"Kalau rasa RM20,000 mahal, kahwin je dengan orang kampung Sabah ke yang duduk dekat rumah panjang tu.

"Dapatlah RM500 macam tu," tulis gadis berkenaan menerusi ruangan komen Facebook.

Selain Facebook, gadis itu turut dihentam oleh warga Twitter.

Kenyataan berkenaan ternyata mengundang rasa marah netizen sehingga ia turut ditularkan ke laman Twitter.

Semakan mStar bagaimanapun mendapati bahawa akaun Facebook gadis itu gagal ditemui, dipercayai sudah dinyahaktif akibat dikecam ramai.

Rata-rata netizen menyifatkan kenyataan gadis itu sebagai biadab dan menyinggung penduduk Sabah khususnya.

Kalau rasa RM20,000 mahal, kahwin je dengan orang kampung Sabah ke yang duduk dekat rumah panjang tu.

GADIS VIRAL

Malah, kata-kata bersifat penghinaan terhadap rumah panjang turut mencetuskan kemarahan ramai.

Bukan sekadar penduduk Sabah, malah masyarakat dari negeri lain turut menyatakan sokongan dan ikut sama menghentam gadis itu.

Kenyataan gadis itu berhubung jumlah hantaran serta rumah panjang ternyata mengguris hati ramai khususnya penduduk Sabah. (Gambar Hiasan)

"Dia ingat murah ke kahwin di rumah panjang? Kalah hotel. Satu rumah panjang dah ada 10 lebih pintu, belum lagi invite rumah panjang lain yang ada 10 ke 20 lebih pintu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kesian perempuan ni otak ada tapi tak pakai. Tak perlu rasanya nak mention mana-mana negeri.

"Dia ni spesis kahwin semata sebab hantaran je ke? Berapa lama duit hantaran kau boleh bertahan?

"Dia tak tau ke orang Sabah tu lagi banyak yang lawa daripada dia," tulis beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain