suria

Ebit Lew beri inspirasi, pemuda terus set up food bank di Sabah... 30 minit barang dah habis - “Seterusnya bank alat tulis”

Edy mewujudkan dua food bank masing-masing di Inanam dan Menggatal, Sabah selepas mendapat inspirasi daripada Ustaz Ebit Lew.

"SERONOK bila tengok mereka senyum."

Demikian kata Adrian Edy Siaw Chee Hua, anak muda kelahiran Papar, Sabah selepas program food bank yang diwujudkan berjaya membantu golongan kurang berkemampuan yang terjejas akibat Covid-19 di negeri itu.

Menurut pemuda berusia 24 tahun itu, sebagai permulaan dia mewujudkan dua bank makanan masing-masing dekat Kampung Pomotodon (Inanam) dan Kampung Tombongan (Menggatal) yang mula dibuka kepada orang ramai sejak 20 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kecoh beli lori tangki air di Selangor, Ebit Lew upgrade misi bantuan buat frontliners di Sabah... siap sewa pesawat! - “Sebak dada, berkaca bola mata ku bila baca post ini”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai dah tiada kerja, bayi minum air suam, air gula” - Tak sanggup lihat penderitaan, guru jadi sukarelawan... tersentuh dapat sesuatu yang ‘mahal’

"Sebelum ni saya bagi bantuan dari rumah ke rumah tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan nak bergerak pun susah.

"Jadi food bank memang inisiatif terbaik buat masa ini. Orang hanya datang sendiri ke sekolah, lokasi food bank tersebut. Jadi tak perlu datang rumah ke rumah sebab risiko jangkitan tinggi," katanya kepada mStar.



Edy turut mendapat sokongan daripada ahli keluarganya dalam melaksanakan program tersebut.

Anak kedua daripada empat beradik itu memilih dua kampung tersebut kerana simpati dengan nasib penduduk di situ.

"Penduduk kat situ ramai yang kurang berkemampuan dan buat kerja kampung. Rumah pun jauh dari pekan. Jadi mereka banyak bergantung dengan kedai runcit kalau nak beli barang keperluan.

Setiap hari barang akan ditambah pukul 7 pagi. Masa tu pun dah ada 10 orang beratur dekat luar pagar sekolah. Dalam masa setengah jam saja barang dah habis.

ADRIAN EDY SIAW CHEE HUA

Personaliti media sosial

"Lagipun bila tengok penduduk yang datang tu memang sedihlah. Ada juga yang beritahu kena buang kerja. Ada orang kelainan upaya (OKU) yang sanggup jalan kaki, naik bukit turun bukit demi mendapatkan makanan," katanya yang juga personaliti media sosial.

Mesra disapa Edy dia tidak menduga program inisiatifnya itu yang menawarkan barang keperluan seperti beras, telur, mi, garam dan minyak masak mendapat sambutan di luar jangkaan.

Orang ramai beratur untuk mendapatkan barang keperluan.

"Memang ramai yang ambil lebih-lebih lagi time PKPB. Sepanjang tempoh ini saya kena refill barang sehari dua kali berbeza berbanding sebelum ini.

"Setiap hari barang akan ditambah pukul 7 pagi. Masa tu pun dah ada 10 orang beratur dekat luar pagar sekolah. Dalam masa setengah jam saja barang dah habis," katanya.

Dalam pada itu, Edy turut menjadi pendakwah popular Ustaz Ebit Lew sebagai inspirasi untuk membantu mereka yang hidup dalam serba kekurangan.

"Bila tengok cara dia saya terbuka hati untuk bantu orang ramai. Dia sentiasa tolong orang tak kira agama.

"Saya juga suka tengok cara dia dekati golongan susah. Video yang dikongsinya di media sosial jadi inspirasi untuk sebar kebaikan kepada orang lain," katanya.



Edy berhasrat mewujudkan program bank alat tulis selepas tempoh PKPB di Sabah berakhir.

Jelas Edy yang mendapat dana daripada sumbangan orang ramai, dia juga berhasrat untuk mewujudkan bank alat tulis selepas tamat PKPB di negeri itu.

"Saya dah kenal pasti sekolah di empat daerah di Inanam, Menggatal, Papar dan Tambunan untuk program seterusnya bank alat tulis. Rata-rata pelajar di sini daripada keluarga susah.

"Saya difahamkan khususnya di Inanam ada pelajar dekat situ pensel pun kongsi. Beg sekolah pun ada yang koyak. Jadi saya rasa ini waktu yang tepat untuk wujudkan program ini," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my atau whatsapp di https://wa.link/kb469p

Artikel Berkaitan

Artikel Lain