suria

“Yang benar perlu boleh ambil, free je” - Ustaz Ebit buat foodbank pula

Ustaz Ebit mengumumkan penubuhan foddbank di setiap cawangan pasaraya Elewsmart.

TAK pernah berhenti berfikir cara untuk membantu golongan yang memerlukan!

Itulah antara komen netizen terhadap inisiatif terbaharu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sebagaimana yang dikongsikan di laman Facebook beliau.

Menerusi perkongsian terbaharu di laman tersebut, Ebit mengumumkan akan mewujudkan 'foodbank' di setiap cawangan pasaraya miliknya, Elewsmart tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasar raya dipecah masuk, perjuangan tetap diteruskan! Ramai teruja Ustaz Ebit umum tambah cawangan - “Kami perlu barang murah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ebit umum harga tak masuk akal di pasar raya, ramai mula bimbang timbul ‘isu’ lain - “Yang terlebih mampu jangan ambil kesempatan pula ye”

"Doakan yer... FoodBank di semua cawangan Elewsmart ini menjadi asbab seramai mungkin orang dapat dibantu. Inilah antara niat saya mula-mula dulu buka Elewsmart. Ingin cawangan Elewsmart di setiap tempat. Di setiap Elewsmart ada FoodBank.

"Mereka yang benar perlu boleh ambil sahaja. Free jer. Tanpa mengira bangsa dan agama. Buat mereka ingin memberi juga boleh. Setiap hari Elewsmart akan letak semua barang asas di rak ini," tulisnya pada perkongsian tersebut.

Beliau turut memuat naik gambar rak yang dipenuhi barangan asas seperti beras, tepung, minyak masak, sardin, mi segera, gula dan beberapa barangan lain lagi yang diletakkan di pintu masuk pasaraya.



Perkongsian Ustaz Ebit dalam Facebook yang mengumumkan mengenai penubuhan foodbank di pasaraya Elewsmart.

Ebit dalam masa yang sama turut mengimbas kembali zaman kecilnya yang pernah hidup susah sehingga tidak mampu menjamah nasi, yang menjadi pencetus kepada idea penubuhan foodbank tersebut.

"Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah. Pernah sekali masa kerja orang selit RM 2 dalam poket. Gembira sangat rasa. Sebab boleh makan nasi.

"Kami juga akan terus cari mereka yang memerlukan untuk dibantu. Semoga Allah permudahkan semuanya. Saudaraku di sebalik ujian ada rahmat. FoodBank, take what you need... give what you can," tulisnya lagi.

Saya ingat dulu selalu tiada duit nak makan. Semua gaji niat beri dekat mak ayah di kampung. Sebab masa tu keluarga susah.

USTAZ EBIT LEW

PENDAKWAH

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih melebihi 5,000 shares selain dihujani ribuan komen netizen yang rata-ratanya gembira dan memuji inisiatif terbaharu pendakwah tersebut.

"Aku agak ni kedai pertama ada foodbank macam ni... kedai lain nak masuk untung je lebih," komen seorang netizen.

"Tabik spring untuk ustaz. Pada sesiapa yang ada kelebihan ekonomi, boleh juga tolong top-up, kejar la pahala," komen netizen lain pula.



Ustaz Ebit ketika pembukaan Elewsmart di salah satu cawangannya.

Namun dalam masa yang sama, ada juga yang menyuarakan kebimbangan dan meminta pihak pasaraya memantau agar tiada pihak yang mengambil kesempatan.

"Kena ada orang jaga. Nak ambil kena cucuk IC. Nanti muka sama je datang sejam sekali," komen yang lain.

"Moga ambik yang perlu sahja, jangan pula tamak ambil banyak-banyak. Ingat orang lain yang memerlukan juga. Harap tak ada yang salahguna," tulis netizen yang lain pula.



Antara komen netizen yang teruja dengan pengumuman terbaharu Ustaz Ebit.

Sebelum ini, Ebit ligat turun padang membantu keluarga daif dengan menyediakan kediaman yang lebih selesa buat mereka.

Tidak lama kemudian, pendakwah ini membuka sepuluh cawangan pasaraya dengan menawarkan harga yang rendah pada setiap barangan jualannya.

Baru-baru ini pula, Ebit mengumumkan akan menambah lagi 30 cawangan pasaraya Elewsmart menjelang akhir tahun.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain