suria

[VIDEO] Akhirnya tukang ciplak Sambal Nyet mengaku salah... Khairulaming tak berdiam diri, tetap kemuka 3 tuntutan!

SEHARI selepas pendedahan Khairulaming mengenai ada pihak yang menangguk di air keruh dengan cuba menghasilkan dan menjual Sambal Nyet palsu, terbaharu, selebriti media sosial itu memaklumkan bahawa pelaku yang bertanggungjawab menjual produk ciplak tersebut sudah tampil bertemunya.

Dalam perkongsian terbaharu di media sosial, Khairulaming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berkata wanita berkenaan tampil memohon maaf dan mengakui kesilapan ketika bertemunya pagi tadi (Khamis).

Bagaimanapun Khairulaming berkata, dia mengemukakan tiga tuntutan terhadap wanita berkenaan sebagai pengajaran di atas tindakannya yang tidak bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Produk kena ciplak, Khairulaming frust sampai tak tidur malam... pembeli mengadu dapat ‘Sambal Nyet’ busuk dan basi! - “Jangan la khianat orang...”

"Pertama, bayar pampasan tunai tapi duit ni aku takkan refund balik kepada buyers sebab proses refund ni tak mudah dan aku nak buyers untuk take accountability (ambil rasa tanggungjawab) juga.

"Oleh itu 100 peratus duit ni aku akan sedekah kat asnaf yang memerlukan di bulan puasa ni. Aku tak akan ambil satu sen pun.



Wanita berkenaan hadir ke Balai Polis Damansara untuk membuat laporan pengakuan bersalah di atas tindakannya menciplak Sambal Nyet.

"Kedua, public apology video (video permohonan maaf secara terbuka). Ini video permohonan maaf di mana dia mengakui kesilapan palsukan kandungan sambal dan juga design botol Sambal Nyet.

"Ketiga, statement pengakuan salah di balai polis. Tadi dia dah pergi ke balai polis Damansara yang aku buat laporan semalam, dan buat pengakuan bertulis kat situ. Semua details dan pengakuan dah captured dalam report polis," katanya.

Khairulaming turut memuat naik video pengakuan dan permohonan maaf wanita tersebut yang berdurasi lebih daripada seminit itu, di media sosialnya.



Khairulaming meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan pelaku tidak bertanggungjawab menciplak Sambal Nyet menerusi posting pada Rabu.

"Saya anggap ini adalah pengajaran untuk saya, dan saya tak akan mengulangi kesilapan ini. Saya dengan rela hati ingin membuat permohonan maaf kepada pemilik Sambal Nyet sebenar, Khairulaming," demikian antara petikan permohonan maaf wanita tersebut yang dikenali sebagai Mastura Aliyah.

Saya harap perkara ini akan menjadi pengajaran buat mereka yang cuba nak buat macam ni lagi pada masa akan datang.

KHAIRULAMING

SELEBRITI MEDIA SOSIAL

Dalam pada itu Khairulaming menambah, platform e-dagang Shopee juga sudah menyekat kedai atas talian (online) milik wanita berkenaan.

"Saya harap perkara ini akan menjadi pengajaran buat mereka yang cuba nak buat macam ni lagi pada masa akan datang," ujar jejaka berusia 29 tahun itu lagi.

Terdahulu alam perkongsian pada Rabu, Khairulaming mendedahkan ada pihak yang cuba menangguk di air keruh apabila menghasilkan dan menjual sambal palsu menggunakan nama Sambal Nyet.



Perbezaan di antara Sambal Nyet asli (kiri) dan palsu (kanan).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam perkongsian tersebut juga, dia meluahkan rasa kecewanya dengan tindakan tidak bertanggungjawab individu tersebut, apatah lagi sudah lebih 700 botol sambal palsu terjual.

Untuk rekod, Sambal Nyet inspirasi Khairulaming sememangnya mendapat sambutan hangat sejak dilancarkan pada pada Januari lalu di mana dia berjaya mencatat angka jualan sebanyak lebih RM1 juta dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain