suria

Selamba calon STPM layan geng monyet melepak di asrama, paling win gelagat nak pakaikan mask - “Sekali datang banyak, kalau tak ada rasa sunyi”

Aliff selamba melayan sekumpulan monyet di asramanya.

BUKAN sahaja menakutkan malah menghiburkan!

Begitulah rata-rata komen netizen apabila melihat rakaman video yang dimuat naik oleh seorang pelajar di aplikasi TikTok pada Isnin lalu.

Video berkenaan menjadi tular sehingga meraih 41,000 likes dan menerima 600 komen dalam kalangan netizen.

ARTIKERL BERKAITAN: Pelajar terkejut beruk! Monyet sempat selfie, rakam video dari atas pokok selepas rembat iPhone miliknya - “Makin jauh ke hutan, makin kuat bunyi”

ARTIKEL BERKAITAN: Gelagat sang monyet larikan telefon bekas finalis Dewi Remaja ketika live IG cuit hati netizen

“Degil tak nak pakai mask, ” tulisnya pada kapsyen TikTok.

Menurut Mohammad Aliff Aiman Hairul Zahri, 20, dia sama sekali tidak menyangka perkongsian yang bersahaja itu akan tular begitu sekali.

Lebih mesra disapa Aliff, pelajar Tingkatan Enam di Kolej Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor itu berkata mereka sudah terbiasa dengan kunjungan sekumpulan monyet itu di bangunan asrama.

Video Aliff ingin memakaikan monyet mask tular di aplikasi TikTok.

“Saya tak sangka pula video saya ini tarik perhatian ramai. Mungkin video ini biasa saja untuk budak asrama dekat sini sebab dah terbiasa tetapi unik untuk mereka.

“Kami di asrama lelaki ini dah terbiasa dengan kunjungan sekumpulan monyet di depan pintu bilik.

“Mereka datang nak lepak dan makan saja. Sekali datang banyak, kalau tak seekor pun susah nampak. Kosong ja, rasa sunyi pun ada, ” ujarnya.

Kadang kalau sekumpulan monyet bertempek tepi tangga, nanti adalah yang akan guna tangga lain untuk naik ke bilik.

ALIFF

Bercerita lanjut mengenai haiwan itu, Aliff memberitahu mereka memang kerap melayan gelagat sekumpulan monyet itu sambil memberi makanan.

Katanya, monyet disitu semuanya jinak, jidak ganas kecuali jika nampak makanan ia akan panjat badan dan ambil makanan berkenaan.

“Seronok layan, kalau kami balik sekolah kadang tu monyetlah peneman setia.

“Walaupun jinak, ada juga rakan-rakan dekat sini yang tak berapa berani. Kadang kalau sekumpulan monyet bertempek tepi tangga, nanti adalah yang akan guna tangga lain untuk naik ke bilik.

“Jerit terkejut biasa sebab kadang bila pintu terbuka sikit, jika ada makanan akan ada yang masuk dalam bilik.

“Kalau tak silap saya yang namanya lutong semua jinak, ” ujarnya lagi.

Aliff jubah kelabu bersama rakan-rakannya di asrama.

Bukan itu sahaja, yang lebih mencuri perhatian ramai apabila pelajar ini memberi topeng muka (mask) yang dipakainya kepada monyet tersebut.

“Tak sangka pula tindakan saya nak bagi monyet pakai mask curi perhatian orang ramai.

“Sampaikan ada yang komen cakap monyet tak nak pakai mask tu sebab bekas saya, dia cakap monyet nak yang baharu, ” ujarnya berseloroh.

Anak kedua daripada tiga beradik ini turut berkongsi keadaan mereka sepanjang sesi persekolahan secara bersemuka sejak akhir Januari lalu.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, di asrama sekarang ada tingkatan lima dan enam sahaja. Kami berkongsi asrama dengan sekolah menengah lain tetapi tak ramai pun yang tinggal di sini.

“Kami lebih selesa belajar bersemuka. Senang nak hadam apa cikgu ajar dan boleh bincang sesama kawan kalau tak faham, ” jelas anak kepada pasangan Zaidah Kasimin, 46, yang bekerja di kantin sekolah dan pekerja kilang Hairul Zahri Salim, 47.

Geng monyet bukan sahaja akan melepak di depan bilik malah di tangga asrama juga.

Aliff yang kini berada di semester tiga berharap seluruh dunia akan dapat melawan virus Covid-19 agar semua urusan dipermudahkan.

“Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini mestilah risau tak dapat nak habis belajar tepat pada masanya.

“Macam-macam dalam fikiran. Bila saya nak habis STPM, nak masuk univeristi, dan kerja untuk tolong ibu ayah mencari rezeki.

“Saya harap semua pratikkan ‘kita jaga kita’. Bila dunia dah kembali normal barulah semangat tu datang balik, ” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Lain

Ular sawa menyorok bawah katil kanak-kanak