suria

Selepas kecoh beli lori tangki air di Selangor, Ebit Lew upgrade misi bantuan buat frontliners di Sabah... siap sewa pesawat! - “Sebak dada, berkaca bola mata ku bila baca post ini”

Ramai menyambut baik dan memuji usaha murni Ebit sebagaimana perkongsiannya di Facebook pada Jumaat.

NAMA Ustaz Ebit Lew bagaikan tidak asing lagi dalam lapangan kerja kebajikan di negara ini.

Pada 20 Oktober lalu misalnya, pendakwah itu membeli dua lori tangki air untuk diagihkan buat penduduk terjejas di Selangor.

Kali ini, dia sekali lagi mencuri perhatian apabila menghantar bantuan buat petugas barisan hadapan di Sabah dengan menggunakan sebuah pesawat Raya Airways.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut tengok orang beratur! Ustaz Ebit beli 2 lori tangki air bantu rakyat Selangor, padahal rumah sendiri pun terjejas

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya borong dengan lori 10 tan” - Ustaz Ebit Lew terus hulur bantuan, dah habis agih cadang nak top up lagi

Ujar Ebit, dia terpanggil untuk membantu setelah dihujani banyak mesej berhubung kekangan peralatan oleh petugas di sana dalam menghadapi pandemik Covid-19.

"Doakan ya. Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah.

"Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang perubatan ke Sabah.

Ebit berdiri di pintu masuk pesawat yang digunakannya untuk menghantar bantuan ke Sabah.

"Hantar barang perubatan set kelengkapan pelindung diri (PPE) dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah," ujarnya di Facebook pada Jumaat.

Dalam posting sama, Ebit turut memohon doa orang ramai agar seluruh warga Sabah dijauhkan daripada wabak tersebut.

"Doakan ya InsyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah. Sayang orang Sabah sangat," katanya lagi.

Doakan ya. Risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah.

EBIT LEW

Sehingga kini, posting itu menerima hampir 100,000 tanda suka dan dihujani hampir 6,000 komen netizen.

Selain menzahirkan rasa syukur dan terima kasih, ada netizen meluahkan rasa sebak mereka atas keprihatinan yang ditonjolkan Ebit.

"Terima kasih ustaz. Semoga rezeki ustaz sentiasa mengalir umpama sungai yang tiada penghujungnya.

Foto Ebit sewaktu berada dalam kokpit pesawat.

"MasyaAllah hebatnya Ustaz Ebit... semoga ustaz diberi kesihatan dan kesejahteraan untuk terus memberi manfaat dan bantuan lagi.

"Subhanallah! Terima kasih ustaz dan seluruh team yang terlibat semoga segala urusan dipermudahkan begitu juga buat frontliners and all the unsung heroes dimana jua anda berada.

Ebit mengakui menerima banyak mesej yang memohon bantuan dari Sabah.

"Semoga Allah sentiasa melindungi mu ustaz. Sebak dada dan berkaca bola mata ku bila membaca post ini," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod, Sabah terus mencatatkan bilangan kes Covid-19 tertinggi dengan 352 kes pada Khamis berbanding negeri-negeri lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain