suria

‘Pondok sedekah’ hadiah untuk arwah orang tua, dibina selepas anak terkesan kisah calon datang interview kerja - “Siapa perlu boleh datang ambil”

Azizah mewujudkan pondok sedekah yang dilengkapi dengan barangan keperluan asas bagi membantu golongan yang terjejas.

PANDEMIK Covid-19 yang menyerang sejak lebih setahun lalu menyaksikan rata-rata rakyat di negara ini kehilangan mata pencarian selepas diberhentikan kerja ataupun dipotong gaji.

Bagi mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai di samping pelbagai komitmen bulanan lain yang perlu dilunaskan, sudah tentu berdepan dengan kesukaran yang bukan calang-calang.

Lebih menyedihkan apabila ada yang terpaksa mencatu makanan demi menjimatkan perbelanjaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew beri inspirasi, pemuda terus set up food bank di Sabah... 30 minit barang dah habis - “Seterusnya bank alat tulis”

ARTIKEL BERKAITAN: “Yang benar perlu boleh ambil, free je” - Ustaz Ebit buat foodbank pula

Perkara inilah yang menjadi pendorong buat seorang usahawan untuk mewujudkan inisiatif food bank bagi meringankan beban insan yang terjejas dan kurang berkemampuan.

Inisiatif yang dinamakan 'Pondok Sedekah Omar Zabedah' sempena nama kedua-dua orang tuanya yang sudah meninggal dunia ini baru dimulakan sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari lalu.



Perkongsian mengenai Pondok Sedekah Omar Zabedah yang dimuat naik oleh anak perempuan Azizah menjadi tular di Twitter.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Azizah Omar yang merupakan usahawan rangkaian butik pakaian Omar Ali berkata idea untuk mewujudkan pondok sedekah itu tercetus selepas menemuduga calon yang memohon kerja di syarikatnya.

"Masa PKP, saya banyak tengok ada orang yang dibuang kerja, dipotong gaji... nak makan pun susah. Ada seorang calon yang datang temu duga, dia kerja dahulu gaji RM5,000 tapi dibuang kerja. Mana nak tanggung anak dan bayar semua komitmen bulanan.



Pondok sedekah ini terletak di hadapan Omar Ali Villa, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

"Jadi saya terdetik, mengapa tidak wujudkan satu inisiatif untuk bantu orang yang terjejas. Kemudian selepas berbincang dengan keluarga dan staf, akhirnya wujudlah Pondok Sedekah Omar Zabedah.

"Selain berniat ikhlas mahu membantu, pondok sedekah ini juga adalah sebagai amal jariah buat arwah kedua orang tua saya. Mereka dulu juga suka bantu orang, jadi saya mahu teruskan. Moga pahala bersedekah mengalir untuk mereka di sana," ujar usahawan berusia 56 tahun ini.

Menurut Azizah, pondok sedekah tersebut dilengkapi dengan barangan keperluan seperti beras, tepung, minyak masak, gula, susu dan sebagainya.

Siapa yang memerlukan boleh datang ambil. Tiada tapisan pun, kerana kita percaya dengan mereka yang benar-benar memerlukan.

AZIZAH OMAR

USAHAWAN

"InsyaAllah, pada masa akan datang, kita nak letakkan pula susu formula untuk bayi. Ramai yang tak mampu sediakan sekarang sebab harganya yang mahal, dan kita akan bantu mana yang termampu.

"Pondok sedekah ini terletak di hadapan Omar Ali Villa, Kampung Baru... siapa yang memerlukan boleh datang ambil. Tiada tapisan pun, kerana kita percaya dengan mereka yang benar-benar memerlukan," ujarnya lagi.



Pondok sedekah ini dilengkapi dengan barangan keperluan seperti beras, tepung, minyak masak, gula, susu dan sebagainya.

Azizah dalam pada itu turut melahirkan rasa terharu kerana tidak menyangka sambutan yang diterima daripada netizen begitu menggalakkan selepas anaknya, Nurhasha, membuat perkongsian di Twitter.

"Yang komen, hantar DM dan ada juga yang hubungi beritahu mahu sama-sama menyumbang juga terlalu ramai. Saya terharu dan rasa Allah beri rahmat apabila melihat sambutan ramai. Lebih seronok tengok ramai generasi muda yang



Selain memuji inisiatif pondok sedekah tersebut, ramai dalam kalangan netizen menyatakan hasrat untuk sama-sama menyumbang.

"Iya, bagi sesiapa yang mahu turut sama menyumbang barangan, boleh sahaja letakkan di pondok sedekah tersebut.

"Dalam keadaan sekarang, bagi yang ada rezeki lebih, apa salahnya kita sama-sama berkongsi rezeki dengan orang lain," katanya yang turut menjadikan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sebagai idola.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain