suria

Buat reviu makan jujur ‘ikut tekak sendiri’, bekas jurutera tetap gembira walau ada yang tak puas hati kutuk saiz badan

Meraih sokongan ramai di media sosial kerana 'reviu jujur', Zack bagaimanapun tidak terlepas menerima komen negatif segelintir individu.

BERMULA secara suka-suka, siapa sangka ramai sebenarnya yang 'jatuh hati' melihat jejaka ini membuat reviu makanan menerusi TikTok.

Malah, Mohammad Zaki Mohammad Amin, 37, kini memiliki lebih 151,000 pengikut di aplikasi video popular itu.

"Pada awalnya saya suka share mengenai gim, kucing dan makanan. Tapi lagi ramai suka tengok saya makan. Jadi saya buat reviu secara suka-suka.

ARTIKEL BERKAITAN: Jumpa ‘jodoh’ baju sama masa buat reviu makanan, Instafamous nafi bertindak melampau - “Kalau dengan perempuan rasa lain sikit”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah merasa beli baju di mall, gadis malas bersenam terkejut berat badan susut 44kg... hanya pegang satu kata kunci!

"Saya pula jenis buat reviu jujur, bagi rate ikut tekak sendiri. Ramai bagi feedback, mereka suka video saya.

"Kebetulan saya menetap di Bangi, Selangor. Memang banyak kedai makan. Sekarang ada dapat banyak juga jemputan untuk reviu restoran," ujarnya kepada mStar.

Zack sebelum ini pernah bekerja di luar negara sebagai jurutera.

Mesra disapa Zack, dia terharu dengan sokongan yang diterima, namun mengakui tidak terlepas menerima komen-komen negatif daripada segelintir individu.

Kata Zack, dia berharap isu seperti body shaming tidak lagi berulang kerana ia boleh memberi kesan terhadap individu yang terkesan.

Sebenarnya dah tiga kali berat saya susut dan naik balik. Sebab tu saya dah tak kisah orang nak kata apa.

ZACK

"Kebelakangan ini bila followers dah bertambah, makin ramai yang komen negatif. Dulu tak ada pun.

"Ada yang tuduh saya poyo sebab saya beri reviu jujur. Mereka tak puas hati, tuduh saya nak tutup bisnes orang. Walaupun jujur tapi masih berlapik sebenarnya.

"Ada juga yang komen kata saya gemuk sebab makan banyak sangat. Sebenarnya bukan setiap hari saya makan macam tu.

Zack memiliki lebih 151,000 pengikut di aplikasi video TikTok.

"Ada masa saya control balik. Saya pada mulanya agak pelik bila terima komen negatif sebab saya tak pernah kacau orang. Saya tak terasa hati sangat, dah anggap macam lumrah.

"Ada orang suka, ada orang tak suka. Cuma saya nak educate mengenai body shaming bahawa perbuatan itu patut ditinggalkan. Mungkin saya OK, tapi mungkin ada orang lain yang terkena akan terasa," ujarnya.

Bercerita mengenai dirinya, Zack sebelum ini pernah bekerja di luar negara sebagai jurutera.

Namun kata Zack, berat badannya mula bertambah selepas dia kembali ke tanah air untuk menjalankan perniagaan jubah sekitar 10 tahun lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Masa saya kerja di Dubai, ramai orang kirim jubah. Jadi saya mula berniaga jubah, buat full time bisnes lepas balik ke Malaysia pada 2011.

Zack kembali ke Malaysia pada 2011.

"Selepas balik ke sini, berat makin naik. Sebenarnya dah tiga kali berat saya susut dan naik balik. Sebab tu saya dah tak kisah orang nak kata apa.

"Bukan tak boleh buat kalau nak susut balik, cuma mungkin tak ada kesempatan masa.

"Kalau ada masa saya akan ke gim. Tapi sekarang tiada target nak susut pun, gembira apa adanya... yang penting sihat," ujarnya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain