suria

Selepas viral dan buat orang terhibur, posmen anime dedah khabar mengejutkan nak berhenti kerja... yang pasti ‘rambut Naruto’ bikin ramai keliru

rafie3

LAIN dari yang lain.

Mungkin itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan gaya unik posmen berusia 31 tahun ini.

Menurut Muhammad Rafie Ismaludin Ismail, dia mula mengenakan rambut palsu seakan-akan watak anime dari Jepun sejak beberapa bulan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mengidam, posmen tulis nota minta mangga atas parcel pelanggan... terima respons mengejutkan -

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan tok kadi, pengantin perempuan terkejut abang posmen muncul minta 'sign' atas pelamin

"Saya memang suka anime. Sebelum ini saya ada buka Lazada dan Shopee, kemudian ternampak ada orang jual rambut ni.

"Jadi saya cuba beli. Tak tahu macam mana terfikir, saya pakai je. Saya suka buat benda-benda rare.

"Orang lain tak buat, tapi saya akan buat," ujarnya yang mesra disapa Rafie.

Rafie tak sangka dirinya tiba-tiba tular di Facebook.

Bercerita kepada mStar, dia mengakui terkejut apabila foto wajahnya tiba-tiba tersebar di Facebook selepas ditularkan oleh seorang individu.

Namun kata Rafie, dia gembira apabila ramai yang terhibur dengan gayanya, tak kurang juga yang memberi sokongan atas minatnya itu.

"Ada orang minta ambil gambar, ingatkan dia nak simpan atau tunjuk pada kawan-kawan saja. Terkejut saya bila viral.

Mereka fikir itu rambut sebenar saya.

RAFIE

"Saya terharu dengan sokongan netizen, rasa speechless, " ujarnya.

Kata Rafie, dia juga sering ditegur selepas mula mengenakan rambut anime itu sejak beberapa bulan lalu.

"Memang saya perasan orang suka tengok rambut saya. Ada yang gelak, ada yang terkejut, ada juga yang tegur.

Rafie sudah empat tahun bekerja sebagai posmen.

"Mereka fikir itu rambut sebenar saya. Pernah sekali, ada budak-budak dalam van jerit nama 'Naruto' ketika saya lalu," ujarnya lagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, Rafie mendedahkan dia sudah menghantar notis dan dijangka berhenti kerja selepas sambutan Aidilfitri ini.

Menurut Rafie yang sudah berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata, dia sudah empat tahun bergelar posmen.

"Mungkin selepas berhenti, saya nak rehat dulu sekejap. Kemudian baru cari kerja," ujarnya yang menetap di Alam Damai, Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain