suria

Dapat ibu pengotor sampai geli nak pijak lantai rumah, anak akui malu nak bawa balik suami - “Tetamu datang, mak salahkan adik-adik pemalas”

Wanita itu terkilan apabila adik-beradiknya sering dipersalahkan dan dilabel sebagai pemalas di hadapan tetamu. -Gambar Hiasan

MENJAGA kebersihan merupakan satu tuntutan dalam agama Islam.

Di Facebook, seorang wanita tampil berkongsi kisah mengenai sikap ibunya yang pengotor

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia bagaikan sudah putus asa dengan sikap orang tuanya yang tak pernah berubah sejak dia bujang sehinggalah mendirikan rumah tangga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Asal Kelantan, patutlah pengotor” - Baru 8 hari masuk universiti, pelajar dah kena hentam... masak mi segera dalam baldi, 7 rakan sebilik join sekali

ARTIKEL BERKAITAN: "Tak semua lelaki pengotor", dekorasi DIY pelajar ini kejutkan ramai teman sekampus

"Rumah mak ayah kotor sangat sampaikan ada masanya saya geli nak pijak. Setiap kali saya balik rumah mak saya, saya akan bersihkan rumah tu.

"Saya pernah tegur mak ayah saya tentang rumah tu, dia jawab... lantaklah rumah aku. Kadang-kadang tu mak saya baru balik kerja, dia main campak je pakaian dia.

"Kadang-kadang saya sampai segan dengan suami saya sebab perangai mak ayah saya. Sampai malas nak balik bermalam di sana.

Wanita itu sering bergaduh dengan ibunya mengenai kebersihan rumah. (Gambar Hiasan)

"Walaupun suami saya jenis tak kisah, tapi saya tetap tak selesa untuk anak-anak," luahnya.

Tambah wanita itu, dia juga segan setiap kali tetamu berkunjung ke kediaman ibu bapanya.

Malah, dia juga pernah menjumpai kuih yang sudah luput di bawah katil serta pisang buruk di atas meja makan kediaman mereka.

Mak saya jenis peramah, tak kira siapa dia suka cerita hal aib keluarga.

ANAK

Lebih teruk katanya, adik-beradiknya pula sering dipersalahkan dan dilabel sebagai pemalas di hadapan tetamu.

"Kadang ada tetamu datang, mereka tengok rumah tu bersepah... mak saya boleh pula salahkan adik-adik saya.

"Dia kata adik-adik saya pemalas. Sedangkan mereka selalu kemas rumah. Dulu sebelum kahwin, hari-hari bergaduh dengan mak pasal kebersihan rumah.

"Mak saya pantang jumpa orang suka sangat cerita aib keluarga sendiri, Sampai saya malu nak bawa mak jumpa orang.

Dedah wanita itu, dia malu apabila ibunya suka bercerita aib keluarga. (Gambar Hiasan).

"Mak saya jenis peramah, tak kira siapa dia suka cerita hal aib keluarga. Penat tegur, tapi kekal sama," ujarnya.

Luah wanita itu, dia sebenarnya risau untuk berkongsi kisah itu di Facebook, biarpun tidak mendedahkan identitinya.

"Saya sendiri rasa serba salah sebab meluah kat sini sebab takut aib keluarga saya terbuka di sini," ujarnya lagi menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga.

Dalam pada itu, netizen turut meninggalkan komen, meminta agar ibunya dilembutkan hati dan berubah suatu hari nanti.

Malah, ramai yang turut menzahirkan rasa simpati atas apa yang dilalui wanita itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain