suria

Main PUBG sama macam orang lain, tapi remaja ini ada kelebihan pandai mengaji... baca surah Al-Rahman merdu habis! - “Ada yang fikir saya mix”

Faqry mula mempelajari al-Quran sejak berusia 8 tahun dan pertama kali khatam pada usia 10 tahun.

DALAM zaman serba moden ini, kita seharusnya memanfaatkan teknologi yang ada untuk kebaikan bersama.

Bagi remaja lelaki ini, dia turut mencuba nasib dengan menghasilkan kandungan berunsur Islamik menerusi aplikasi video TikTok.

Menurut Ahmad Faqry Hazziq Mohd Maliki, 16, dia mula menghasilkan video alunan ayat suci al-Quran menerusi TikTok bermula tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pilih TikTok platform berdakwah... gadis berpurdah seawal usia 14 tahun hampir menangis saat terima mesej individu luah hasrat berhijrah

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar jurusan dakwah terkejut video TikTok isu LGBT boleh hit, ramai rasa nak berubah... reaksi berjurai air mata paling tak sangka!

Malah, video terbaharu yang dihasilkannya turut tular sehingga meraih 70,000 tontonan di aplikasi itu.

"Dulu tingkatan satu sehingga tingkatan tiga, saya tinggal di asrama. Jadi saya mula hasilkan video di TikTok sejak tahun ini.

"Saya sedar, ada dalam kalangan kita yang mungkin jauh dari al-Quran. Jadi saya sekadar kongsi video untuk bagi inspirasi kepada orang ramai.

"Alhamdulillah, ramai juga yang request agar saya hasilkan video mengalunkan surah-surah tertentu. Setakat ini komen-komen juga semua positif," ujarnya kepada mStar.

Faqry merupakan penuntut Ma'ahad Muhammadi Lelaki di kota Bharu, Kelantan.

Mesra disapa Faqry, penuntut Ma'ahad Muhammadi Lelaki di Kota Bharu, Kelantan itu turut bersyukur apabila video yang dihasilkannya menerima reaksi positif di aplikasi itu.

Namun baru-baru ini, timbul kekeliruan apabila ada yang menyangka Faqry tersilap membaca surah yang diminta oleh pengikutnya.

"Ramai yang minta saya baca surah Al-Rahman. Saya tak perasan video yang saya kongsi tu tertera perkataan surah Al-Mulk.

Saya juga sama dengan remaja lain. Saya suka main game seperti PUBG dan Mobile Legend.

FAQRY

"Jadi timbul kekeliruan. Ramai juga yang komen dan maklumkan mengenai hal itu. Saya pun dah jelaskan kepada mereka. Mungkin mereka tak baca," katanya.

Bercerita mengenai diri sendiri, Faqry mula mempelajari al-Quran sejak berusia 8 tahun dan pertama kali khatam pada usia 10 tahun.

Jelasnya, dia juga sama seperti remaja lain dan gemar bermain permainan video, namun berusaha agar tidak lalai dan melupakan al-Quran.

Faqry juga meminati permainan video seperti Mobile Legend dan PUBG.

"Saya mula belajar mengaji masa 5 tahun. Tapi mula baca al-Quran masa 8 tahun dan pertama kali khatam masa 10 tahun.

"Alhamdulillah, saya dah lebih lima kali khatam. Setiap minggu, ada seorang ustaz akan datang ke rumah sebanyak dua kali untuk ajar saya mengaji.

"Kalau ada masa, saya baca setiap hari walaupun tak banyak kadang-kadang. Saya juga sama dengan remaja lain. Saya suka main game seperti PUBG dan Mobile Legend," ujar anak keenam daripada tujuh beradik itu.

Video alunan surah Al-Mulk oleh remaja ini meraih 70,000 tontonan di TikTok.

Menurut Faqry yang menetap di Kota Bharu, ada beberapa netizen turut keliru dengan wajahnya dan menyangka dia memiliki darah kacukan asing.

"Ada dua ke tiga orang yang salah sangka, mereka fikir saya ada mix. Sebenarnya mak ayah saya memang orang Melayu," ujarnya berseloroh.

Kata Faqry lagi, dia juga akan berusaha sedaya upaya memenuhi permintaan rakan di TikTok yang membuat permintaan surah-surah untuk dibaca olehnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain