suria

Terjumpa reviu pelanggan sempoi, siap dapat rating 5 bintang... ‘keyboard bising’ buat ramai terbahak-bahak - “Syurga tempat kau anak”

Seorang pengguna Twitter membuat tinjauan mengenai reviu produk papan kekunci. gambar hiasan/foto hteknologi.com

MEMBELI-belah secara maya kini semakin mendapat perhatian masyarakat terutama ketika pandemik Covid-19.

Hanya di hujung jari, semuanya boleh dibeli dengan mudah asalkan ada duitnya.

Laman-laman membeli-belah dalam talian bukan sahaja menawarkan variasi produk dan servis untuk pelanggan, malah pelbagai tawaran dan promosi menarik.

ARTIKEL BERKAITAN: Bungkusan 'free gift' ada seluar dalam 'opah', kaki shopping online tak jadi nak teruja - "Ada ke orang nak beli?"

ARTIKEL BERKAITAN: Suka shopping online waktu malam? Jaga-jaga anda mungkin sedang 'digoda'

Tidak terkecuali sudut reviu untuk maklum balas pelanggan yang telah menggunakan produk mahupun servis berkenaan.

Bakal pelanggan pula akan meneliti setiap reviu sebelum membuat keputusan untuk membeli.



Perkongsian seorang pengguna Twitter sehingga menjadi tular.

Jika review tersebut bagus di pihak pelanggan, sudah tentunya produk atau servis akan mendapat sambutan dan ramai pelanggan baharu.

Seorang pengguna Twitter berkongsi kisahnya meninjau reviu mengenai produk papan kekunci atau keyboard di sebuah laman web beli-belah popular.

Dalam tinjauan tersebut, satu reviu seorang pelanggan menarik perhatiannya.

"Saja tengok review satu keyboard ni. Lepas tu terjumpa ni. MasyaAllah dia ni hahaha," tulis pengguna Twitter @carrotsity sambil memuat naik tangkapan skrin reviu tersebut.

"Mouse (tetikus) sangat pendiam dan bagus. Keyboard bising sikit tapi terbaik," tulis seorang pelanggan menerusi satu reviu.

Reviunya jujur sangat. Alhamdulillah moga ke jannah dia

NETIZEN

Namun, komen lanjut pelanggan tersebut mengenai ‘bunyi bising’ papan kekunci tersebut mencuit hati netizen.

"Sekurang-kurangnya mak ayah boleh dengar kita taip dari luar (bilik). Ohh rajin anak aku. Alhamdulillah, syurga tempat kau anak," ujar pelanggan berkenaan dengan reviu yang mendapat rating lima bintang.



Reviu seorang pelanggan yang mendapat perhatian.

Reviu tersebut turut memilih opsyen kualiti produk yang bagus, nilai terbaik berbaloi dengan harga, penghantaran yang pantas dan servis terbaik daripada penjual.

Setakat ini, perkongsian tersebut diulang kicau lebih 10,000 kali dan mendapat lebih 21,000 tanda suka.

"Betul-betul jujur reviu," komen seorang netizen.

"Adoi lawak nak mampus," komen netizen lain secara berseloroh.

"Astagfirullah. Reviunya jujur sangat. Alhamdulillah moga ke jannah dia," ujar seorang lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain