suria

Rider sempoi! Sempat ‘berduet’ lagu Anak Itik Tokwi dalam mesej sampai pelanggan terbahak-bahak - “I can't go up my leg pain”

Najmi berkongsi kisah rider sempoi yang menghantar barangnya, baru-baru ini.

KETIKA penularan pandemik Covid-19 masih belum reda, rata-rata masyarakat lebih gemar membeli-belah secara maya (online).

Bukan sahaja mahu mengurangkan risiko penularan virus berkenaan dengan kekal berada di rumah, namun dalam masa yang sama kaedah berkenaan lebih mudah dan menjimatkan masa.

Begitu juga dengan pemuda ini yang sering kali membeli belah dan membuat pesanan makanan secara online, lebih-lebih lagi kerana bekerja dari rumah sejak hampir setahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa-apa hal boleh tanya kucing akak!” - Ramai terhibur tengok abang kurier berdepan Bubu ‘buat teruk’ terima parcel, terbeliak biji mata

ARTIKEL BERKAITAN: Terjumpa reviu pelanggan sempoi, siap dapat rating 5 bintang... ‘keyboard bising’ buat ramai terbahak-bahak - “Syurga tempat kau anak”

Namun kejadian yang membabitkannya dengan seorang pekerja penghantar barang (rider) baru-baru ini begitu lucu apabila mereka berdua sempat 'berduet' dalam mesej di aplikasi penghantaran.

"Penat la aku gelak hari ni. Sampai je tegak dia bagi, 'kau ajak aku menyanyi atas motor?'. Apa-apa pun thank you Panda riders! Semoga dilindungi dari malapetaka atas jalanan," tulisnya pada perkongsian di Twitter.

Pemuda itu turut memuat naik mesej mereka di perkongsian tersebut yang sehingga kini meraih 12,000 retweet.



Mesej sempoi antara Najmi dan rider yang mencuit hati netizen.

Bercerita kembali kejadian lucu berkenaan, Najmi Aiman berkata dia sama sekali tidak menyangka mesejnya dibalas dengan 'sempoi' oleh rider berkenaan.

"Bila rider beritahu sudah dalam perjalanan dan 'sila tunggu di lobi', saya memang dah standby untuk turun ke bawah rumah untuk ambil barangan. Tapi bila baca mesej dia 'I can't go up my leg pain' terus saya tergelak.

"Saya pun sekadar balas sempoi 'sakit apa tokwi?' tapi lebih lucu dia sambut dengan balas 'sakit sendi tulang'. Ibarat berduet lagu Anak Itik Tokwi pula. Selepas itu mesej seterusnya dia beritahu kakinya sakit sebab gout.

"Masa tu tertanya-tanya juga macam mana rupa abang rider yang sempoi ni. Bila dia sampai, saya memang dah sedia tunggu di bawah... terus abang tu kata 'kau ajak aku menyanyi atas motor?' kemudian kami berdua gelak-gelak," ceritanya kepada mStar.



Najmi sering membuat pesanan dan membeli belah secara dalam talian (online) sejak bekerja dari rumah, setahun lalu.

Sungguhpun banyak menerima komen positif yang terhibur dengan perkongsiannya, namun pemuda yang senang disapa sebagai Najmi berkata dia juga ada menerima komen negatif daripada pelayar yang tersalah anggap dengan situasi tersebut.

"Ada yang komen macam marah kononnya kenapa saya tak mahu turun ke bawah lobi untuk ambil barang. Sebenarnya saya memang akan turun setiap kali ambil barangan kerana saya lebih suka guna kaedah tunai, dalam masa yang sama boleh beri tips untuk rider.

Masa tu tertanya-tanya juga macam mana rupa abang rider yang sempoi ni.

NAJMI AIMAN

PELANGGAN

"Dan mungkin mesej rider 'sila tunggu di lobi' tu adalah mesej template. Tapi tak apalah, mungkin mereka tak tahu situasi.

"Tapi lucu juga bila ada pelayar yang tahu lokasi rumah saya sebab cam kawasan persekitaran menerusi gambar yang dimuat naik," ujar pemida berusia 25 tahun ini yang baharu sahaja berpindah ke kawasan perumahan di Cyberjaya, sebulan lalu.

Tidak menyangka perkongsian menjadi tular, Najmi berkata sekadar mahu berkongi perkara lucu dan juga melahirkan kekagumannya dengan sikap mesra serta sempoi rider tersebut.



Antara perkongsian netizen yang turut memuji sikap sempoi rider berkenaan.

"Saya suka cara abang rider ni... sempoi. Pelanggan pun senang hati. Dalam pada sibuk dan penat, dia masih sempat bergurau dan berbasa basi.

"Kalau boleh, bukan sahaja rider, tapi bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan pelanggan sama ada peniaga atau sebagainya seeloknya biarlah sempoi dan ramah. Orang kata, tanggapan pertama (first impression) tu penting. Barulah pelanggan suka dan ulang beli.

"Apapun saya berdoa agar rider-rider dan peniaga yang lain agar dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan berniaga untuk kawan-kawan daripada group Syrup Waffle terutamanya BurgerCulture_MY," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain