suria

Tersentuh tengok remaja ‘setia’ tunggu pelanggan dalam hujan lebat, guru borong semua kuih yang dijual... tak sangka ada yang kenal ibunya!

Dalam keadan cuaca hujan lebat, kelihatan seorang remaja menjual kuih di tepi jalan sekitar Kampung Sungai Tekali, Ulu Langat, Selangor.

JARANG sekali kita melihat remaja umur belasan tahun mahu berniaga, apatah lagi secara bersendirian di tepi jalan.

Selalunya mereka lebih suka menghabiskan masa melakukan aktiviti santai dengan rakan sebaya sementara tugas mencari rezeki diletakkan sepenuhnya di bahu ibu bapa.

Tetapi lain pula kisah remaja lelaki yang ditemui oleh Muhammad Zamri, 38, ketika dia dalam perjalanan pulang dari rumah rakannya yang terletak di Kampung Sungai Tekali, Ulu Langat, Selangor.

Muhammad Zamri memuat naik rakaman pengalaman bertemu remaja berkenaan di TikTok dan video itu berjaya meraih lebih 200,000 tontonan di aplikasi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru buat jenaka rogol, KPM pandang serius dakwaan pelajar - “Kami tidak bertoleransi”

ARTIKEL BERKAITAN: Buat reviu makan jujur ‘ikut tekak sendiri’, bekas jurutera tetap gembira walau ada yang tak puas hati kutuk saiz badan

Berkongsi cerita dengan mStar, dia yang mesra disapa Muhammad berkata pada waktu itu hari sudah petang dan dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Gombak.

Sepanjang perjalanan, Muhammad perlu memandu di kawasan kampung dalam keadaan cuaca hujan lebat dan diiringi guruh serta kilat

“Jalan yang saya lalu tu kawasan kampung dan memang tiada kedai atau gerai lain. Tiba-tiba ada dia seorang saja yang berniaga, dalam keadaan hujan lebat pula.

“Saya sebenarnya memang dah perasan budak tu berniaga masa dalam perjalanan nak pergi rumah kawan. Bila nak balik saya lalu semula, dia masih ada lagi di situ dan masih ada lagi kuihnya yang tak terjual.

“Disebabkan waktu itu hujan lebat dan sudah hampir waktu berbuka, saya pun tak fikir panjang dan terus berhenti di gerai adik tu," ujarnya.

Muhammad merupakan seorang guru muzik di SMK Sungai Kertas, Gombak.

Menurut Muhammad, remaja tersebut seolah olah memang menunggu kuih yang dijual, dipercayai dibuat sendiri oleh ibunya habis dijual.

Tetapi disebabkan tidak ramai yang lalu di situ pada waktu tersebut, ditambah dengan faktor cuaca, maka masih terdapat baki kuih yang tidak bertuan.

Ketika itulah hatinya sangat tersentuh melihat kesungguhan remaja berkenaan yang sanggup berniaga dalam cuaca yang buruk demi membantu keluarganya pada usia begitu muda.

“Saya tengok ada lagi enam kuih atas meja tu. Niat nak beli dua je tapi nanti adik tu kena tunggu lagi sampai kuihnya habis dijual. Kesian pula kalau dia kena berbuka seorang diri di tepi jalan.

“Jadi saya pun beli kesemua kuihnya dan membayar lebih sebagai duit belanja dia. Waktu nak beredar dari situ saya tengok dia dah kemas meja serta payung dan bergegas pulang ke rumah,” katanya yang merupakan seorang guru muzik di SMK Sungai Kertas, Gombak.

Ye la, sekarang ni kan kuih canggih je, susah nak nampak orang jual kuih tradisional macam ni. Rasanya sedap pula tu.

MUHAMAD ZAMRI

GURU MUZIK

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]



Rupanya ada yang mengenali remaja tersebut dan memuji kuih hasil air tangan ibunya.

Netizen memuji tindakan murni yang dilakukan oleh guru tersebut dan ada juga yang meninggalkan komen mengatakan mereka kenal dengan remaja berkenaan.

Berdasarkan komen tersebut, ibu kepada remaja itu memang seorang yang pandai membuat kuih-kuih tradisional dan hasil air tangannya memang sedap.

Muhammad juga memuat naik satu lagi video yang menunjukkan kuih yang dijual oleh remaja itu memandangkan dia sendiri tidak pernah melihat dan mencubanya sebelum ini.

Muhammad mengajak netizen untuk meneka nama kuih yang dijual oleh remaja tersebut.

"Mak saya pun pandai buat kuih juga dan saya pula memang suka berjalan-jalan di bazar Ramadan mencari juadah berbuka. Tapi saya memang tak pernah nampak kuih seperti adik tu jual.

"Ye la, sekarang ni kan kuih canggih je, susah nak nampak orang jual kuih tradisional macam ni. Rasanya sedap pula tu," katanya sambil menambah, kuih tersebut dikenali dengan nama kuih jongkong atau lebih dikenali sebagai kuih bongkol jika di Sarawak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain